BLOG

5 FAKTA MENARIK TENTANG MESIR

5 Fakta Menarik Tentang Mesir

5 Fakta Menarik Tentang Mesir

Mesir adalah sebuah negara yang terletak di Rantau Afrika Utara. Kawasan Mesir merupakan tapak tamadun awal Mesir Purba dan dipenuhi dengan sejarah serta kaya dengan tamadun zaman dahulu kala. Jom dalami beberapa fakta menarik tentang Mesir yang anda perlu tahu!

Para pelajar Mesir menziarahi Pyramid of Giza

1. CLEOPATRA BUKAN ORANG MESIR

Siapa tidak kenal Cleopatra bukan? Seorang yang dikenali sebagai wanita paling berbahaya dan tercantik dalam sejarah.

Mesti ramai antara kita sebelum ini yang menyangka Cleopatra adalah orang Mesir bukan? Sebenarnya sangkaan anda adalah salah! Mesir diperintah oleh Dinasti Ptolemy, iaitu dinasti yang bersusur galur daripada jeneral kanan Alexander iaitu Ptolemy I. Mereka semua mengamalkan kebudayaan Macedonia yang diwarisi daripada Alexander The Great.

2. PERJANJIAN KEAMANAN TERAWAL DUNIA

Perjanjian keamanan terawal di dunia adalah berlaku di Mesir. Peperangan di antara Mesir Purba dan musuh utamanya, Empayar Hittie berlaku kerana perebutan wilayah Syria moden pada hari ini. Perjanjian aman itu dilakukan kerana mereka rasakan bahawa peperangan ini hanya akan merugikan mereka sahaja. Maka perjanjian keamanan dicapai dan berjanji akan membantu sesama sendiri jika ada antara mereka diserang.

3. FIRAUN DIKUBURKAN DENGAN PAPAN PERMAINAN KEGEMARANNYA

Rekod terawal permainan berpapan ialah berasal dari Mesir Purba. Yang paling terkenal adalah permainan bernama Senet. Senet ini masih lagi tidak diketahui bagaimana ia dimainkan, tetapi permainan ini sangat popular sehinggakan Firaun disemadikan bersama permainan tersebut.

Permainan Senet. (Sumber: Wikimedia Commons, sebahagian daripada projek Metropolitan Museum of Art)

4. MOGOK PERTAMA DALAM SEJARAH

Zaman sekarang ini sudah selalu kita dengar tentang mogok, lebih-lebih lagi jika tidak berpuas hati dengan sesuatu isu. In fact, sebenarnya mogok ini sudah dilakukan sejak zaman Firaun lagi!

Mogok dibuat oleh para buruh yang membina makam diraja tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan dan mereka telah menjalankan mogok dengan cara duduk bercangkung di salah satu laluan ke makam dan berkeras tidak meninggal tempat tersebut sehingga permintaan mereka dipenuhi. Akhirnya permintaan mereka dikabulkan dan diberi seperti yang dijanjikan.

5. DOKTOR-DOKTOR MESIR PURBA MEMILIKI KEPAKARAN KHUSUS.

“Setiap doktor di Mesir Purba hanyalah perawat untuk satu penyakit sahaja, tidak lebih dari itu, sebahagian mereka adalah perawat mata, sebahagian lagi perawat gigi...”, tulis Herodotus, sejarawan Purba dari Yunani.

Setiap doktor di Mesir Purba dulu adalah pakar dalam bidang masing-masing. Ada pakar mata, ada pakar gigi, ada pakar kulit dan lain-lain lagi. Sama seperti zaman moden ini, setiap doktor memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing.

Mesir adalah sebuah negara yang penuh bersejarah dan menjadi satu kerugian bagi pelajar di sana tidak pergi dan menghayati tempat-tempat bersejarah di sana. Sejarah membuktikan bahawa Mesir memiliki pakar perubatan yang hebat-hebat belaka. Jadi, belajar di Mesir dalam bidang perubatan adalah satu pengalaman yang anda tidak akan lupakan!

Jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi, Mesir adalah negara yang paling sesuai untuk dituju. Dengan kos sara hidup yang rendah dan yuran pengajian yang berpatutan, anda mampu mengejar impian anda untuk menjadi seorang doktor gigi yang berjaya suatu hari nanti!

Pelajar fakulti pergigian Malaysia di Alexandria University

Jom belajar di Mesir! Hubungi Zara Zakiah dengan segera untuk pertanyaan lanjut!

Website: https://zarazakiah.com.my/pra-pendaftaran/

Call: 03-8920 8119

WhatsApp: 011-1479 9976 / 014-806 8027

Atau anda boleh membuat appointment bersama kami untuk perbincangan lebih lanjut!


Posted 3 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES