Nizhny Novgorod State Medical Academy (NNSMA)


Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod, NNSMA adalah salah satu Institut Perubatan terkemuka di Rusia yang terletak di bandar Nizhny Novgorod.

Kini, institut ini telah menduduki tempat ke-7 daripada 46 buah institusi perubatan tinggi di Rusia, diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan diiktiraf oleh beberapa negara lain yang menghantar pelajar mereka ke akademi ini untuk pendidikan dan latihan perubatan.

Akademi ini juga manjalinkan kerjasama dengan pelbagai hospital di Bandar tersebut di mana pelajar mempelajari pelbagai asas kemahiran klinikal. Terdapat 70 Jabatan Pakar dengan lebih daripada 600 pensyarah. Ia mempunyai lebih kurang 3000 pelajar dalam 7 fakulti yang merangkumi:

  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Pediatrik
  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Medico-profilaksis (Perubatan Pencegahan)
  • Fakulti Stomatology (Pergigian)
  • Fakulti Pendidikan Kejururawatan Tinggi
  • Fakulti Kursus Persediaan (Kursus Pra-Perubatan)

Pejabat Pengurusan akademi terletak di Minin dan Pozharsky Square (terletak bersebelahan dengan Sungai Volga) dan para pelajar perubatan tinggal di asrama Meditsinskaya Street di Distrik Prioksky.

Pengiktirafan:         


  • 6 Tahun
  • USD 4 500/setahun
  • Pra Daftar*Sila Rujuk ke Pejabat untuk Struktur Yuran terkini