Doktor Veterinar ; Peluang Dan Cabaran

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Sejak akhir-akhir ini kerjaya doktor veterinar semakin mendapat permintaan dalam masyarakat. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Veterinar, Datuk Dr Kamarudin Md Isa, “Veterinar di negara juga dilihat mencukupi namun masih ada keperluan untuk menampung jumlah sedia ada,” .

Beliau menegaskan hanya dua universiti mengeluarkan 140 hingga 150 graduan doktor veterinar iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) setiap tahun.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata bilangan yang dikeluarkan oleh dua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu ditambah, namun bukan secara mendadak (berperingkat).

Kerjaya Doktor Haiwan

Doktor veterinar atau dikenali juga sebagai doktor haiwan ini tidak tertakluk bekerja di klinik atau hospital haiwan sahaja, bahkan juga membuat khidmat pengimejan dan diagnosis makmal, endoskopi, sonografi, pembedahan jantung dan rawatan kanser berdasarkan kepada kes yang dikendalikan tidak kiralah membabitkan haiwan kesayangan, haiwan besar, avian, eksotik dan hidupan liar.

Menurut Dr. Puteri Azaziah Megat Abdul Rani, Doktor Veterinar di Hospital Veterinar Universiti (UVH), Universiti Putra Malaysia (UPM). Bidang tugas golongan profesional ini semakin meluas seiring perkembangan masyarakat hari ini, antaranya termasuklah keselamatan makanan dan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit zoonotik atau penyakit bawaan haiwan.

Katanya juga, antara cabaran yang dihadapi oleh doktor veterinar ialah memberi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit bawaan haiwan seperti kencing tikus dan wabak rabies atau anjing gila supaya ia tidak menular sekaligus mendatangkan kemudaratan dalam masyarakat.

“Meski pun waktu kerja sebagai doktor veterinar mungkin tidak kelihatan sibuk sebagaimana doktor perubatan yang merawat manusia tetapi ia tetap mempunyai cabaran tersendiri apabila berdepan dengan pesakit yang tidak boleh bercakap (haiwan) sebaliknya keseluruhan maklumat perlu diperoleh daripada penjaga mereka seterusnya menuntut doktor untuk lebih peka semasa membuat pemeriksaan fizikal terhadap pesakit untuk mengenali punca penyakit” tambah beliau.

Lulusan bidang veterinar ini juga boleh mendapatkan pekerjaan di ladang dan industri ternakan serta pengeluaran makanan, klinik haiwan, agensi kerajaan, zoo, makmal haiwan, pensyarah di universiti dan membuka klinik haiwan sendiri.

Laluan Akademik Kerjaya Doktor Veterinar

Bagi pelajar yang berminat, universiti awam yang menawarkan kursus yang melayakkan mereka bergelar doktor perubatan veterinar adalah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Pengajian melibatkan lima tahun, yang terdiri dari pre-klinikal, para-klinikal dan klinikal.

Permulaan langkah bagi lepasan SPM adalah seperti berikut:

SPM

Asasi Sains Pertanian, UMK atau

Doktor Perubatan Veterinar

Asasi Sains UMK-MARA atau
Matrikulasi atau
STPM atau
Diploma

Bagi memasuki Asasi Sains Pertanian di UPM, pelajar perlu mendapat sekurangnya (Syarat Minima) Gred B bagi matapelajaran Biologi, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik/Sains Pertanian dan mendapat Gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris. Setelah memenuhi syarat kemasukan ijazah dan melepasi temuduga, baru pelajar akan ditawarkan program Doktor Perubatan Veterinar.

Begitu juga bagi memasuki Asasi Sains UMK-MARA iaitu mendapat sekurangnya 5 Kepujian (Gred C) dan satu (1) Lulus Bersyarat (Gred D) dari tiga mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta mana-mana 3 daripada mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Pertanian, Sains dan Geografi. Setelah memenuhi syarat kemasukan ijazah dan melepasi temuduga, baru pelajar akan ditawarkan program Doktor Perubatan Veterinar.

