Kursk State Medical University (KSMU)


Ditubuhkan pada tahun 1935, Universiti Perubatan Negeri Kursk diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 Universiti Perubatan Rusia yang terbaik. Ia juga adalah Universiti Pertama di Rusia yang menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS) sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

KSMU kini mempunyai Institut Penyelidikan Perubatan Ekologi yang berperanan sebagai Poliklinik Perunding Diagnostik dan Institusi Perubatan. Sehingga kini, KSMU telah melatih lebih daripada 25,000 orang profesional perubatan di seluruh 14 fakulti dan 67 jabatan.

KSMU terdiri daripada 633 kakitangan akademik yang mana 333 pemegang kelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan 92 orang ahli akademik D.Sc yang memberi perkhidmatan kepada lebih 6,400 pelajar. Universiti ini juga mempunyai perpustakaan yang dipenuhi dengan lebih 500,000 jurnal, buku dan penerbitan. Kampus ini menyediakan empat buah bangunan akademik serta lima buah bangunan kediaman pelajar. Pelajar juga dapat menikmati kemudahan riadah di tiga buah dewan sukan dan padang menembak.

Maklumat Lanjut

Pengiktirafan:         

  • 6 Tahun
  • USD 6800/setahun
  • Pra Daftar