7 Hala Tuju Selepas SPM Bagi Pelajar Jurusan Sains

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
hala tuju selepas spm

Menentukan hala tuju selepas SPM adalah salah satu perkara penting yang mesti dilakukan oleh pelajar-pelajar lepasan SPM. Ini kerana ia akan menentukan karier atau pekerjaan yang mereka perlu ceburi nanti.

Oleh itu, pelajar perlu membuat pemilihan yang terbaik supaya jurusan yang dipilih adalah sesuai dengan minat dan kelayakan mereka. 

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan lebih lanjut mengenai 7 hala tuju selepas SPM bagi pelajar jurusan sains.

Hala Tuju Selepas SPM

  1.  Pengajian Luar Negara

Salah satu laluan yang sangat popular bagi pelajar lepasan SPM adalah menyambung pengajian ke luar negara. 

Bidang perubatan dan pergigian adalah dua bidang yang sering menjadi pilihan pelajar jurusan sains. Anda boleh memilih mana-mana negara untuk menyambung pengajian samada di Eropah, Amerika Syarikat atau di negara-negara Asia.

Sebenarnya, negara seperti Mesir dan Bangladesh sering menjadi pilihan pelajar perubatan dari Malaysia.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara:

  • Yuran Rendah

Secara umum, yuran pengajian jurusan perubatan di Mesir adalah sekitar RM35,000.

Harga ini lebih tinggi berbanding di Malaysia yang boleh mencecah lebih daripada RM60,000 setiap tahun.

  • Kos Sara Hidup Rendah

Kos sara hidup bulanan bagi pelajar di Mesir dan Bangladesh biasanya hanya sekitar RM500-RM700. Ini juga jauh lebih murah berbanding kos hidup pelajar luar negara yang berada di negara-negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

  • Negara Islam

Faktor pemilihan negara juga penting bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran di luar negara. Cabaran-cabaran seperti mencari makanan halal, kemudahan bersolat dan beribadah, kehidupan sosial perlu dilalui lebih-lebih lagi bagi pelajar Muslim.

Kini sudah terdapat negara-negara Islam seperti Mesir, Bangladesh dan Indonesia yang menawarkan jurusan perubatan dan pergigian yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Ini merupakan peluang terbaik bagi pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran di sana tanpa perlu risau dengan aspek agama dan kehidupan. 

Sekiranya berminat, anda boleh menghubungi agensi pengurusan dan penempatan pelajar seperti Zara Zakiah untuk memudahkan anda menyambung pelajaran ke luar negara.

hala tuju selepas spm lepasan sains
  1. Matrikulasi

Matrikulasi adalah program lepasan SPM yang menawarkan pengajian pra-universiti. Anda boleh memilih untuk menyambung dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan.

Selepas tamat matrikulasi, anda boleh memohon di UPUonline untuk menyambung ke program ijazah pilihan anda.

  1. IPTA 

Selain matrikulasi, pelajar SPM juga boleh memilih untuk menyambung pengajian mereka di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Anda boleh memilih untuk menyambung program asasi atau program diploma berdasarkan keputusan SPM anda.

Jika anda ingin menyambung pengajian di IPTA, antara IPTA yang terbaik adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM).

  1. Tingkatan 6 (STPM atau A Level)

Hala tuju selepas SPM seterusnya adalah dengan memilih untuk menyambung tingkatan 6 untuk mengambil Sijil Tinggi Persekolohan Malaysia (SPTM).

Pilihan ini sangat menarik kerana selepas anda tamat pengajian dan memohon UPU, keutamaan akan diberi kepada anda berbanding pelajar lepasan diploma dan asasi/matrikulasi.

  1. Kolej Swasta / IPTS

Selain daripada kolej dan Institusi Pengajian Tinggi Awam, anda juga boleh memilih untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Anda perlu membuat kajian yang terperinci untuk mencari IPTS yang bagus dan sesuai dengan kemampuan anda.

Di antara IPTS yang terbaik adalah Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Management and Science University (MSU).