Bagi mana-mana pelajar yang AMAT BERMINAT untuk mengambil jurusan Doktor Haiwan ini disarankan untuk skor yang terbaik sama ada keputusan SPM, Asasi/STPM/Matrikulasi/Diploma atau setaraf kerana kuota ambilan bagi kursus ini agak sedikit dan menyebabkan persaingan tinggi. Tambahan pula tiada institusi swasta yang menawarkan jurusan ini sebagai alternatif pelajar sekiranya tidak mendapat tempat di IPTA (*berdasarkan carian sehingga tarikh penulisan artikel ini).

Oleh yang demikian, segelintir pelajar telah mengambil inisiatif untuk menyambung pengajian di luar negara seperti di Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia yang mana setaraf dengan UPM, di University of Sydney, Australia (Antara universiti terbaik dalam bidang perubatan veterinar), ada juga yang memilih untuk belajar di Bangladesh Agricultural University, Bangladesh. Pertanyaan lanjut, berkenaan peluang pengajian di luar negara ini boleh sahaja hubungi 014-806 8027 atau 011-1479 9976. Sekiranya pelajar berniat untuk sambung pengajian di luar negara, sebaiknya kursus yang ditawarkan tersebut mendapat pengiktirafan Malaysian Veterinary Council (MVC).

Untuk pengetahuan juga, pelajar perubatan veterinar UPM tahun akhir akan menduduki peperiksaan yang dinamakan ‘Comprehensive Examination’ yang dijalankan oleh pemeriksa luar yang dipilih daripada universiti, ini termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, EU, Australia dan New Zealand.

Rujukan:

  1. https://www.thevocket.com/lima-fakta-yang-anda-perlu-ketahui-tentang-doktor-perubatan-veterinar/ (Dr Nur Mahiza Md Isa, Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia)
  2. http://asasisains.umk.edu.my/index.php/en/syarat-kemasukan
  3. https://www.utusanborneo.com.my/2016/09/25/kerjaya-doktor-veterinar-buka-peluang-pekerjaan
  4. https://www.pressreader.com/
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

Admin

Admin

26 Comments

  1. Vet2026

    Assalamualaikum, Saya nak tanya, Sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran di matrik, kalau saya nak masuk terus uni dalam course ni tanpa ambil fnal exam, boleh ke?

    1. Zara

      Waalaikumussalam.
      Penerimaan kemasukan pelajar bagi course Veterinary Medicine adalah berdasarkan Pointer keseluruhan semasa Asasi/matrikulasi/STPM/setaraf juga temuduga. Jadinya, final exam Matrikulasi kena ambil juga untuk dapatkan pointer/PNGK keseluruhan.

  2. nabihah

    Assalamualaikum. Saya nak tanya, boleh ke mohon degree vet bagi student lepasan diploma farmasi uitm?

    1. Zara

      Waalaikumussalam,
      boleh hubungi pegawai kami, Cik Puan Hawa

  3. Arisah Maisarah binti Asmuni

    saya pelajar yang akan duduki spm pada tahun 2021 akibat penangguhan tarikh peperiksaan kerana covid 19. Jadi saya adalah orng pelajar MRSM,jika saya tidak mengambil biologi, bolehkah saya mengambil jurusan doktor veterinary ni?

    1. Mohd Annawi

      maaf kena ad subjek biologi

  4. Akram

    Salam , saya graduan mbbs, kini berumur 25 thn, spm 2012, sy berminat utk sambung degree kedua dlm veterinar , apakah cara/proses utk saya apply dlm bidang tersebut

    1. Mohd Annawi

      wassap saya 014-8068027

    2. Mohd Annawi

      wassap 014-8068027

  5. Mohd Razif

    Assalamualaikum sy lepasan diploma ruminan Di kolej pertanian Malaysia ingin berkaitan klu utk Mohon Deg dlm jurusan veterina boleh ke?

