Doktor Veterinar ; Peluang Dan Cabaran

Sejak akhir-akhir ini kerjaya doktor veterinar semakin mendapat permintaan dalam masyarakat. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Veterinar, Datuk Dr Kamarudin Md Isa, “Veterinar di negara juga dilihat mencukupi namun masih ada keperluan untuk menampung jumlah sedia ada,” .

Beliau menegaskan hanya dua universiti mengeluarkan 140 hingga 150 graduan doktor veterinar iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) setiap tahun.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata bilangan yang dikeluarkan oleh dua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu ditambah, namun bukan secara mendadak (berperingkat).

(more…)

4 Perkara Penting Ibu Bapa Dan Pelajar Wajib Tahu Tentang Hala Tuju Selepas SPM

Selepas tamat SPM mesti ramai ibu bapa dan pelajar yang bingung apa yang harus dilakukan setelah mendapat keputusan peperiksaan SPM. Mungkin ada segelintir pelajar yang ingin terus bekerja setelah 11 tahun di alam persekolahan, namun kebanyakkan ibu bapa dan pelajar akan membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, even ada mensasarkan sehingga peringkat PhD. (more…)

‘Medic’ di Bangladesh

Alhamdulillah kami telah menghantar bakal doktor, doktor gigi, dan doktor haiwan bagi menuntut ilmu di Bangladesh pada tanggal 5 Februari lalu. Sebagai makluman, mereka bakal menjadi pelajar di Mymensingh Medical College, Dhaka Dental College dan Bangladesh Agricultural University. (more…)

Cara Sambung Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pergigian Menggunakan Keputusan SPM Sahaja.

Keputusan SPM akan tiba tidak lama lagi maka semakin hampirlah para pelajar dengan cita-cita masing-masing. Ada yang bercita-cita untuk menjadi ‘pilot’, DOKTOR PERUBATAN, DOKTOR GIGI, DOKTOR HAIWAN, ‘engineer’, dan macam-macam lagi. Keputusan SPM yang diperolehi bukanlah penentu tercapainya cita-cita tersebut tapi adalah bermulanya langkah pertama menghampiri untuk mencapai cita-cita tersebut. (more…)

Sambung ‘Degree’ Tanpa Menggunakan PTPTN Atau Biasiswa ?

Bila sebut tentang PTPTN sudah tentu berkait rapat dengan pengajian di peringkat yang lebih tinggi tidak kira di IPTA atau IPTS. Bagi pelajar yang cemerlang sudah pasti biasiswa menjadi idaman untuk menyambung pengajian dalam bidang diminati bagi merealisasikan cita-cita selama ini. Tapi buat masa sekarang biasiswa bukan semudah yang disangka seperti dahulu. Jika dahulu dapat sahaja keputusan SPM yang cemerlang, maka bermacam biasiswa boleh dimohon dan peluang untuk memperolehi adalah sangat tinggi. Cuma kebelakangan ini, mendapat keputusan cemerlang bukanlah suatu jaminan untuk mendapat biasiswa lagi. (more…)

Persediaan Terakhir

Kem persediaan ke Bangladesh bagi sesi 2019 atau Wonder Camp telah diadakan pada 26 hingga 29 Disember 2018 selama 4 hari. Kem yang memberi penekanan pada persediaan Bahasa Bengali dan kelas pra medik ini telah dihadiri hampir 20 orang peserta dari pelbagai jurusan yang bakal diambil. (more…)