Cara Belajar Mengaji Supaya Pembacaan Lancar

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
belajar mengaji

Tua atau muda, bagi seluruh umat Islam mengaji atau membaca ayat Al-Quran adalah satu nikmat. 

Tetapi ramai juga yang masih tidak tahu atau tidak lancar membaca Al-Quran. Lantas mereka ingin mempelajari cara belajar mengaji. 

Pada umumnya, lebih baik untuk belajar Al-Quran dengan berguru tetapi ramai sahaja yang malu dan ingin memulakan sendiri dahulu. 

Jangan risau kerana anda tidak bersendirian. Selagi anda mempunyai niat untuk mempelajari dan memahami Al-Quran, maka kami percaya pasti akan ada jalannya. 

Kami akan kongsikan beberapa cara belajar mengaji yang anda boleh amalkan. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!

Proses Belajar Mengaji

belajar mengaji

Sebelum anda mula belajar mengaji, berikut merupakan proses asas yang perlu anda lalui:

  • Mula kenal huruf

Pada fasa ini ada harus belajar mengenali huruf dan cara sebutannya yang betul setiap huruf. 

  • Tidak keliru antara baris atas dan baris bawah

Setelah mempelajari huruf dan sebutan, anda akan mempelajari variasi baris buat huruf tersebut. Ulang berkali-kali sehingga anda tidak lagi keliru. 

  • Bacaan tidak lagi merangkak

Biar lambat, asal selamat. Setiap ayat Al-Quran wajib dibaca dengan betul. 

Mungkin pada awalnya bacaan anda tidak lancar, namun usah risau kerana dengan memperbanyakkan bacaan anda, pasti akan lancar. 

  • Bacaan akan menjadi lancar

Apabila anda ingin mula mengaji, jangan risau tentang perkara yang anda tidak ketahui. Sebaiknya, mulakan sahaja dahulu.

Dengan niat yang betul, anda juga akan mendapat ganjaran pahala! 

Banyak mukjizat Al-Quran yang dapat kita manfaatkan seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَه

Maksudnya: Sebaik-baik kalian adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.

Riwayat al-Bukhari (5027)

Artikel berkait:

Jom belajar bahasa arab

Cara Belajar Mengaji 

belajar mengaji

1. Belajar Mengenal Huruf Dalam Al-Quran

Untuk membaca Al-Quran dengan betul dan lancar, perkara paling asas adalah mempunyai keupayaan untuk mengenal huruf-huruf dalam Al-Quran. 

Anda boleh memulakan pelajaran ini melalui Iqra’. Kenali satu persatu huruf Al-Quran dengan baris-baris yang berbeza. 

Terus ulangi untuk terapkan dalam memori. 

2. Belajar melalui YouTube

Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat di internet? Cara mengaji di atas talian juga tersedia secara atas talian. 

Terdapat pelbagai video yang tersedia di Youtube secara percuma yang boleh anda ikuti untuk mempelajari huruf-huruf asas Al-Quran. 

Malah, anda juga boleh mengikuti bacaan surah ayat-ayat lazim yang ada di Youtube. 

Selain boleh membantu anda menghafal, anda juga tidak terlepas daripada mendapat ganjaran pahala! 

Jika anda segan untuk berguru secara fizikal, anda juga berguru di YouTube pun boleh. 

Ingatlah bahawa asas dalam membaca Al-Quran adalah dengan kelajuan yang tertib kerana haq Al-Quran untuk dibaca dengan betul.

3. Belajar Hukum Tajwid 

Selain mengenal huruf Al-Quran, barisnya, dan menyambungkannya dengan huruf lain, anda juga perlu mengambil berat tentang hukum tajwid. 

Apa itu hukum tajwid? Tajwid adalah istilah dari bahasa Arab yang secara harfiah memiliki makna ‘melakukan sesuatu dengan indah atau bagus’. 

Secara ringkasnya, hukum tajwid boleh dikira sebagai ‘grammar’ dalam bahasa Inggeris ataupun ‘tatabahasa’ jika dalam Bahasa Malaysia. 

Kalau anda nak tahu, mengaji dengan hukum tajwid yang betul lebih dititikberatkan berbanding mengaji dengan alunan yang merdu. 

Ia bukan sahaja dititikberatkan, malah jatuh menjadi hukum WAJIB tau! 

Oleh itu, sebelum anda mula mengaji dengan alunan yang merdu, pastikan anda sudah memahami setiap hukum tajwid yang ada supaya bacaan Al-Quran anda tepat.

Hal ini kerana Al-Quran bukan sekadar buku Islam semata-mata, tetapi juga sebagai panduan hidup buat semua umat Islam. 

Tanpa kita sedari, Al-Quran menyentuh setiap satu aspek kehidupan kita. 

Al-Quran bukan sahaja sekadar untuk dibaca dan difahami sahaja, malah umat Islam juga harus mengamalkan setiap ajaran yang terdapat dalam Al-Quran. 

Oleh itu, sangatlah penting untuk berguru apabila mempelajari Al-Quran agar tidak tersalah tafsir ayat-ayat Al-Quran. 

Tak terkira pahala yang kita dapat apabila membaca Al-Quran. 

Membaca Al-Quran itu bukan dikira selepas membaca keseluruhan ayat atau surah, tetapi setiap huruf itu dikira bersamaan dengan ganjarannya 10 pahala.

Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi)

Dengan kursus yang berkualiti dan tenaga pengajar yang berkelayakan, anda pasti akan cepat mahir dalam menguasai kaedah dan teknik membaca al-Quran yang betul.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agama-Nya, menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mencintai Al-Quran.

In Shaa Allah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

bomstart

bomstart

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags