fbpx

Bagaimana seorang Doktor menunaikan solat

*Perkongsian ini adalah tulisan asal dari Facebook Dr Faiz Najmi. Beliau pernah bekerja di unit kecemasan satu ketika dulu tapi kini telah meninggalkan bidang ini dan menjalankan perniagaan sepenuh masa. Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat terutama bagi mereka yang bakal bergelar doktor. (more…)

Smart Mumtaz 2018

Alhamdulillah, bakal pelajar Perubatan dan Pergigian yang akan berangkat ke Mesir telah menjalani kem persediaan ini selama 10 hari 9 malam. Kem Persediaan Bahasa dan Pra Perubatan ini telah diadakan di Kolej Pendeta Zaaba, UKM, Bangi. Tidak dilupakan juga, pengisian, tips mumtaz belajar dan trik survival daripada senior turut dikongsikan. Inshaallah bakal doktor ini akan membuat penerbangan pada hujung September ini. Semoga mereka pulang menjadi doktor yang kompeten dan berdedikasi.

Mereka Duta Kecil Malaysia

Eduventure Camp adalah sebuah program yang dibuat khusus bagi semua pelajar yang bakal belajar di luar negara. Ia menghimpunkan para pelajar Zara Zakiah Education yang akan melanjutkan pelajaran di Mesir, Rusia, Indonesia mahupun Bangladesh. Bagi sesi 2018, alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya pada 12 hingga 14 Mei 2018 (Sabtu hingga Isnin). Para pelajar seramai 29 orang ini akan membuat pendaftaran di universiti masing-masing pada hujung tahun ini dan awal tahun hadapan. Sungguh, mereka inilah yang membawa nama negara Malaysia di luar negara kelak. Semoga segala input dan pengajaran menerusi kem ini dapat menjadi bekalan dan diimplimentasikan dalam liku kehidupan mereka kelak.

Permohonan ke Timur Tengah

Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dalam membuat pendaftaran secara atas talian dengan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyambung pengajian di Timur Tengah khususnya Mesir dalam bidang Perubatan dan Pergigian. Pendaftaran secara atas talian ini telah dibuka sepanjang bulan 3 dan telah ditutup pada 29 Mac lalu. Bagi mana-mana pelajar yang telah berjaya membuat pendaftaran namun menghadapi masalah dari sudut penempatan, pengurusan visa, penerimaan surat tawaran daripada universiti dan lain-lain, kami membuka luas peluang bersama kami. Sebarang masalah boleh hubungi 016 3089 681 atau 019 609 7429.

Karnival Pendidikan MARA 2018

Alhamdulillah, roadshow kami bersama MARA yang telah bermula pada 17 Mac 2018 (Sabtu) telah tamat dengan jayanya semalam. Terima kasih buat semua pengunjung booth kami sama ada di selatan, utara tanah air mahupun di Borneo Sabah yang percaya dan memberikan sokongan penuh pada servis kami. (more…)

Panduan Membuat Bank Draf

Biasanya Bank Draf ni amat diperlukan masa nak bayar yuran pengajian universiti di Mesir. Setiap semester yuran bagi Perubatan dan Pergigian adalah USD 4000 dan perlu diserahkan kepada pihak universiti sekurangnya sebelum keputusan peperiksaan semester keluar (Kalau tak, tak dapat tengok result). Okey, sekarang macam mana nak buat Bank Draf/ Banker Cheque? (more…)

Lantikan daripada Universiti

Pada 14 Februari 2018, pihak pengurusan Zara Zakiah Education Sdn Bhd yang diwakili En Mohammad Anwar bin Shamsuddin selaku CEO telah berjumpa Dekan Fakulti Sains Veterinar dan mencapai persefahaman sebagai wakil sah Bangladesh Agricultural University (BAU). (more…)

Kem Persediaan ke Bangladesh

Wonder Camp 2018 telah diadakan pada 8 hingga 11 Januari 2018. Kem yang berlangsung selama 4 hari 3 Malam itu padat dengan pengisian bahasa Bangladesh, perkongsian dan tips berguna daripada senior yang telah belajar di sana. Tidak lupa juga persediaan asas ilmu Perubatan, Pergigian, dan Veterinar. Semoga mereka pulang menjadi insan yang berguna kelak.

Melawat Pelajar ZZE di Mesir

Makluman kepada semua, wakil team ZZE, En. Annawi akan terbang ke Mesir pada tanggal 8 Dis 2017 bagi menguruskan hal urusan pelajar di universiti.  Bagi ibubapa yang ingin mengirim bank draft atau barang pelajar, boleh berbuat demikian selewat-lewatnya 5 Dis 2017.

Oleh itu, pelajar kelolaan ZZE dialu-alukan berjumpa dengan En. Annawi di Mesir pada tarikh yang telah dinyatakan.  Semoga segala urusan di Mesir dipermudahkanNya. InsyaAllah.

 

Penerbangan Pelajar UIN SUSKA

Jadilah seperti air yang mengalir, sentiasa memberi manfaat buat apa yang disekelilingnya. Begitulah perumpamaan yang diberikan oleh bijak pandai dahulu ketika memberi gambaran kepada kita dalam meniti hidup sebagai insan.

Alhamdulillah, Zara Zakiah Education telah menghantar seramai 21 orang pelajar lelaki dan perempuan ke Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kassim, Riau, Indonesia. (more…)