  1. Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya

Jika anda berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Malaysia, anda boleh memilih untuk mengambil Diploma di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Terdapat 3 program pengajian yang anda boleh pilih untuk masuk ke PPUM iaitu Program Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan.

Kemasukan ke PPUM biasa akan berlaku sekitar bulan Mac pada setiap tahun.

  1. Latihan Separa Perubatan

Hala tuju selepas SPM yang terakhir adalah Latihan Separa Perubatan. Program ini merupakan satu program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Anda boleh memilih dari 13 latihan untuk program ini. Masa yang diambil untuk program ini adalah 3 tahun bagi program Diploma dan 2 tahun untuk peringkat Sijil.

Anda juga akan mendapat elaun dan dapat kemudahan yang sangat baik di Pusat Kolej Kesihatan di seluruh Malaysia.

Bolehkah Sambung Belajar Luar Negara Ketika COVID-19?

Sudah pasti anda bertanya-tanya jika pelajar boleh sambung belajar di luar negara pada waktu sekarang di mana dunia dilanda dengan penyakit Covid-19.

Sebenarnya tiada masalah untuk anda menyambung pengajian ke luar negara. 

Kami juga akan memberi anda beberapa tips untuk anda jika anda memilih untuk belajar di luar negara:

  1. Semak status penerbangan anda

Kes Covid 19 yang semakin meningkat dari semasa ke semasa telah menyebabkan banyak pembatalan dan penangguhan waktu penerbangan. 

Sekiranya anda perlu melakukan perjalanan semasa pandemik, anda dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan anda sebelum pergi ke lapangan terbang.

  1. Tiba awal di lapangan terbang

Disebabkan pandemik ini, mungkin terdapat banyak langkah tambahan untuk berjaga-jaga demi mengurangkan risiko jangkitan di lapangan terbang dan penerbangan anda. 

Oleh itu, proses berlepas mungkin mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk melalui prosedur pemeriksaan kesihatan dan keselamatan yang lebih teliti. 

Anda disyorkan untuk tiba ke lapangan terbang lebih awal supaya mempunyai cukup masa untuk menjalani semua prosedur yang diperlukan untuk keselamatan anda.

A picture containing grass, dancer, sport, person

Description automatically generated
  1. Sediakan dokumen perjalanan dan pengajian yang lengkap 

 Antara contoh dokumen perjalanan dan pengajian yang diperlukan:

  • Passport
  • Visa
  • Ujian PCR (Syarat berbeza mengikut jenis penerbangan dan negara)
  • Surat Tawaran Belajar (Untuk Pelajar Baru)
  • Surat Pengesahan Pelajar / Jadual Peperiksaan (Untuk Pelajar Senior)
  • Insurans Kesihatan
  • Kad Pelajar
  1.  Sentiasa memakai topeng muka dan kerap membasuh tangan dengan sabun atau sanitizer

Anda dinasihatkan untuk membawa topeng muka tambahan semasa anda dalam penerbangan jarak jauh untuk keselesaan dan kebersihan diri serta memakai topeng muka.

Selain itu,anda juga dinasihatkan untuk sentiasa membawa sabun atau sanitizer. Ini untuk memastikan anda menjaga kebersihan anda.

Kesimpulan

Terdapat banyak hala tuju selepas SPM yang anda boleh mengikuti. Anda perlu membuat kajian yang mendalam untuk mencari program yang sesuai untuk anda.

Jika anda mencari agensi yang boleh menolong anda untuk menyambung pengajian di luar negara, anda boleh memilih Zara Zakiah.

Ini adalah antara sebab mengapa anda perlu memilih mereka:

  • Pengalaman 14 Tahun Dalam Industri
  • Perjanjian Memorandum Of Understanding (MOU) Antara Zara Zakiah Education dengan universiti-universiti terlibat di luar negara
  • Bimbingan Dari A-Z
  • Pembayaran Secara Berperingkat
  • Menjalankan program persediaan pelajar sebelum ke luar negara
  • Hubungan akrab di antara pihak Zara Zakiah dan pelajar-pelajar di luar negara

Jika anda berminat, anda boleh ke laman web ini untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

Admin

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags