BLOG

CARA MENJADI SEORANG DOKTOR

Cara Menjadi Seorang Doktor

Cara Menjadi Seorang Doktor

Kerjaya menjadi doktor merupakan pekerjaan yang mulia. Menyelamatkan nyawa orang bukan tugas yang mudah, namun mereka rela melakukannya demi menjaga ribuan nyawa. Walaupun bekerja dalam tekanan tinggi, namun mereka selalu komited dalam melakukan tugas mereka. Justeru itu, kerjaya menjadi seorang doktor merupakan kerja yang dipandang tinggi dan paling dihormati.

Namun, pelbagai penilaian dan tapisan harus dilalui sebelum diiktiraf sebagai doktor perubatan. Bukan mudah tau nak jadi seorang doktor, silap langkah boleh melayang satu nyawa.

Pengiktirafan bagi seorang doktor adalah dengan mendapatkan sijil degree MBBS atau MD atau disesetengah negara juga dikenali sebagai MbbCh. Ringkasnya, kesemua term ini membawa maksud yang sama sahaja. Secara literalnya, MBBS dikenali sebagai Medicine Bachelor and Bachelor of Surgery. Dengan mempunyai sijil degree MBBS, melayakkan anda untuk graduate sebagai seorang doktor dan menyertai housemanship (HO). Berikut adalah cara-cara untuk mendapatkan MBBS:

1. Untuk menjadi seorang doktor, keputusan SPM perlu diambil kira, anda perlu skor A ataupun minima B dalam semua subjek terutamanya bagi subbjek aliran sains (seperti Biologi, Fizik, Kimia) untuk melayakkan anda mengambil A Level ataupun asasi sains. Sesetengah universiti ada yang menawarkan terus Asasi Perubatan seperti di UIA, USIM dan lain-lain.

 

2. Pilihan lain untuk menyambung MBBS adalah dengan pilihan masuk ke matrikulasi. Disana, anda perlu mendapatkan skor PNGK/CGPA 4.00 untuk mendapatkan tawaran course perubatan. Setelah tamat tempoh belajar di matrikulasi, anda boleh memilih untuk meneruskan degree dan mengambil MBBS di universiti dalam negara atau di luar negara. Yang penting, universiti yang ditawarkan mestilah mempunyai pengiktirafan dari Malaysian Qualification Agency (MQA). Jika tiada, rugi segala wang dan masa mengambil sijil yang tak diiktiraf.

3. Pelbagai universiti awam yang menawarkan asasi atau fast-track ke degree untuk mendapatkan MBBS contohnya di Asasi Perubatan Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sekiranya anda tidak mendapat tempat di IPTA, jangan risau, anda boleh cuba juga memohon di IPTS. Antaranya seperti MAHSA, MSU, Melaka Manipal College dan banyak lagi.

Kebiasaannya pelajar yang diterima masuk ke bidang pengajian perubatan ini adalah mereka yang berjaya skor 4.00 bagi PNGK peringkat Asasi atau setaraf serta LULUS Temuduga kemasukan. Jadi, tidak semestinya dengan pointer yang cemerlang akan terus dapat tawaran bidang ini, ya, melainkan telah melepasi sesi interview juga.

4. Ataupun pilihan lain, sekiranya tidak mendapat tempat juga untuk sambung pengajian perubatan dalam negara, boleh juga sambung pengajian ke luar negara. Namun, pastikan ia diiktiraf ya. Terutama oleh badan MQA dan MMC. Sekiranya berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti di Mesir, Rusia ataupun Indonesia, anda boleh mencari agensi penghantaran pelajar ke luar negara.

5. Ada sesetengah universiti luar negara yang menerima kemasukan pelajar dengan menggunakan result SPM, tetapi ada juga yang memerlukan pelajar untuk mengambil asasi atau foundation terlebih dahulu. Apa-apa pun, jika anda berminat untuk mendapatkan MBBS di luar negara anda perlu merujuk pihak agensi, kerana kebiasaannya mereka mempunyai jalan yang lebih memudahkan anda belajar luar negara.

6. Seterusnya, setelah menamatkan pengajian selama 5 tahun atau 6 tahun dalam bidang perubatan (MBBS), anda perlu berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) untuk mendapatkan Sijil Pendaftaran Sementara. Kemudian untuk melayakkan anda menjadi seorang doktor, anda perlu menjalankan latihan sebagai Housemanship Officer (HO) di hospital yang diiktiraf oleh Medical Qualifying Board.

7. Setelah lulus Housemanship, anda perlu berdaftar dengan MMC untuk mendapatkan kelayakan menjadi Pegawai Perubatan. Anda perlu berkhidmat selama 3 tahun sebagai Medical Officer (MO) di hospital kerajaan sebelum diiktiraf sebagai doktor perubatan yang bertauliah.

Setelah bergelar MO, para doktor akan mendapat No. MMC masing-masing.

8. Bagi yang berminat untuk menjadi specialist atau doktor pakar, anda perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat master dalam kepakaran yang diingini setelah 3 tahun di hospital kerajaan. Kebiasaannya bidang kepakaran ini akan direkomen atau disokong oleh doktor yang memantau pelajar ketika tempoh Housemanship.

9. Setelah tamat master, anda perlu bekerja dahulu di dalam bidang tersebut selama 2 tahun sebelum betul-betul diiktiraf sebagai doktor pakar.

Untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut berkaitan dengan syarat kelayakan dan sijil-sijil berkaitan dengan MBBS, anda boleh melayari laman web MMC (https://mmc.gov.my/).

Sebagai tambahan, Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. meyediakan platform untuk anda belajar luar negara. Jika anda mempunyai pertanyaan, boleh berhubung melalui WhatsApp di nombor 011-3506 2197 atau tekan di link ini https://bit.ly/peluangbelajarluarnegara

Oh ya, sekiranya terdapat info tambahan, apakata kongsikan di ruangan komen di bawah. Semoga bermanfaat!


Posted 3 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES