Zara Zakiah Education


ZARA ZAKIAH EDUCATION  SDN BHD merupakan sebuah agensi 100% milik bumiputera muslim yang berperanan membantu pelajar dan ibu bapa yang ingin melanjutkan pengajian sama ada dalam mahupun luar negara.

Kami menawarkan yuran perkhidmatan yang berpatutan, munasabah dan fleksibel. Kami bukan hanya agensi yang menyediakan perkhidmatan penempatan pelajar, malahan kami menyediakan juga sistem sokongan bantuan kepada ibu bapa di Malaysia dan juga para pelajar di luar negara . Sistem sokongan   di luar negara adalah merangkumi pelbagai hal seperti tunjuk ajar kemahiran hidup serta bantuan melayan karenah birokrasi sistem dan masyarakat tempatan.

Alhamdulillah dengan pengalaman menghadapai pelbagai karenah pelajar, universiti dan birokrasi selama 10 tahun kami sentiasa melakukan penambahbaikan demi untuk kepuasan hati dan keselesaan ibu bapa serta pelajar.

Program dan universiti luar negara yang kami tawarkan adalah Institusi Pengajian Awam (IPTA) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Jika ada sebarang kecelaruan atau keraguan boleh berhubung terus dengan saya. Sekian Terima Kasih.

Mohammad Anwar Bin Shamsudin
Pengarah Urusan  Zara Zakiah Education Sdn Bhd
( +6019-727 2362 )

Pengasas

Pengasas Zara Zakiah Education iaitu Encik Mohammad Anwar Bin Shamsudin merupakan seorang yang komited dan berpengalaman dalam bidang pengurusan pelajar ke luar negara.

Beliau pernah menjadi Pengurus Pemasaran di sebuah IPTS terkemuka dalam negara dan jawatan terakhir beliau adalah Ketua Pegawai Operasi.

Bagi mengenali pelajar dengan lebih dekat, beliau sentiasa turun padang pada setiap aktiviti yang melibatkan pelajar dan ibu bapa seperti kem persediaan, kursus bahasa dan lain-lain. Usaha ini tidak terhenti di sini, bahkan beliau sendiri akan mengiringi para pelajar ke luar negara sehingga mereka selamat tiba di penempatan masing-masing.


Prakata


Assalamualaikum,

Kepada:

Ibubapa, Bakal Doktor, Bakal Ahli Farmasi dan Bakal Doktor Gigi,

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama, membaca artikel ini. Diharap ilmu ini dapat dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.

Seperti yang kita sedia maklum, bidang perubatan merupakan bidang professional yang menjadi impian dan diminati oleh ramai pelajar dan ibu bapa.

Bidang perubatan menjanjikan peluang karier yang cerah dengan jaminan pendapatan yang lumayan.

( W.H.O telah menetapkan untuk bergelar sebuah negara Maju, nisbah 1:400 perlu dicapai )

Memikul tanggungjawab sebagai seorang Doktor adalah mencabar dan mulia, menjadikan mereka golongan yang dihormati dalam masyarakat tidak kira apa bangsa mahupun agama.

Tidak hairanlah mengapa ramai pelajar lepasan MATRIKULASI, ASASI, A-LEVEL dan STPM berlumba-lumba mendapatkan CGPA 4.00 untuk mendapat tempat dalam bidang perubatan di IPTA.

Sayangnya bukan kesemua permohonan pelajar diterima walaupun mendapat CGPA 4.00. Pada Tahun 2015, seramai 3018 orang pelajar Matrikulasi mendapat CGPA 4.00.

Sedangkan IPTA dalam Malaysia dianggarkan hanya mampu menampung 1200 tempat sahaja. (berdasarkan kiraan 12 IPTA yang menawarkan kursus perubatan dan 100 pelajar baru untuk satu fakulti)

Bagaimana pula dengan pelajar MATRIKULASI , ASASI , A-LEVEL yang hanya mendapat CGPA 3.0? Pelajar Lepasan Diploma? Pelajar STPM? Persaingan yang sangat tinggi ini menyebabkan ramai pelajar beralih arah kepada IPTS tempatan. Tetapi bukan semua pelajar berkemampuan untuk menanggung kos pengajiannya yang  mencecah hampir RM 400,000!

SENARIO PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA FARMASI DI MESIR

Bagi pelajar lepasan DIPLOMA FARMASI di Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah, peluang mereka adalah sangat terhad dan hanya sekadar menjadi “Pembantu Farmasi

Lembaga Farmasi serta KPT telah mensyaratkan bahawa graduan lepasan Diploma harus mendapat PNGK 3.8 di peringkat Diploma untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan perlu bermula dari Tahun 1 bersama-sama pelajar kelulusan Matrikulasi, STPM atau Asasi dari universiti-universiti IPTA tempatan.

Pengalaman bekerja selama 2-3 tahun TIDAK DIAMBIL KIRA. Tetapi di Mesir, pelajar yang memohon hanya memerlukan kelulusan SPM untuk memasuki program IJAZAH SARJANA MUDA FARMASI selama 5 tahun. Program Clinical Phramacy tersebut diiktiraf oleh badan pengiktirafan seperti JPA dan Lembaga Farmasi.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan, boleh hubungi kami.

Sekian, Terima Kasih.

Sila Pra Daftar dan Hantar Dokumen Anda Secepat Mungkin. Tempat Adalah Terhad.

Visi


Menjadi sebuah syarikat konsultan pendidikan No. 1 di Asia Tenggara menjelang tahun 2021.

Misi


  • Kerjasama dengan 100 GLC dan 50 rakan niaga.
  • Mempunyai 200 orang perunding pendidikan yang berkualiti.
  • Mempunyai institut yang menawarkan Program Asasi dan Bahasa.
  • Menawarkan lebih daripada 30 program meliputi program Sains, Teknikal, Pengajian Islam dan Bahasa.
  • Kerjasama dengan IPTA dan IPTS untuk pengambilan pelajar antarabangsa.

Perkhidmatan


Zara Zakiah Education menyediakan perkhidmatan seperti berikut :-

  • Khidmat nasihat profesional dan perkongsian pengalaman dalam pengurusan pelajar ke luar negara.
  • Membantu pelajar memperlengkapkan diri dari segi mental dan fizikal sebelum ke luar negara.
  • Menguruskan pendaftaran, penginapan yang selesa, serta penerbangan pelajar di luar negara.
  • Motivasi dan tips untuk lebih cemerlang.