Institut Teknologi Bandung (ITB)


Institut Teknologi Bandung adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi Negeri yang terletak di Bandung. Nama ITB ini dirasmikan pada 2 Mac 1959 dan merupakan universiti berteraskan teknologi yang tertua di Indonesia. ITB kini telah memiliki 20 program yang diiktiraf peringkat antarabangsa (Sembilan antaranya dari ABET). Rektor ITB ketika ini adalah Prof. Dr. Ir. Kadarshah Suryadi bagi tempoh 2015-2020.

ITB adalah antara universiti pilihan utama dalam kalangan pelajar di Indonesia dan telah diiktiraf sebagai salah satu universiti berprestij seiring dengan Universiti Indonesia dan Universiti Gadjah Mada. Antara keluaran universiti ini termasuklah Presiden Indonesia yang pertama, Sukarno yang memperoleh Ijazah Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam) dan juga BJ Habibie, Presiden ketiga Indonesia.

ITB juga mempunyai keahlian LAOTSE iaitu rangkaian antarabangsa universiti terkemuka di Eropah dan Asia yang sentiasa melakuka pertukaran pelajar dan pensyarah kanan mereka.
Sehingga 2012, ITB mempunyai empat program pengajian yang diiktiraf peringkat antarabangsa. Antaranya termasuklah Kejuruteraan Maritim, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Kimia, dan Kejuruteraan Fizik.

Pengiktirafan:  

  • 4 Tahun
  • 4 Tahun
  • 4 Tahun
  • 4 Tahun
  • Pra Daftar