Universiti Al-Azhar


Universiti al-Azhar (Bahasa Arab: جامعة الأزهر atau juga الأزهر الشريف; al-Azhar al-Shareef, “Azhar yang Mulia”), adalah sebuah institusi pendidikan tinggi terulung di Mesir, serta terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969 M, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin di Fes, Maghribi.

Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan. Kini, dengan bilangan 500 000 pelajar di 12 cawangannya, Universiti Al-Azhar kekal menjadi peneraju dalam bidang agama Islam tanpa meninggalkan cabang ilmu sains seperti perubatan mahupun kejuruteraan.

Fakulti Ulum Islamiyah

Fakulti Ulum Islamiah diwujudkan pada tahun 2008 hasil Perjanjian Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Al-Azhar. Matlamat penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan para graduan yang mampu menguasai segala cabang ilmu Islam merangkumi Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perbankan Islam dan sebagainya. Tempoh pengajian adalah selama lima (5) tahun. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah wa Al-Arabiah daripada Universiti Al-Azhar.

Kuliah Ulum Islamiah diadakan di Dewan Kuliah dalam Masjid Az-Zahraa yang mempunyai banyak kelas. Dengan suasana yang tenang dan rekabentuk masjid yang memukau, ia merupakan kelebihan buat pelajar kuliah Ulum Islamiah. Kapasiti seramai kurang 30 orang pelajar setiap kelas dan para pensyarah yang terdiri daripada masyaikh dan professor yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing telah menempa suasana kondusif dalam kalngan pelajar kuliah Ulum Islamiyah ini. Tambahan pula, para pensyarah yang terpilih adalah dalam kalangan pensyarah yang terbaik dii Universit Al-Azhar ini.

Syarat Kemasukan
Sekurangnya B bagi setiap matapelajaran berikut:

  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Qur’an & Sunnah
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik

*Sijil SPM pemohon tidak boleh lewat 3 tahun dari tahun semasa permohonan. Sebagai contoh, permohonan untuk kemasukan sesi 2017, maka SPM terakhir adalah 2014 sahaja. SPM tahun 2013 tidak diterima oleh pihak Universiti.
Maklumat Lanjut

Pengiktirafan:

  • 6 Tahun
  • 5 Tahun
  • USD 8000/setahun
  • 4 Tahun
  • USD 1000/setahun
  • Pra Daftar