Universitas Airlangga (UNAIR)


Universiti Airlangga (UNAIR atau UA; Indonesia: Universitas Airlangga) merupakan Universiti yang kedua tertua di Indonesia dan juga universiti awam yang terletak di Surabaya, Jawa Timur. Walaupun yang secara rasminya ditubuhkan oleh Peraturan Kerajaan Indonesia pada tahun 1954, Universiti Airlangga mula diasaskan pada tahun 1948 sebagai cawangan Universiti Indonesia. Ia bermula dengan Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian. Kini, Universiti Airlangga mempunyai 15 Fakulti Pengajian dengan lebih 35,000 pelajar (bagi sesi akademik 2015-2016) dan 1,570 ahli fakulti. Universiti Airlangga juga mempunyai hospital Universiti bagi Fakulti Perubatan, Perubatan Veterinar, Kejururawatan dan Pergigian serta Hospital Jangkitan Tropika bagi Institut Penyakit Tropika. Universiti ini juga dilengkapi dengan kemudahan tiga peringkat biokeselamatan.

Konsisten dalam meraih ranking Universiti utama dunia, Universiti Airlangga telah lama dianggap sebagai salah satu ‘5 Gergasi’ Universiti di Indonesia, setaraf dengan Universiti Indonesia, Institut Teknologi Bandung, Universiti Pertanian Bogor, dan Universiti Gadjah Mada. Universiti Airlangga juga mempunyai kerjasama antarabangsa di seluruh dunia, termasuk Universiti Bonn, Seoul National University dan University of Adelaide.

Pengiktirafan:          

  • 5 Tahun
  • 5 Tahun
  • Pra Daftar