Biasanya Bank Draf ni amat diperlukan masa nak bayar yuran pengajian universiti di Mesir. Setiap semester yuran bagi Perubatan dan Pergigian adalah USD 4000 dan perlu diserahkan kepada pihak universiti sekurangnya sebelum keputusan peperiksaan semester keluar (Kalau tak, tak dapat tengok result). Okey, sekarang macam mana nak buat Bank Draf/ Banker Cheque?
1. Dokumen yang diperlukan:
i- Surat Tawaran Pelajar
ii- Salinan Passport
iii- Salinan Visa
iv- Duit, sama ada cash atau dalam bank.
2. Pergi ke Kaunter Bank, cakap nak buat Bank Draf, nanti pegawai bank akan beri borang untuk diisi. Borangnya lebih kurang macam ni :



3. Ni alamat kirim Bank Draf:
– Dean Faculty of Medicine Alexandria University Egypt
– University of Mansoura

Okey, kalau dah dapat, nanti belakang Bank Draf tu tulis nama pelajar dengan nama universiti. Sebaiknya guna pensil sahaja. Sebarang masalah, kami sedia membantu, 016 3089 681 / 03 8920 8119.