BLOG

MEDIC MESIR AL-AZHAR: MELANJUTKAN PENGAJIAN PERUBATAN DI MESIR

Medic Mesir Al-Azhar: Melanjutkan Pengajian Perubatan di Mesir

Medic Mesir Al-Azhar: Melanjutkan Pengajian Perubatan di Mesir


Medic Mesir : Jika anda ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara, antara negara yang anda patut pertimbangkan adalah Mesir. 

Ramai rakyat Malaysia yang telah melakukannya dan berjaya menjadi doktor lepasan universiti-universiti di Mesir. 

Antara universiti yang menawarkan bidang perubatan di Mesir adalah Universiti Al-Azhar, Universiti Mansoura dan Universiti Alexandria.

Jika anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir, anda telah sampai ke destinasi yang betul.

Artikel ini akan membincangkan tentang bidang perubatan di Universiti Al-Azhar dan kelebihan melanjutkan pelajaran di sana.

Sejarah Universiti Al-Azhar

medic mesir al azhar

Universiti Al-Azhar merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi di Mesir yang sememangnya terkenal di seluruh dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Ramai rakyat Malaysia telah melanjutkan pelajaran di medic mesir.

Universiti yang asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar merupakan universiti kedua tertua yang masih beroperasi.

Mula dibina pada tahun 969, universiti ini dibina oleh kerajaan Fatimiyyah dan gelaran anak Rasulullah SAW, Fatimah Az-Zahrah diambil atas penghormatan kepada beliau. 

Pada asalnya, fakulti yang terdapat di universiti Al-Azhar adalah undang-undang Islam, nahu Arab, ilmu falak, falsafah awal Islam dan logik.

Tetapi setelah rombakan di bawah kerajaan Mesir ke-2, fakulti sekular telah ditambah seperti perubatan, kejuruteraan dan pertanian.

Dan kini, universiti ini menjadi antara universiti yang berprestij yang terkenal dengan kualiti pendidikannya dalam jurusan perubatan. 

Universiti Al-Azhar telah menjadi pilihan utama pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka di Mesir.

Ia merupakan pilihan yang terbaik kerana universiti Al-Azhar telah mendapat pengiktirafan yang tinggi 

Kelebihan Mengambil Jurusan Medic di Mesir

medic mesir al-azhar

Mungkin ramai yang mengatakan bahawa jurusan perubatan sudah tersedia di Malaysia, jadi mengapa ingin melanjutkan pelajaran hingga jauh nun di Medic Mesir? 

Sebenarnya, terdapat pelbagai kelebihan belajar jurusan medic di Mesir.

  1. Islam

Di Mesir, nilai-nilai Islam sentiasa diterapkan dalam persekitarannya. 

Para pensyarah sering mengaitkan fenomena perubatan dengan al-Quran dan hadis. 

Para pelajar juga boleh menyertai pelbagai kelas pengajian agama yang tersedia ada di Universiti Al-Azhar. 

Disebabkan persekitaran Islam di Mesir, senanglah para pelajar untuk mendapatkan makanan halal tanpa meraguinya. 

  1. Kemahiran Klinikal

Kemahiran klinikal di Mesir sememangnya diakui adalah antara yang terbaik. 

Para doktor di Mesir dilatih untuk mengdiagnosis pesakit hanya dengan menggunakan sejarah dan pemeriksaan klinikal.

70% diagnosis dilakukan dengan sejarah dan pemeriksaan klinikal pesakit dan selebihnya untuk pengesahan di makmal.

Hal ini berbeza dengan negara maju seperti UK dan USA yang banyak bergantung pada siasatan makmal dan pengimejan yang menyebabkan kos rawatan pesakit menjadi tinggi. 

  1. Yuran Pengajian dan Kos Sara Hidup 

Semestinya jika anda berfikir untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, anda akan memikirkan tentang kos dan yuran pengajian.

Yuran pengajian di Mesir adalah antara yang rendah berbanding UK, USA, Indonesia dan negara lain. 

Malah, yuran pengajian perubatan di Mesir adalah lebih murah berbanding sesetengah kolej swasta di Malaysia. 

Kos sara hidup di Mesir juga adalah lebih murah jika dibandingkan dengan negara Arab lain seperti Jordan dan Qatar. 

  1. Pengajian Sistem Tradisional

Pengajian bidang perubatan terdiri daripada dua sistem iaitu sistem tradisional dan sistem “Problem-Based Learning” (PBL).

Kedua-dua sistem ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. 

Jika anda merupakan jenis pelajar yang suka membaca dan boleh membuat perbandingan di antara setiap subjek dengan sendiri, sistem tradisional mungkin terbaik untuk anda.

  1. Peluang Pekerjaan 

Pelajar perubatan keluaran universiti di Mesir mempunyai kelebihan dari segi peluang pekerjaan di luar Malaysia. 

Ramai pelajar graduan Mesir telah mendapat peluang bekerja di negara Arab seperti Dubai dan Saudi Arabia.

Malah ada juga yang telah bekerja di UK dan negara-negara Eropah. 

Hal ini kerana negara Mesir mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara tersebut. 

  1. Destinasi Pelancongan

Bonus bagi mereka yang ingin sambil menyelam, minum air; sambil belajar, pergi melancong.

Mesir merupakan negara yang sangat kaya dengan sejarah sejak tamadun yang terawal.

Peninggalan Firaun yang menjadi pengajaran penting bagi manusia dan Bukit Tursina yang menyaksikan peristiwa Bani Israel.

Bukan itu sahaja, keindahan pemandangan Mesir sudah cukup memikat hati sesiapa yang melihatnya. 

Padang pasir yang pelbagai seakan-akan tiada penghujung sememangnya indah dan istimewa.

Belajar Medic Mesir Dengan Zara Zakiah

Jika anda ingin menikmati pengalaman indah yang tak mampu didapati di tempat lain, sambunglah pelajaran di Mesir atau Medic Mesir.

Bagaimana?

Daftarlah dengan Zara Zakiah Education Sdn Bhd. 

Mereka telah membantu lebih 600 pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang ini, mereka terus menawarkan khidmat yang terbaik dalam membantu pelajar ke luar negara. 

Mereka akan bimbing anda dari A-Z dengan pengurusan pelajar yang sistematik dan profesional, sesi konsultasi percuma dan penghantaran ke luar negara sehingga selesai penempatan.

Selain itu, Zara Zakiah Education akan membantu anda untuk menyediakan dokumen untuk memohon bantuan kewangan seperti pengeluaran KWSP dan permohonan zakat. 

Pengurusan kediaman pelajar bagi tahun pertama pengajian juga dikendalikan oleh syarikat dan mereka juga menyediakan kem dan kelas persediaan sebelum ke luar negara. 

Jika anda inginkan pilihan negara selain Mesir, Zara Zakiah Education juga menawarkan servis melanjutkan pelajaran ke Rusia, Indonesia dan Bangladesh. 

Antara bidang yang mereka tawarkan adalah perubatan, veterinar, pergigian, kejuruteraan, farmasi dan pengajian Islam.

Jadi apa yang anda tunggu lagi?

Education Consultan ZZE
laman web rasmi ZZE


Posted 2 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES