8 Universiti Terbaik Luar Negara Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Dengar

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
universiti luar negara

Apabila kita berbincang tentang melanjutkan pelajaran ke luar negara, pastinya kita sudah ada beberapa universiti terkemuka yang ada dalam minda. 

Semestinya anda ingin melanjutkan pelajaran ke universiti yang terbaik terutamanya jika anda sudah melaburkan wang yang banyak untuk menyambung pelajaran di luar negara. 

Tetapi kadang kala kita hanya menumpukan fokus kita terhadap beberapa saja universiti sedangkan terdapat banyak lagi universiti yang bagus di sana.

Artikel ini akan berkongsikan 8 universiti terbaik luar negara yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ini.

8 Universiti Terbaik Luar Negara 

Jom kita lihat 8 universiti terbaik luar negara yang sering menjadi pilihan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka. 

  1. Alexandria University 

universiti luar negara

Alexandria University atau Universiti Iskandariah bukan lagi universiti yang asing apabila berbincang tentang universiti terbaik luar negara. 

Alexandria University merupakan sebuah universiti penyelidikan awam di Alexandria, Mesir. 

Anda tidak perlu risau kerana universiti ini diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA), Malaysian Medical Council (MMC) dan Malaysian Dental Council (MDC).

Menduduki tempat ke-18 dalam Kedudukan Universiti Terbaik Timur Tengah, Alexandria University kini menjadi universiti kedua terbesar Mesir. 

Dalam banyak-banyak jurusan yang ditawarkan di Alexandria University, jurusan yang paling popular di universiti ini adalah jurusan perubatan dan jurusan pergigian. 

  1. Moscow Aviation Institute

universiti luar negara

Institut Penerbangan Moscow (MAI) merupakan salah satu institut utama pendidikan tinggi kejuruteraan di Moscow. 

Sejak penubuhannya pada tahun 1930,  institut ini telah menempa kemajuan dalam teknologi aeroangkasa di Rusia hingga ke seluruh dunia.

Universiti ini mempunyai lebih daripada 160 ribu pakar, 250 pereka utama, 50 ahli Akademi Sains Rusia, 22 angkasawan, 100 juruterbang ujian dan 60 juara Olimpik dalam sukan berbeza. 

Pelajar hasil keluaran institut ini saja telah menjadi bukti tentang kualiti pendidikan dalam bidang penerbangan di MAI ini.

  1. Bangladesh Agricultural University (BAU)

universiti luar negara

Universiti Pertanian Bangladesh (BAU) ditubuhkan sebagai satu-satunya universiti seumpamanya di Bangladesh pada tahun 1961. 

Dua fakulti asal di BAU adalah Fakulti Sains Veterinar dan Fakulti Pertanian. 

Selain di Indonesia, BAU telah menjadi pilihan alternatif para pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian Perubatan Veterinar.

Universiti ini diiktiraf oleh MQA dan Malaysian Veterinary Council (MVC).

Dengan kos pengajian yang amat berpatutan, BAU menawarkan infrastruktur yang bagus terutamanya perpustakaan pusat BAU yang mempunyai koleksi yang mengagumkan.

  1. Dhaka Dental College

universiti luar negara

Dhaka Dental College merupakan institusi pergigian terbesar di Bangladesh dan satu-satunya kolej pergigian kerajaan di Bangladesh. 

Ia adalah institut pengajian tinggi dalam bidang pergigian pertama di Pakistan Timur yang ditubuhkan pada tahun 1961.

Pada asalnya, universiti ini tidak mempunyai kampus sendiri tetapi tahun 2000, kampus baharu secara rasminya dibuka di Mirpur, Dhaka.

Anda tidak perlu risau kerana universiti ini diiktiraf oleh MQA dan MDC.

  1. Universiti Sumatera Utara (USU)

universiti luar negara

Universiti Sumatera Utara merupakan universiti awam yang terletak di Medan, Sumatera Utara, Indonesia. 

Fakulti pertama yang ditubuhkan di USU ialah Fakulti Perubatan pada tahun 1952.

