Smart Mumtaz 2018

Alhamdulillah, bakal pelajar Perubatan dan Pergigian yang akan berangkat ke Mesir telah menjalani kem persediaan ini selama 10 hari 9 malam. Kem Persediaan Bahasa dan Pra Perubatan ini telah diadakan di Kolej Pendeta Zaaba, UKM, Bangi. Tidak dilupakan juga, pengisian, tips mumtaz belajar dan trik survival daripada senior turut dikongsikan. Inshaallah bakal doktor ini akan membuat penerbangan pada hujung September ini. Semoga mereka pulang menjadi doktor yang kompeten dan berdedikasi.

Mereka Duta Kecil Malaysia

Eduventure Camp adalah sebuah program yang dibuat khusus bagi semua pelajar yang bakal belajar di luar negara. Ia menghimpunkan para pelajar Zara Zakiah Education yang akan melanjutkan pelajaran di Mesir, Rusia, Indonesia mahupun Bangladesh. Bagi sesi 2018, alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya pada 12 hingga 14 Mei 2018 (Sabtu hingga Isnin). Para pelajar seramai 29 orang ini akan membuat pendaftaran di universiti masing-masing pada hujung tahun ini dan awal tahun hadapan. Sungguh, mereka inilah yang membawa nama negara Malaysia di luar negara kelak. Semoga segala input dan pengajaran menerusi kem ini dapat menjadi bekalan dan diimplimentasikan dalam liku kehidupan mereka kelak.

Karnival Pendidikan MARA 2018

Alhamdulillah, roadshow kami bersama MARA yang telah bermula pada 17 Mac 2018 (Sabtu) telah tamat dengan jayanya semalam. Terima kasih buat semua pengunjung booth kami sama ada di selatan, utara tanah air mahupun di Borneo Sabah yang percaya dan memberikan sokongan penuh pada servis kami. Tidak dilupakan juga tahniah buat ibu bapa yang telah membuat keputusan terbaik buat anak-anak dengan menghantar mereka menyambung pelajaran di luar negara. Terima kasih semua!

Lantikan daripada Universiti

Pada 14 Februari 2018, pihak pengurusan Zara Zakiah Education Sdn Bhd yang diwakili En Mohammad Anwar bin Shamsuddin selaku CEO telah berjumpa Dekan Fakulti Sains Veterinar dan mencapai persefahaman sebagai wakil sah Bangladesh Agricultural University (BAU). Majlis tersebut berjalan lancar disertai galakan daripada Dekan Fakulti, Dr. Priya Mohan Das bagi pelajar Malaysia menyambung pelajaran di sana. Pengajian Doktor Haiwan atau juga dikenali sebagai Veterinar ini telah mendapat pengiktirafan daripada JPA.

Kem Persediaan ke Bangladesh

Wonder Camp 2018 telah diadakan pada 8 hingga 11 Januari 2018. Kem yang berlangsung selama 4 hari 3 Malam itu padat dengan pengisian bahasa Bangladesh, perkongsian dan tips berguna daripada senior yang telah belajar di sana. Tidak lupa juga persediaan asas ilmu Perubatan, Pergigian, dan Veterinar. Semoga mereka pulang menjadi insan yang berguna kelak.

Melawat Pelajar ZZE di Mesir

Makluman kepada semua, wakil team ZZE, En. Annawi akan terbang ke Mesir pada tanggal 8 Dis 2017 bagi menguruskan hal urusan pelajar di universiti.  Bagi ibubapa yang ingin mengirim bank draft atau barang pelajar, boleh berbuat demikian selewat-lewatnya 5 Dis 2017.

Oleh itu, pelajar kelolaan ZZE dialu-alukan berjumpa dengan En. Annawi di Mesir pada tarikh yang telah dinyatakan.  Semoga segala urusan di Mesir dipermudahkanNya. InsyaAllah.

 

Penerbangan Pelajar UIN SUSKA

Jadilah seperti air yang mengalir, sentiasa memberi manfaat buat apa yang disekelilingnya. Begitulah perumpamaan yang diberikan oleh bijak pandai dahulu ketika memberi gambaran kepada kita dalam meniti hidup sebagai insan.

Alhamdulillah, Zara Zakiah Education telah menghantar seramai 21 orang pelajar lelaki dan perempuan ke Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kassim, Riau, Indonesia. Kumpulan pertama pelajar yang bakal mengambil jurusan Usuluddin dan Syariah tersebut telah selamat tiba jam 11 pagi manakala kumpulan kedua telah tiba pada waktu petang. Ketibaan para pelajar dan ibu bapa telah disambut oleh Saudara Annawi, Saudara Nazrin (yang telah tiba dua hari sebelum) dan juga Ustaz Hakim (Pemudahcara di Indonesia). Setelah melawat ke tempat wajib dilawati di Pekanbaru iaitu Masjid An Nur dan Pasar Bawah, para pelajar terus dibawa menuju ke rumah sewa yang telah disediakan. Meskipun terdapat beberapa permasalahan persefahaman, namun perkara tersebut berjaya diatasi dengan baik. Para pelajar dan ibu bapa juga sempat beramah mesra bersama penduduk kampung yang bakal menjadi komuniti pelajar UIN SUSKA pada tahun ini.

Pada keesokan harinya, iaitu Ahad para pelajar bergotong-royong membersihkan kediaman masing-masing dan membuat persediaan bagi menghadiri Minggu Orientasi bagi pelajar baru UIN SUSKA. Semoga mereka menjadi permata buat ummah yang menantikan ilmuan penuh hikmah.