    1. Mohd Annawi

      waalaikumsalam, boleh hantar result terkini di info@zarazakiah.com.my untuk menyemak kelayakan.

      Terima Kasih.

  6. Ainuldhiah

    Assalamualaikum..sya nak tnya ..sya f4 thun ini..sya nk tnya untuk bidg doktor haiwan vetrinar ni..klau sya ambil aliran ekonomi di sekolah ..boleh tak sya ambil course veterinar bila masuk universiti nnti..aliran ni tiada subjek fiz,kimia,biologi..ada sains biasa sja..sya ada baca artikel di atas klau nk ambil bidg ni boleh juga skor spm…mohon pencerahan..syukran,terima kasih

    1. Mohd Annawi

      waalaikumsalam, untuk sambung dalam bidang veterinar, Ainul perlu ambik spm aliran sains, perlu ada subjek Bio, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Terima Kasih.

  7. Nur

    Assalamualaikum, jika saya ada result 3.5 ke atas untuk foundation in science (asasi) daripada university swasta, layak untuk apply veterinary di umk ke? ataupun umk hanya terima pelajar daripada university awam? dan saya perlu ada spm ke? sebab saya ada result o level sahaja. terima kasih.

    1. Mohd Annawi

      Wassap saya 014-8068027

    2. Mohd Annawi

      wasap saya 014-8068027

  8. syahirah

    assalamualaikum saya nak tanya, saya tak ambil subjek bio but ambil subjek kimia & fizik and saya berminat sangat nak menceburi bidang veterinar iaitu sebagai juruteknik veterinar jadi saya ingin tahu laluan untuk menjadi juruteknik vet and adakah pekerjaan ni wajib ada bio ataupun ada kelonggaran?

    1. Mohd Annawi

      wassap saya 014-8068027

  9. Syahir Hazimi

    Assalammualaikum.Saya pelajar MRSM SPM tahun 2020,akan tetapI disebabkan pandemik Covid-19 SPM saya ditangguhkan.Berdasarkan pendapat Tuan/Puan, pilihan untuk lepasan SPM yang mana satu yang lebih baik untuk Veterinar, Asasi sains atau matrikulasi.Jika asasi adakah ianya asasi sains hayat atau asasi sains pertanian?

    1. Mohd Annawi

      wassap 014-8068027

  10. Nur syafikah

    Assalamualaikum saya nak tanya skrng saya continue study dalam bidang pengurusan ladang dan agroteknologi, saya masih ada peluang x nak ambik bidang vet. Memng minat sngt vet ni tp x dpt waktu SPM sbb bio n kimia dpt credit je

    1. Mohd Annawi

      wassap saya
      014-8068027

  11. sara

    assalamualaikum, saya nak tanya probability utk students asasi pointer 3.79 utk sem 1 sambung belajar course vet di upm? adakah course ni majoriti student 4 flat?

    1. Mohd Annawi

      wassap saya 014-8068027

  12. Dysie

    Selamat sejahtera,saya pelajar matrikulasi program dua tahun aliran sains modul 3,saya nak tanya,adakah saya layak memohon dalam program doktor perubatan veterinar sekiranya semasa spm saya tidak mengambil subjek fizik tetapi mengambil subjek elektif bio,kimia,sains pertanian dan addmath?dan saya mendapat gred D untuk addmath semasa spm.

    1. Mohd Annawi

      wassap saya 014-80680267 en annawi

Leave a Reply to Ainuldhiah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

OPEN DAY!

BERITA BAIK BUAT SEMUA!Zara Zakiah Education akan mengadakan OPEN DAY! Open Day? YA! Taklimat percuma berkaitan program Ijazah Sarjana Muda

Baca Selanjutnya »

Ikuti Kami

Tags