‘Medic’ di Bangladesh

Alhamdulillah kami telah menghantar bakal doktor, doktor gigi, dan doktor haiwan bagi menuntut ilmu di Bangladesh pada tanggal 5 Februari lalu. Sebagai makluman, mereka bakal menjadi pelajar di Mymensingh Medical College, Dhaka Dental College dan Bangladesh Agricultural University. (more…)

Cara Sambung Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pergigian Menggunakan Keputusan SPM Sahaja.

Keputusan SPM akan tiba tidak lama lagi maka semakin hampirlah para pelajar dengan cita-cita masing-masing. Ada yang bercita-cita untuk menjadi ‘pilot’, DOKTOR PERUBATAN, DOKTOR GIGI, DOKTOR HAIWAN, ‘engineer’, dan macam-macam lagi. Keputusan SPM yang diperolehi bukanlah penentu tercapainya cita-cita tersebut tapi adalah bermulanya langkah pertama menghampiri untuk mencapai cita-cita tersebut.

 

Kebanyakkan pelajar sudah mula untuk ‘aim’ universiti pilihan untuk mengambil jurusan yang diidam-idamkan. Bagi pelajar lepasan SPM mereka ada beberapa laluan sebelum berjaya ke program Ijazah Sarjana Muda @ Degree. Antara pilihan yang mereka ada adalah dengan mengambil program matrikulasi, asasi, tamhidi, STPM, dan juga diploma. Bagi mereka yang meminati program PERUBATAN, PERGIGIAN dan VETERINAR sudah pasti program matrikulasi dan juga asasi yang akan menjadi pilihan. Ada sesetengah universiti yang telah mengkhususkan program asasi khas untuk program perubatan dan pergigian. Antaranya program tamhidi perubatan dan tamhidi pergigian di USIM.

 

Tapi, tahukah anda, sebenarnya dengan hanya menggunakan keputusan SPM, anda telah LAYAK untuk sambung IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN & IJAZAH SARJANA MUDA PERGIGIAN. Saya pasti ramai yang TIDAK TAHU bukan? Setiap tahun ramai pelajar dan ibu bapa terkejut bila saya khabarkan peluang ini kepada mereka. Biasanya peluang ini hanya diketahui oleh pelajar tajaan MARA dan juga JPA sahaja. Jika peluang ini saya buka secara meluas, adakah anda semua ingin ‘grab’ atau melepaskan sahaja? Tepuk dada Tanya hati, sejauh mana anda telah mengkaji peluang pengajian bidang PERUBATAN dan PERGIGIAN.

Ingin tahu lebih lanjut peluang ini, boleh hubungi/whatsApp saya di talian 013-3098058 Pn. Syuhada. Oh ya, jangan risau, setiap tahun ramai pelajar dari SBP dan MRSM yang merebut peluang ini. Peluang yang jarang diketahui, tapi telah berjaya di ‘grab’ oleh mereka yang betul-betul mencari peluang keemasan ini. ‘Grab’ sekarang sebelum anda terlepas lagi. Tahniah kepada bakal DOKTOR yang telah berjaya mengambil peluang ini. Lihat link di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

IG : https://www.instagram.com/belajarluarnegara_0133098058/

FB : https://www.facebook.com/MesirBangladeshRusiaIndonesia/

Sambung ‘Degree’ Tanpa Menggunakan PTPTN Atau Biasiswa ?

Bila sebut tentang PTPTN sudah tentu berkait rapat dengan pengajian di peringkat yang lebih tinggi tidak kira di IPTA atau IPTS. Bagi pelajar yang cemerlang sudah pasti biasiswa menjadi idaman untuk menyambung pengajian dalam bidang diminati bagi merealisasikan cita-cita selama ini. Tapi buat masa sekarang biasiswa bukan semudah yang disangka seperti dahulu. Jika dahulu dapat sahaja keputusan SPM yang cemerlang, maka bermacam biasiswa boleh dimohon dan peluang untuk memperolehi adalah sangat tinggi. Cuma kebelakangan ini, mendapat keputusan cemerlang bukanlah suatu jaminan untuk mendapat biasiswa lagi. Maka apakah sumber kewangan yang ada untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang diminati terutamanya dalam bidang PERUBATAN dan PERGIGIAN selain pinjaman dari PTPTN/ MARA mahupun JPA. Semestinya kedua bidang ini memerlukan kos kewangan yang tinggi.

Sebagai ibu bapa, pasti agak terkilan dan kecewa jika anak-anak kita memperolehi keputusan SPM dan matrik/asasi yang cemerlang dan bercita-cita untuk menjadi DOKTOR tetapi tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang PERUBATAN dan PERGIGIAN dek kerana faktor kewangan. Bukan semua pelajar akan mendapat pinjaman penuh dari PTPTN kerana pinjaman tersebut bergantung pula pada pendapatan ibu dan ayah.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak sambung sahaja perubatan dan pergigian di IPTA dengan yuran yang murah? Tetapi tahukah anda semua, bukan semua yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang dan ‘CGPA’ 4.00 mendapat tempat di IPTA dalam program tersebut. Ini kerana tempat yang terhad dan persaingan yang tinggi dalam kalangan pelajar itu sendiri, hanya yang terbaik dari kalangan yang terbaik sahaja yang terpilih. Oleh itu mereka terpaksa ke IPTS demi merealisasikan impian dan cita-cita mereka dan sekaligus faktor kewangan akan menjadi perkara utama yang harus difikirkan.

Tahukah tuan puan, sebenarnya kita mampu hantar anak untuk sambung PERUBATAN dan PERGIGIAN tanpa menggunakan PTPTN dan biasiswa tapi dengan cara membuat pengeluaran KWSP/EPF. Maka dengan ini masalah kewangan tadi dapat diselesaikan dan sekaligus impian untuk melihat anak menjadi DOKTOR bukan lagi mimpi di alam nyata, tapi realiti yang pasti. Ramai ibu bapa yang telah menggunakan KWSP/EPF mampu hantar anak mereka belajar PERUBATAN dan PERGIGIAN di luar negara dengan kualiti pendidikan yang terbaik bagi melahirkan bakal-bakal DOKTOR yang berkualiti.

Jika tuan puan berminat untuk tahu dengan lebih lanjut berkenaan pengajian di luar negara untuk program PERUBATAN dan PERGIGIAN dengan kualiti yang terbaik dan bagaimana cara pengeluaran KWSP untuk tujuan tersebut, boleh hubungi saya di talian 013-3098058 (Pn.Syuhada). Anda juga boleh lawati link di bawah ini untuk melihat sendiri bakal-bakal DOKTOR yang sedang belajar di Luar Negara yang kami pernah uruskan sebelum ini. Mereka adalah yang terdiri dari pelajar yang cemerlang SPM dari MRSM, SBP, Sekolah harian biasa dan Maahad Tahfiz Sains. IG : https://www.instagram.com/belajarluarnegara_0133098058/

FB : https://www.facebook.com/MesirBangladeshRusiaIndonesia/