BLOG

9 SEBAB UTAMA PELAJAR MALAYSIA MEMILIH SAMBUNG PERUBATAN DAN PERGIGIAN DI BANGLADESH.

9 Sebab Utama Pelajar Malaysia Memilih Sambung Perubatan Dan Pergigian Di Bangladesh.

9 Sebab Utama Pelajar Malaysia Memilih Sambung Perubatan Dan Pergigian Di Bangladesh.

Dewasa ini, Universiti Awam di Bangladesh mula menjadi tarikan dan pilihan pelajar Antarabangsa terutamanya pelajar Malaysia untuk sambung pengajian PERUBATAN dan PERGIGIAN kerana mempunyai kualiti yang hampir sama dengan India untuk sistem pengajiannya. Antara sebab program perubatan di Mymensingh Medical College Bangladesh dan program pergigian di Dhaka Dental College menjadi tarikan adalah seperti berikut:-

1. Menggunakan mayat

Bagi pelajar perubatan di Mymensingh Medical College bermula tahun pertama lagi mereka akan dibekalkan dengan 1 Set Tulang Manusia yang asli dan bagi pelajar pergigian di Dhaka Dental College pula mereka akan dibekalkan 1 Set Gigi Asli Manusia sebenar disamping menggunakan mayat yang diawet dalam proses pembelajaran, menjadikan pelajar perubatan di Bangladesh belajar menggunakan the real human body. Pembelajaran yang menggunakan the real human body sedikit sebanyak menambahkan skill sebagai pelajar perubatan dan pergigian sekali gus dapat menyesuaikan diri bila berhadapan dengan pesakit dan keadaan yang sebenar nanti.

MBBS Bangladesh, MBBS India, MBBS Manipal

 

2. Memasuki Dewan Bedah

Pelajar perubatan tahun 3 di Mymensingh Medical College telah dibenarkan untuk memasuki dewan bedah (Operation Theatre) dan kadang kala mereka menjadi orang yang bertanggungjawab untuk membantu doktor di sana bagi melakukan post-mortem jika berlaku kematian.  

3. Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian perubatan di Mymensingh Medical College dan Dhaka Dental College hanya 5 tahun sahaja.  

4. Yuran Pengajian

Yuran pengajian hanya USD 2,500 setiap semester bersamaan ±RM 10,000 sekali gus menjadikan yuran pengajian perubatan dan pergigian antara yang terendah di dunia (sehingga artikel ini ditulis) tetapi memiliki kualiti yang terbaik.  

5. Kuota

Kemasukan pelajar Malaysia untuk program perubatan di Mymensingh Medical College dan Dhaka Dental College adalah melalui kuota yang telah ditetapkan. Hanya 20 kekosongan sahaja yang diberikan untuk pelajar Malaysia bagi setiap program perubatan dan pergigian. Siapa cepat dia dapat.

MBBS, BDS, India, Bangladesh

 

6. Pengiktirafan

Mymensingh Medical College juga diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysian Medical Council (MMC) sementara Dhaka Dental College diiktiraf oleh MQA dan juga Malaysian Dental Council (MDC). Pengiktirafan MQA, MMC dan MDC sangat penting bagi memastikan pelajar perubatan dan pergigian di Bangladesh diterima untuk proses penempatan housemanship iaitu Doktor Pelatih dan New Dental Officer Program iaitu Doktor Pergigian Pelatih sekaligus memudahkan penempatan mereka sebagai Medical Officer iaitu Pegawai Perubatan serta Dental Officer iaitu Pegawai Pergigian di Malaysia kelak.  

7. Peluang kerjaya yang meluas

Kebanyakan graduan dari Mymensingh Medical College bekerja di seluruh dunia seperti di Malaysia, Kanada, Australia, England, Saudi, United Kingdom, New Zealand dan lain-lain negara lagi.  

8. Kos sara hidup

Kos sara hidup di Mymensingh Medical College dan Dhaka Dental College hanya RM300-RM500 sebulan termasuk bayaran untuk rumah sewa atau hostel. Nilai kos sara hidup ini adalah berdasarkan temu bual bersama pelajar Malaysia yang mengambil program perubatan dan pergigian di sana.  

9. Negara Islam

Bangladesh merupakan negara Islam, maka memudahkan pelajar yang beragama Islam untuk beribadah dan juga mencari makanan yang halal. dentistry, MBBSPelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi Sains / A-Level / Diploma yang berkaitan yang berminat untuk memohon program perubatan dan pergigian di Bangladesh boleh mengisi pra pendaftaran online di link ini atau boleh terus hubungi pegawai kami Cik Puan Syuhada di talian 013-3098058. MBBS Setiap tahun ramai pelajar dari SBP, MRSM, Asasi Sains UiTM Dengkil, Asasi Pintar UKM, PASUM, Asasi UNIMAS, dan matrik seluruh Malaysia yang merebut peluang ini. Adakalanya ada juga pelajar lepasan DIPLOMA dalam bidang Sains Kesihatan yang mengambil peluang ini. Peluang yang jarang diketahui, tapi telah berjaya di grab oleh mereka yang betul-betul mencari peluang keemasan ini. Ambil peluang ini sekarang sebelum anda terlepas lagi. Tahniah kepada bakal DOKTOR yang telah berjaya mengambil peluang ini. Lihat link di bawah untuk maklumat lebih lanjut.


Posted 4 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES