Pengajian yang ditawarkan di Rusia


Pada keluasan 17,075,400 meter pkiloersegi (6,592,800 sq mi), Rusia ialah negara terbesar di dunia yang meliputi hampir satu persembilan kawasan daratan di seluruh Bumi. Rusia juga negara kesembilan teramai penduduk dengan 143 juta orang.[10] Wilayahnya menjangkau seluruh Asia utara dan 40% tanah Eropah, merangkumi 9 zon waktu serta pelbagai jenis persekitaran dan rupa bumi. Rusia memiliki rizab galian dan sumber tenaga yang terbesar di dunia.[11] Ia juga mempunyai hutan simpan terbesar di dunia, dan tasik-tasiknya mengandungi kira-kira satu perempat air tawar sedunia.Rusia mengamalkan ekonomi pasaran dan amat kaya dengan sumber alam, terutamanya petroleum dan gas asli. Ekonominya adalah yang ke-10 terbesar di dunia dari segi KDNK nominal dan ke-6 terbesar dari segi pariti kuasa beli.160 kelompok etnik di Rusia bertutur dalam kira-kira 100 bahasa.[9] Menurut banci 2002, 142.6 juta orang berbahasa Rusia, diikuti 5.3 juta berbahasa Tatar dan 1.8 juta berbahasa Ukraine.[121] Bahasa Rusia ialah satu-satunya bahasa kebangsaan, tetapi Perlembagaan memberi setiap republik hak untuk menjadikan bahasa tempatan masing-masing sebagai bahasa rasmi bersama bahasa Rusia.Kristian Ortodoks, Islam, Buddha dan Yahudi merupakan agama-agama tradisional Rusia yang sah membentuk “warisan sejarah” Rusia.[127] Anggaran jumlah orang beragama jauh berbeza antara sumber. Sesetengah laporan meletakkan bilangan orang tanpa agama di Rusia pada 16–48% jumlah penduduk.Masakan Rusia banyak menggunakan ramuan ikan, ayam ,itik, cendawan, beri, dan madu. Tanaman rai, gandum, barli, dan sekoi dijadikan ramuan untuk pelbagai jenis roti, penkek dan bijiran, dan juga minuman kvass, bir dan vodka. Roti hitam agak popular di Rusia berbanding dengan negara lain