A-Level Di Malaysia: Satu Pilihan Yang Tepat? Ketahui 4 Kelebihannya

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
a level di malaysia

A-Level di Malaysia? Kenapa tidak?

Kini, selalu kita dengar ramai yang belajar A-Level di luar negara.

Namun begitu, seperti yang anda mungkin sudah tahu, kos untuk mengambil program ini di luar negara sangatlah mahal.

Tahukah anda, anda juga boleh mengambil program ini di Malaysia?

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kelebihan yang anda akan dapat dengan belajar A-level di Malaysia.

Tetapi sebelum itu, anda perlu tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan A-Level.

Apa itu A-Level?

a-level di malaysia

A-Level adalah program pantas untuk Peringkat Lanjutan atau Advanced Level programme. Ia dianugerahkan oleh Cambridge International Examinations (CIE).

A-Level adalah sedikit sebanyak seperti Tingkatan Enam di Malaysia. 

Selain itu, ia adalah salah satu program pra-universiti yang paling terkenal.

Biasanya, universiti swasta di Malaysia akan menawarkan program ini.

Kebiasaannya, program ini mengambil tempoh masa 15 sehingga 24 bulan.

4 Kelebihan mengambil A-Level Di Malaysia

a-level di malaysia

Terdapat banyak kelebihan yang anda akan dapat dengan mengambil A-Level, terutamanya jika anda merancang untuk mengambilnya di Malaysia. 

Antara 4 kelebihannya adalah:

  1. Lebih Banyak Pilihan 

Jika anda mengambil A-Level, anda akan mendapati anda mempunyai pilihan yang sangat luas semasa hendak menyambung pengajian nanti.

Hal ini kerana, dengan A-Level, anda boleh mengejar mana-mana ijazah yang anda mahu.

Masih belum pasti anda mahu mengambil kursus apa nanti? Anda boleh fikirkannya kemudian setelah anda selesai mengambil A-Level.

  1. Diiktiraf Di Seluruh Dunia

Ya betul. Sebut sahaja A-Level ini di mana sahaja di dunia ini, pasti ada yang tahu tentang kursus pra-universiti ini.

Dilabel sebagai gold standard, A-Level ini diterima secara meluas di seluruh dunia.

Pergilah ke mana-mana universiti, jika anda ada A-Level, anda berkemungkinan besar akan diterima masuk.

Berikut merupakan negara-negara pilihan popular bagi mereka yang telah menamatkan A-Level dan meneruskan pengajian degree:

  • UK
  • Amerika Syarikat
  • Kanada
  • Australia
  • Singapura

  1. Pelbagai Sumber A-Level 

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai sumber A-Level tersedia bagi pelajar-pelajar.

Sebagai pelajar A-Level, anda akan dibantu oleh institusi anda dengan sumber yang sangat mencukupi seperti:

  • Kemudahan Internet
  • Kertas peperiksaan tahun lepas
  • Soalan semakan sedia
  • Skim Penandaan

Ini akan sedikit sebanyak dapat menolong anda untuk membuat yang terbaik untuk program ini.

  1. Pengetahuan Yang Lebih Mendalam

Dengan mengambil program A-Level ini, anda akan mendapat pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran pilihan anda.

Macam tidak masuk akal bukan? Bukan ke ada banyak lagi subjek yang juga perlu diberikan perhatian? Mari kami jelaskan.

Sekiranya anda mengambil A-Level, anda tidak perlu mengambil sehingga 6 ke 7 mata pelajaran.

Hal ini kerana, A-Level membolehkan anda untuk memberi tumpuan kepada hanya 3 mata pelajaran.

Ini bermakna anda akan dapat mempelajari subjek-subjek pilihan anda dengan lebih mendalam.

Namun begitu, jangan ingat A-Level ini mudah sebab anda hanya perlu mengambil 3 mata pelajaran.

Secara umumnya, ia merupakan kursus yang sukar kerana ia memerlukan anda menjawab soalan peperiksaan dengan menganalisis dan menggunakan pemikiran logik.

Di Mana Hendak Belajar Perubatan Veterinar?

Pernahkah anda terfikir untuk belajar Perubatan Veterinar? 

Adakah anda berminat untuk mempelajarinya selepas mengambil A-Level?

Anda bernasib baik! Jika anda berminat dengan Perubatan Veterinar, anda boleh menghubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd.

Mereka telah menghantar lebih daripada 600 pelajar untuk belajar di luar negara dan anda tidak perlu bimbang tentang apa-apa kerana mereka telah melakukan ini selama hampir 14 tahun!

Mereka akan membimbing anda dari A hingga Z dan anda boleh membuat pembayaran secara ansuran. 

Kini, anda telah tahu kelebihan belajar A-level. 

Lebih 600 pelajar memilih perkhidmatan Zara Zakiah kerana yuran dan kos sara hidup yang rendah.

Dengan Zara Zakiah, anda mempunyai pilihan untuk belajar sama ada:

  • Perubatan
  • Veterinar
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Kejuruteraan 
  • Pengajian Islam

Anda mempunyai beberapa pilihan untuk meneruskan pengajian anda di Mesir, Rusia, Indonesia atau Bangladesh.

Pilihannya ada di tangan anda.

Dan jika anda tertarik untuk melanjutkan pelajaran anda dengan Zara Zakiah, anda telah membuat pilihan yang tepat!

Kenapa Zara Zakiah?

  • Rundingan PERCUMA
  • Membantu dalam persediaan sebelum melanjutkan pelajaran – kem dan kelas
  • Menyediakan dokumen bantuan kewangan
  • Membantu menguruskan kediaman pelajar pada tahun pertama
  • Dan banyak lagi!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

bomstart

bomstart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags