BLOG

CARA JADI DOKTOR HAIWAN / DOKTOR VETERINAR LEPASAN SPM

CARA JADI DOKTOR HAIWAN / DOKTOR VETERINAR LEPASAN SPM

CARA JADI DOKTOR HAIWAN / DOKTOR VETERINAR LEPASAN SPM

Adakah anda berminat menjadi seorang Doktor Haiwan atau Doktor Veterinar? Anda lepasan SPM dan tak tahu pathway menjadi seorang Doktor Haiwan atau Doktor Veterinar di Malaysia? Artikel ini memang khas untuk anda!

Tahukah anda bahawa memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, dan hamster sudah sekian lama menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia sejak tahun 2000 lagi. Secara tidak langsung, kesedaran tentang kesihatan & kecantikan haiwan juga meningkat sangat tinggi. Menurut kajian oleh Dalia Research, Malaysia berada di kedudukan keenam di dunia dengan 40% penduduknya memiliki sekurang-kurangnya seekor kucing pada 2017. Menariknya, Malaysia menduduki tempat pertama di dunia di mana 17% rakyat memiliki sekurang-kurangnya tiga ekor atau lebih kucing berbanding negara-negara lain.

Sekarang anda sudah nampak peluang kerjaya yang cerah kan? Jom teruskan membaca bagaimana cara menjadi Doktor Haiwan atau Doktor Veterinar bagi pelajar lepasan SPM.

Langkah Awal - Lepasan SPM

Seperti yang semua sedia maklum, SPM adalah titik permulaan untuk menceburi sebarang bidang di masa akan datang. Begitu juga dengan bidang Doktor Haiwan / Doktor Veterinar ini. Semasa di Tingkatan Empat, anda harus mengambil jurusan Sains Tulen yang merangkumi subjek:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik Tambahan

Selepas SPM, terdapat beberapa pilihan untuk menyambung pengajian dalam bidang Doktor Haiwan / Doktor Veterinar:

  1. Matrikulasi Sains Hayat
    Anda perlu mengambil Modul 1 yang merangkumi Biologi, Fizik, dan Kimia. Pastikan untuk mencapai PNGK akhir semester sekurang-kurangnya 3.5 untuk melayakkan anda memohon bidang ini melalui UPU.

  2. Asasi Sains Hayat
    Program Asasi juga merupakan pilihan pantas. Namun, kemasukan ke bidang Doktor Haiwan di UPM atau UMK tidak dijamin walaupun menyambung asasi di universiti tersebut. Merit akan diambil kira untuk penilaian.

  3. STPM
    Pilih subjek Biologi, Fizik, Kimia, dan Matematik. Tempoh pengajian adalah 1.5 hingga 2 tahun.

  4. Diploma Sains
    Anda boleh menceburi Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan (DKHP) di UPM Bintulu. Tempoh pengajian adalah 3 tahun, namun anda berpeluang bekerja sebagai Pembantu Veterinar selepas tamat pengajian.

Universiti Tempatan Menawarkan Bidang Doktor Haiwan

Bidang ini hanya ditawarkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). UPM menawarkan 100 tempat, manakala UMK menawarkan 50 tempat setiap tahun. Jika anda memilih Asasi Tertutup di UPM, anda tidak boleh tukar ke UMK, dan sebaliknya.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Lokman Hakim Ali, terdapat kekurangan Doktor Haiwan di Malaysia kerana hanya dua universiti menawarkan bidang ini. Malaysia bercita-cita untuk memenuhi nisbah seorang Doktor Haiwan kepada 5,000 penduduk yang memiliki haiwan, berbanding nisbah sekarang iaitu seorang Doktor Haiwan untuk 14,000 penduduk.

Peluang di Luar Negara

Jangan risau, jika anda berminat belajar di luar negara, terdapat banyak peluang di universiti luar yang diiktiraf oleh Malaysia, seperti:

  • Universitas Airlangga
  • Institut Pertanian Bogor
  • Universitas Gadjah Mada
  • Bangladesh Agricultural University

Hubungi Konsultan Pendidikan kami, En Nazrin, di 011-14799976 untuk maklumat lanjut tentang cara mendaftar bidang ini di luar negara.

Veterinar 2
Veterinar 1


Posted 2 months ago
Info

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES