BLOG

PENERBANGAN PELAJAR UIN SUSKA

Penerbangan Pelajar UIN SUSKA

Penerbangan Pelajar UIN SUSKA

Jadilah seperti air yang mengalir, sentiasa memberi manfaat buat apa yang disekelilingnya. Begitulah perumpamaan yang diberikan oleh bijak pandai dahulu ketika memberi gambaran kepada kita dalam meniti hidup sebagai insan. Alhamdulillah, Zara Zakiah Education telah menghantar seramai 21 orang pelajar lelaki dan perempuan ke Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kassim, Riau, Indonesia. Kumpulan pertama pelajar yang bakal mengambil jurusan Usuluddin dan Syariah tersebut telah selamat tiba jam 11 pagi manakala kumpulan kedua telah tiba pada waktu petang. Ketibaan para pelajar dan ibu bapa telah disambut oleh Saudara Annawi, Saudara Nazrin (yang telah tiba dua hari sebelum) dan juga Ustaz Hakim (Pemudahcara di Indonesia). Setelah melawat ke tempat wajib dilawati di Pekanbaru iaitu Masjid An Nur dan Pasar Bawah, para pelajar terus dibawa menuju ke rumah sewa yang telah disediakan. Meskipun terdapat beberapa permasalahan persefahaman, namun perkara tersebut berjaya diatasi dengan baik. Para pelajar dan ibu bapa juga sempat beramah mesra bersama penduduk kampung yang bakal menjadi komuniti pelajar UIN SUSKA pada tahun ini. Pada keesokan harinya, iaitu Ahad para pelajar bergotong-royong membersihkan kediaman masing-masing dan membuat persediaan bagi menghadiri Minggu Orientasi bagi pelajar baru UIN SUSKA. Semoga mereka menjadi permata buat ummah yang menantikan ilmuan penuh hikmah.


Posted 6 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES