Jenis-jenis Bidang Pergigian & Institusi Di Luar Negara

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
bidang pergigian

Cakap pasal bidang pergigian saja, mesti semua orang bayangkan doktor gigi saja kan?

Kadangkala kita pukul rata semua jenis professional pergigian kita panggil doktor gigi tapi sebenarnya ada banyak jenis tau!

Selain daripada doktor perubatan, doktor gigi dan profesional pergigian lain juga menawarkan pelbagai jenis pekerjaan dan pilihan kerjaya. 

Selain peluang kerja yang luas, doktor gigi dan professional pergigian lain juga biasanya mempunyai kestabilan kerjaya. 

Jika anda berminat dalam bidang pergigian tapi nak tahu apa lagi yang ditawarkan dalam bidang ni selain daripada doktor gigi, jom teruskan membaca. 

Jenis-jenis Bidang Pergigian

bidang pergigian

Dalam bidang pergigian, terdapat beberapa jenis atau cabang yang anda boleh pilih sebagai laluan kerjaya anda yang akan datang.

  •  Doktor Gigi Am (DDS)

Doktor gigi am ni sama macam doktor penjagaan utama perubatan. 

Doktor gigi am menyediakan pembersihan, pencegahan, penjagaan kesihatan umum dan penyelenggaraan seperti rawatan fluorida, tampal rongga dan kanal akar. 

  •  Doktor Gigi Kosmetik 

Doktor gigi kosmetik merupakan pakar dalam pergigian estetik yang lebih mengutamakan penampilan gigi berbanding kesihatan. 

Maksud di sini adalah bagi mereka yang mempunyai masalah dengan penampilan gigi mereka seperti ingin memutihkan gigi, veneer dan dental bonding.

Doktor gigi kosmetik juga boleh mengamalkan pergigian am sebagai tambahan. 

  •  Orthodontist

Ahli ortodontik mengkhususkan dalam kedudukan gigi dan rahang. 

Mereka menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan pergigian untuk meluruskan dan menyelaraskan gigi yang tidak selari.

Mereka inilah yang memasang braces dan retainers bagi pesakit yang mempunyai masalah dengan kedudukan gigi atau rahang. 

  •  Periodontist

Ahli periodontik pula merupakan doktor gigi yang mengkhususkan kepada penjagaan gusi dan tisu yang mengelilingi gigi. 

Mereka bantu mencegah, mendiagnosis dan merawat penyakit gusi dan membantu anda menguruskan tanda-tanda masalah gusi seperti keradangan mulut. 

Penyakit gusi berlaku apabila tisu di sekeliling gigi anda dijangkiti, menyebabkan inflamasi.

  •  Pakar Bedah Mulut

Pakar bedah mulut menyediakan rawatan pembedahan bagi gigi, rahang dan tulang muka. 

Pesakit biasanya dirujuk kepada pakar bedah mulut oleh pakar pergigian am atau pakar kesihatan lain yang mungkin berpendapat bawah pembedahan mulut diperlukan. 

Institusi Di Luar Negara Untuk Sambung Bidang Pergigian

Jika anda berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang pergigian di luar negara, jom kami kongsikan beberapa institusi di luar negara yang sesuai untuk anda. 

  •  Alexandria University

Alexandria University atau Universiti Iskandariah merupakan universiti penyelidikan awam di Alexandria, Mesir yang ditubuhkan pada tahun 1938.

Menduduki tempat ke-18 dalam Kedudukan Universiti Terbaik Timur Tengah, universiti ini merupakan universiti kedua terbesar di Mesir. 

Tempoh pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Pergigian di sini adalah selama 5 tahun.

Yuran satu semester adalah sebanyak USD 4,000 iaitu dalam sekitar RM16,000 (perubahan bergantung kepada maklumat terkini).

Kos sara hidup pun agak rendah, dalam sekitar RM500-700 sahaja sebulan. 

Syarat kelayakan adalah mengambil aliran sains semasa SPM dengan minima gred B bagi setiap subjek. 

Anda tak perlu risau kerana medium pembelajaran di sini adalah bahasa Inggeris dan universiti ini diiktiraf oleh MQA, MMC dan MDC. 

  •  Universiti Sumatera Utara

Universiti Sumatera Utara merupakan universiti awam di Medan, Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 1952. 

Universiti Sumatera Utara diiktiraf sebagai universiti negara ketujuh Indonesia pada tahun 1957 oleh presiden Indonesia, Sukarno. 

Syarat kelayakan untuk menyambung pelajaran sini adalah minimum CGPA 3.0 bagi asasi sains/matrikulasi/STPM/A-Level atau setaraf.

Tempoh pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda Pergigian di sini adalah selama 5 tahun.

Yuran bagi melanjutkan pelajaran di sini adalah sebanyak RM11,000-RM23,000 setahun (perubahan bergantung kepada maklumat terkini).

Yang bestnya, budaya dan bahasa kalau belajar di sini adalah hampir sama jadi kuranglah sikit rasa culture shock tu. 

  •  Dhaka Dental College

Nama pun dental college, Dhaka Dental College merupakan institusi pergigian terbesar dan institut khusus untuk bidang pergigian pertama di Pakistan Timur. 

Dhaka Dental College juga merupakan satu-satunya kolej pergigian di Bangladesh. 

Tempoh pengajian bagi Ijazah Sarjana Muda perubatan pergigian adalah selama 5 tahun dengan syarat kelayakan minimum PNGK 3.00 bagi asasi sains, matrikulasi, STPM, A-Level atau setaraf. 

Selain yuran pengajian yang rendah dalam RM10,000 satu sem (tertakluk kepada perubahan), kos sara hidup juga rendah sekitar RM300-500 sebulan. 

Medium pembelajaran adalah dalam bahasa Inggeris dan Bengali jadi anda berpeluang untuk belajar bahasa dan budaya baharu!

Yang bagusnya Dhaka Dental College ni, pembelajaran menggunakan spesimen asli manusia seperti tulang, gigi dan lain-lain. 

Sambung Belajar Bersama Zara Zakiah Education 

Zara zakiah education

Jika anda berminat nak sambung belajar dalam bidang pergigian di luar negara, dapatkan peluang anda dengan bantuan Zara Zakiah Education! 

Syarat kelayakan adalah SPM, asasi sains, matrikulasi, STPM , A-level atau setaraf dengan minimum 3.00 PNGK.

Anda jangan risau kerana Zara Zakiah menawarkan program persediaan pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Bukan itu sahaja, Zara Zakiah sangat menjaga hubungan dengan pelajar dari awal hingga akhir pengajian.

Jadi, anda tak perlu risau jika anda rasa keseorangan menyambung pelajaran ke luar negara kerana Zara Zakiah sentiasa ada untuk bantu anda. 

Mereka juga memberikan bantuan dari segi penyediaan sokongan memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa, serta bagi permohonan pengeluaran KWSP ibu bapa.

Namun, mereka tidak menawarkan sebarang biasiswa atau pinjaman kerana mereka hanya menguruskan pelajar ke luar negara.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah bimbingan lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.

Bukan bidang pergigian saja yang ditawarkan, Zara Zakiah turut membantu mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, kejuruteraan, veterinar, farmasi dan pengajian Islam.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk melanjutkan pelajaran di luar negara serta belajar budaya dan bahasa asing!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

bomstart

bomstart

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags