‘Medic’ di Bangladesh

Alhamdulillah kami telah menghantar bakal doktor, doktor gigi, dan doktor haiwan bagi menuntut ilmu di Bangladesh pada tanggal 5 Februari lalu. Sebagai makluman, mereka bakal menjadi pelajar di Mymensingh Medical College, Dhaka Dental College dan Bangladesh Agricultural University. (more…)

Persediaan Terakhir

Kem persediaan ke Bangladesh bagi sesi 2019 atau Wonder Camp telah diadakan pada 26 hingga 29 Disember 2018 selama 4 hari. Kem yang memberi penekanan pada persediaan Bahasa Bengali dan kelas pra medik ini telah dihadiri hampir 20 orang peserta dari pelbagai jurusan yang bakal diambil. Antaranya termasuklah perubatan, pergigian, dan veterinar. Para peserta juga berkesempatan mendengar perkongsian tip dan trik dari para senior yang hadir semasa kem berlangsung, juga membuat live video dengan pelajar senior di sana yang tidak pulang ke Malaysia. Semoga dengan pendedahan pengalaman ini sedikit sebanyak membantu fizikal dan mental pelajar sebelum berlepas ke Bangladesh.

Sejurus setelah kem selesai, pelajar dan ibu bapa telah menghadiri Sesi Taklimat Pra Pelepasan yang diadakan di Hotel Puri Pujangga, UKM. Pertemuan seterusnya adalah pada hari pelepasan pelajar di Lapangan Terbang KLIA. Semoga para pelajar ini dapat membawa pulang kejayaan dalam memenuhi harapan agama, ibubapa, bangsa dan negara.

Permohonan ke Timur Tengah

Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dalam membuat pendaftaran secara atas talian dengan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyambung pengajian di Timur Tengah khususnya Mesir dalam bidang Perubatan dan Pergigian. Pendaftaran secara atas talian ini telah dibuka sepanjang bulan 3 dan telah ditutup pada 29 Mac lalu. Bagi mana-mana pelajar yang telah berjaya membuat pendaftaran namun menghadapi masalah dari sudut penempatan, pengurusan visa, penerimaan surat tawaran daripada universiti dan lain-lain, kami membuka luas peluang bersama kami. Sebarang masalah boleh hubungi 016 3089 681 atau 019 609 7429.