Presiden Indonesia, Sukarno, sendiri telah merasmikan universiti ini sebagai universiti ketujuh di Indonesia. 

Universiti ini telah mendapat pengiktirafan daripada MQA, MMC dan MDC.  

  1. Pirogov Russian National Research Medical University

universiti luar negara

Pirogov Russian National Research Medical University yang juga dikenali sebagai Pirogov Medical University adalah pusat penyelidikan dan inovasi perubatan dan bioperubatan terbaik di Rusia.

Antara fokus aktiviti saintifik universiti ini adalah penjagaan kesihatan secara praktikal dan menerokai ilmu baharu mekanisme penyakit manusia. 

Universiti ini mempunyai rangkaian di 38 hospital bandar besar dan beberapa rumah bersalin yang lengkap dengan kemudahan perubatan moden. 

Dalam QS World Ranking University, Pirogov Medical University mendapat kedudukan yang ke-451 dalam bidang perubatan dan tersenarai di Times Higher Education.

  1. Mymensingh Medical College

universiti luar negara

Mymensingh Medical College merupakan sebuah institut perubatan kerajaan Bangladesh yang terletak di daerah Mymenshing, Dhaka iaitu ibu kota Bangladesh.

Semasa pemerintahan British di India, perkhidmatan kakitangan perubatan tidak mencukupi menyebabkan penubuhan Sekolah Perubatan Lytton.

Sekolah perubatan Lytton telah menjalankan jurusan 4 tahun Licentiate Fakulti Perubatan yang kemudiannya dinaiktaraf kepada jurusan perubatan 5 tahun dibawah Universiti Dhaka.

Sekolah itu dinamakan semula sebagai Mymensingh Medical College.

Institut perubatan ini telah diiktiraf oleh MQA dan MMC. 

  1. Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA)

universiti luar negara

Universiti ini merupakan universiti Islam negeri yang berada di Pekanbaru, Indonesia. 

Nama universiti ini diambil sempena dengan Sulatan Syarif Kasin iaitu sultan ke-12 dan sultan terakhir Kesultanan Siak Sri Inderapura. 

Universiti ini sering menjadi pilihan pelajar Malaysia kerana prestasinya yang menuju bertaraf antarabangsa.

Selain itu, yuran universiti ini juga berpatutan dan universiti ini telah diiktiraf MQA.

Belajar Luar Negara dengan Zara Zakiah

Jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dan tidak tahu hendak bermula di mana, anda disarankan untuk menghubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd. 

Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang ini, mereka terus menawarkan khidmat yang terbaik dalam membantu pelajar ke luar negara. 

Mereka telah membantu lebih 600 pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Zara Zakiah telah membuat Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan banyak universiti luar negara seperti di Mesir, Rusia, Indonesia dan Bangladesh. 

Mereka akan bimbing anda dari A-Z dengan pengurusan pelajar yang sistematik dan profesional, sesi konsultasi percuma dan penghantaran ke luar negara sehingga selesai penempatan.

Zara Zakiah menjalinkan hubungan erat dengan pelajar Malaysia di luar negara untuk memastikan transisi pelajar ke universiti pilihan mereka berjalan dengan lancar.

Selain itu, Zara Zakiah Education akan membantu anda untuk menyediakan dokumen untuk memohon bantuan kewangan seperti pengeluaran KWSP dan permohonan zakat. 

Namun, mereka tidak menyediakan sebarang pinjaman atau biasiswa bagi pelajar tetapi hanya cuma bertanggungjawab dalam menguruskan pelajar ke luar negara.

Pengurusan kediaman pelajar bagi tahun pertama pengajian juga dikendalikan oleh syarikat dan mereka juga menyediakan kem dan kelas persediaan sebelum ke luar negara. 

Antara bidang yang mereka tawarkan adalah perubatan, veterinar, pergigian, kejuruteraan, farmasi dan pengajian Islam.

Jadi apa yang anda tunggu lagi?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

bomstart

bomstart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags