Karnival Pendidikan MARA 2018

Alhamdulillah, roadshow kami bersama MARA yang telah bermula pada 17 Mac 2018 (Sabtu) telah tamat dengan jayanya semalam. Terima kasih buat semua pengunjung booth kami sama ada di selatan, utara tanah air mahupun di Borneo Sabah yang percaya dan memberikan sokongan penuh pada servis kami. Tidak dilupakan juga tahniah buat ibu bapa yang telah membuat keputusan terbaik buat anak-anak dengan menghantar mereka menyambung pelajaran di luar negara. Terima kasih semua!

Panduan Membuat Bank Draf

Biasanya Bank Draf ni amat diperlukan masa nak bayar yuran pengajian universiti di Mesir. Setiap semester yuran bagi Perubatan dan Pergigian adalah USD 4000 dan perlu diserahkan kepada pihak universiti sekurangnya sebelum keputusan peperiksaan semester keluar (Kalau tak, tak dapat tengok result). Okey, sekarang macam mana nak buat Bank Draf/ Banker Cheque?
1. Dokumen yang diperlukan:
i- Surat Tawaran Pelajar
ii- Salinan Passport
iii- Salinan Visa
iv- Duit, sama ada cash atau dalam bank.

2. Pergi ke Kaunter Bank, cakap nak buat Bank Draf, nanti pegawai bank akan beri borang untuk diisi. Borangnya lebih kurang macam ni :

Contoh Borang Bank Draf (PERGIGIAN ALEXANDRIA)

Contoh Borang Bank Draf (PERUBATAN ALEXANDRIA)

Borang Bank Draf (PERUBATAN MANSOURA)

3. Ni alamat kirim Bank Draf:
– Dean Faculty of Medicine Alexandria University Egypt
– University of Mansoura

Contoh Bank Draf

Okey, kalau dah dapat, nanti belakang Bank Draf tu tulis nama pelajar dengan nama universiti. Sebaiknya guna pensil sahaja.  Sebarang masalah, kami sedia membantu, 016 3089 681 / 03 8920 8119.