Pengajian yang ditawarkan di Mesir


Kenapa Mesir?

Mesir merupakan salah satu destinasi melanjutkan pelajaran yang popular di Malaysia.

  • Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Mesir sejak berpuluh tahun dahulu di mana ramai pelajar Malaysia menuntut dalam bidang agama Islam di Universiti Al-Azhar
  • Pengajian adalah dalam BAHASA INGGERIS (Selain bidang Ulum Islamiyah). Bahasa Arab hanya perlu untuk bermuamalat dengan masyarakat tempatan.
  • Rakyat mesir amat menghormati rakyat Malaysia dan menganggap rakyat Malaysia sebagai tetamu dan sahabat mereka.
  • Kos sara hidup yang rendah, iaitu separuh dari nilai Ringgit Malaysia.

RM 1 = L.E 4.1 (Sila semak matawang semasa)

  • Yuran pengajian antara yang TERMURAH berbanding dengan universiti lain di MALAYSIA, INDONESIA dan RUSIA.

YURAN PENGAJIAN DI MESIR | USD 8000 ( RM 33,600 ) setiap tahun
Perubatan (6 Tahun) = USD 48,000 ( RM 201,600 )
Pergigian dan Farmasi (5 Tahun) = USD 40,000 ( RM 168,000)

  • Tiada masalah dalam menjalani rutin seorang muslim kerana majoriti masyarakat Mesir adalah Muslim.
  • Rakyat Malaysia di Mesir berjumlah 20,000 orang (sehingga 2015).
  • Program Perubatan, Pergigian dan Farmasi hanya dibuka untuk BUMIPUTERA MUSLIM sahaja.
  • MARA dan JPA juga menghantar pelajar tajaan mereka ke universiti di Mesir.