BLOG

BELAJAR BAHASA ARAB SEBELUM MENERUSKAN PELAJARAN DI LUAR NEGARA

Belajar Bahasa Arab Sebelum Meneruskan Pelajaran di Luar Negara

Belajar Bahasa Arab Sebelum Meneruskan Pelajaran di Luar Negara

Jika anda ingin menyambung pelajaran di luar negara seperti Mesir dan Jordan, mesti anda ada persoalan seperti:

“Macam mana kalau aku tak fasih bahasa Arab?”

“Boleh ke sambung belajar di Mesir/Jordan kalau tak ada kelayakan bahasa Arab?”

Jawapannya ya, kalau tak tahu macam mana nak cakap bahasa Arab, anda masih boleh sambung belajar ke Mesir dan Jordan.

Ada banyak kursus-kursus bahasa Arab yang ditawarkan di Malaysia sebagai persiapan sebelum anda ke sana.

Jom kami kongsikan dengan anda apa kelebihan belajar bahasa Arab dan di mana anda boleh belajar bahasa Arab sebelum anda melanjutkan pelajaran.

Kenapa Perlu Belajar Bahasa Arab Sebelum ke Luar Negara?

belajar bahasa arab

Mesti ada yang tertanya, kenapa kena belajar bahasa Arab sebelum sambung belajar di negara yang menggunakan bahasa Arab sebagai medium komunikasi?

Kalau belajar dekat sana tak boleh ke?

Boleh sahaja, tetapi anda perlu ingat tujuan anda ke sana adalah untuk melanjutkan pelajaran.

Kalau anda sambung dalam bidang selain bidang bahasa Arab, kami risau anda tidak mempunyai masa untuk belajar bahasa Arab.

Dikhuwatiri anda akan mempunyai kesukaran untuk mengikuti pelajaran bidang yang anda pelajari itu.

Di mana-mana pun, pastinya akan ada selitan bahasa rasmi negara tersebut walaupun mereka menyatakan mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara.

Untuk elakkan permasalahan dalam memahami pelajaran anda, adalah penting untuk anda mempelajari bahasa Arab terlebih dahulu.

Lagi merisaukan adalah jika anda tidak dapat berkomunikasi dengan pensyarah, rakan-rakan dan penduduk di sana.

“Alah, mesti ada pelajar Malaysia yang boleh tolong aku.”

Kalau ada terdetik seperti di atas dalam hati anda, ya memang benar ramai pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Jordan.

Tetapi, perlu ingat anda perlu sentiasa berinteraksi dengan orang lain selain daripada mereka yang boleh berbahasa Melayu dan Inggeris.

Terutamanya dalam urusan seharian seperti membeli-belah, meminta arah perjalanan dan mendapatkan apa-apa khidmat di sana.

Oleh itu, memang ada keperluan untuk anda belajar bahasa Arab sebelum melanjutkan pelajaran ke negara-negara yang berbahasa Arab.

Apakah Kelebihan Belajar Bahasa Arab?

belajar bahasa arab

Kelebihan belajar bahasa Arab ni bukan sahaja dari sudut pandang melanjutkan pelajaran saja tau.

  1. Mudah Pelajari Ilmu

Jika anda mempunyai kemahiran berbahasa Arab, anda akan lebih mudah pelajari ilmu terutamanya jika kandungan pelajaran adalah dalam bahasa Arab.

Selain itu, jika anda seorang Muslim dan ingin menambah ilmu Islam, anda lebih mudah faham pelajaran daripada para ulama’ secara langsung atau tidak.

Disebabkan ramai ulama’ yang fasih berbahasa Arab, pemahaman anda dalam bahasa Arab memudahkan anda menggali ilmu daripada para ilmuan.

Anda juga tidak perlu terjemahan jika anda membaca bahan bacaan bahasa Arab jadi di situ dah jimat masa.

  1. Menjadi Multilingual

Dengan mempelajari bahasa Arab, anda boleh menjadi seorang yang multilingual.

Dalam dunia pekerjaan, individu yang multilingual sangat dihargai dan diperlukan dalam banyak syarikat.

Lepas anda habis belajar, anda akan mudah diambil bekerja kerana kemahiran berbahasa Arab anda.

Anda juga dapat flex kemahiran bahasa Arab anda dalam temu duga dan tinggalkan tanggapan positif dalam penemu duga kerja anda.

Bukan kerja saja, ianya juga berguna semasa temu duga kemasukan universiti dan mendapatkan tajaan pelajaran anda.

  1. Menjadi Pemudah Cara

Jika anda berkemahiran berbahasa Arab, anda boleh menjadi pemudah cara kepada ramai orang.

Anda juga boleh menjadi penterjemah bahasa Arab dan secara tidak langsung boleh dapatkan pendapatan sampingan.

Selepas habis pengajian di Mesir atau Jordan, anda boleh menggunakan kemahiran anda untuk menjadi pemudah cara bagi rakyat negara Arab di Malaysia.

  1. Membuka Peluang Pekerjaan

Selain mendapat ilmu dalam bidang yang anda pelajari, belajar bahasa Arab juga membuka peluang pekerjaan anda sama ada di luar negara mahupun di Malaysia.

Anda boleh menjadi ambassador negara bagi urusan yang berkaitan dengan individu dari negara-negara Arab.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh merebut peluang pekerjaan yang memerlukan bahasa Arab sebagai kriteria utama jawatan tertentu.

Jika anda mendapat peluang untuk bekerja di negara-negara Arab, anda boleh terus menetap di sana sehingga tamat perkhidmatan.

Di Mana Anda Boleh Belajar Bahasa Arab Sebelum Sambung Belajar?

zara zakiah

Anda tak perlu susah-susah mencari tutor atau kelas bahasa Arab untuk sambung belajar di negara-negara Arab.

Dapatkan saja khidmat Zara Zakiah Education Sdn Bhd!

Zara Zakiah menawarkan program persediaan pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Bukan itu sahaja, Zara Zakiah sangat mementingkan hubungan dengan pelajar dari awal hingga akhir pengajian.

Jadi, anda tak perlu risau jika anda rasa keseorangan menyambung pelajaran ke luar negara kerana Zara Zakiah sentiasa ada untuk bantu anda.

Mereka akan membantu anda sepertimana mereka telah membantu lebih daripada 600 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 14 tahun.

Zara Zakiah telah mengadakan Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan pelbagai universiti luar negara seperti di Mesir, Rusia, Indonesia dan Bangladesh.

Mereka juga memberikan bantuan dari segi penyediaan sokongan memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa, serta bagi permohonan pengeluaran KWSP ibu bapa.

Namun, mereka tidak menawarkan sebarang biasiswa atau pinjaman kerana mereka hanya menguruskan pelajar ke luar negara.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah bimbingan lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.

Jadi, tunggu apa lagi?

Sambung Pelajaran ke Luar Negara dengan Bimbingan Zara Zakiah Education Sekarang!

 


Posted 1 year ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES