BLOG

PENGAJIAN ISLAM: 11 SEBAB MENGAPA KOS INI RELEVAN PADA MASA KINI!

Pengajian Islam: 11 Sebab Mengapa Kos Ini Relevan Pada Masa Kini!

Pengajian Islam: 11 Sebab Mengapa Kos Ini Relevan Pada Masa Kini!

Terfikir-fikir kos apa yang bagus untuk diambil di universiti? Kami sarankan anda memilih Pengajian Islam sebagai bidang untuk diceburi.

Walaupun kos ini tidak sepopular medik, akaun ataupun kejuruteraan, ia masih sangat relevan untuk dipelajari pada masa kini.

Ingin tahu mengapa? Teruskan membaca artikel ini! 

Kami akan menerangkan:

  • Apa itu kos Pengajian Islam?
  • Apa prospek kerjaya yang ditawarkan?
  • Sebab-sebab anda perlu mengambilnya.

Percaya atau tidak, anda juga berpeluang untuk mengambil kos Pengajian Islam di universiti luar negara. Menarik bukan?

Apa itu Pengajian Islam?

Pengajian Islam ialah pengajian akademik Islam. Ia diajar berdasarkan daripada dua sudut pandangan iaitu pandangan duniawi dan tradisional Islam.

Dari sudut pandang duniawi, Pengajian Islam merujuk kepada pengajian Islam sebagai sebuah agama dan kebudayaan.

Manakala dari sudut tradisional Islam pula, ia merujuk kepada istilah umum bagi ilmu-ilmu agama Islam yang dipelajari oleh ulama Islam.

Antara bidang-bidang yang akan anda pelajari dengan mengambil Pengajian Islam adalah sejarah pembangunan awal agama Islam dan pemerintah dan kekuasaan tamadun Islam.

Ia juga berkait rapat dengan ilmu-ilmu sejarah, falsafah, hukum, sains, seni, sosiologi, ekonomi dan banyak lagi.

Prospek Kerjaya

pengajian islam

Terdapat pelbagai bidang kerjaya yang anda boleh ceburi dengan jurusan Pengajian Islam, antaranya:

  • Pensyarah universiti 
  • Pemandu pelancong bagi pelancong dari Timur Tengah
  • Penerjemah Bahasa Arab di Institusi Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).
  • Peguam di Mahkamah Syariah
  • Guru Agama
  • Kerjaya di industri Halal
  • Kerjaya di pusat perubatan Islam
  • Penolong Pegawai Undang-undang, Amanah Raya Berhad
  • Pegawai Syarikat Takaful dan Insuran
  • Pegawai Pusat Kutipan Zakat
  • Pegawai Jabatan Wakaf
  • Penolong Pegawai Undang-undang, Majlis Perbandaran Tempatan
  • Penolong Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Tempatan

11 Sebab Anda Patut Pertimbangkan Kos Ini

Banyak manfaat yang anda akan dapat dengan mengambil bidang Pengajian Islam. Antaranya, anda dapat:

  1. Menguasai pengetahuan asas berkaitan bidang Pengajian Islam.
  2. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah berkaitan bidang Pengajian Islam.
  3. Mengaplikasikan kemahiran keusahawanan untuk membangunkan kerjaya.
  4. Mempamerkan kemahiran asas dalam menguruskan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat.
  5. Mempamerkan adab dan keperibadian yang baik serta mempunyai kemahiran sosial yang berlandaskan Syariat Islam.
  6. Menggunakan kemahiran numerik melalui kaedah kuantitatif
  7. Menguasai kemahiran asas dalam pengurusan dan keusahawanan
  8. Menunjukan kemahiran praktikal asas ketika menyelesaikan masalah berkaitan Pengajian Islam.
  9. Mencerminkan kemahiran interpersonal dan tanggungjawab sosial yang berpandukan Syariat Islam.
  10. Menguasai kemahiran komunikasi sama ada secara lisan ataupun bertulis.
  11. Menjalankan kewajiban profesional dan kemanusiaan dengan beretika.

Pengajian Islam Dengan Zara Zakiah

zara zakiah

Dengan pakej yang ditawarkan oleh Zara Zakiah, anda dapat sambung belajar dalam bidang Pengajian Islam ke salah satu universiti yang terbaik di Indonesia iaitu UIN-SUSKA.

pengajian islam

UIN-SUSKA, atau Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kassim merupakan universiti yang bagus untuk anda mempelajari Pengajian Islam.

Ini kerana dengan anggaran sebanyak RM1,600 - RM1,870 setiap sem, yuran pengajiannya adalah lebih rendah berbanding universiti swasta yang lain.

Kos hidup di Indonesia juga lebih rendah iaitu lebih kurang sebanyak RM500-RM700 sebulan.

Usah risau untuk mencari tempat tinggal sepanjang pengajian anda di sana kerana Zara Zakiah menawarkan pengurusan rumah sewa untuk setahun pengajian.

Bukan itu sahaja, budaya dan penggunaan bahasa yang hampir sama juga akan memudahkan lagi komunikasi anda di negara tersebut. 

Selain daripada bahasa Indonesia, medium pembelajaran bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris dan Arab.

Tempoh pengajiannya pula tidak lama. Ia hanya selama 3 tahun setengah sahaja. Bukan itu sahaja, syarat kelayakan juga hanyalah PNGK 2.00.

Menarik bukan? Tertarik untuk sambung belajar dalam bidang Pengajian Islam di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kassim di Indonesia?

Hubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd sekarang!

Zara Zakiah Education telah membantu dan menguruskan lebih daripada 600 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 14 tahun.

Banyak universiti luar negara seperti di Rusia, Mesir, Indonesia dan Bangladesh yang telah mengadakan Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan Zara Zakiah Education.

Anda akan menerima bimbingan daripada A-Z serta menjalani program persediaan untuk pelajar yang disediakan oleh mereka.

Antara bantuan yang mereka tawarkan adalah penyediaan sokongan untuk memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa.

Dokumen sokongan untuk permohonan pengeluaran KWSP juga akan dibantu oleh Zara Zakiah Education.

Namun, Zara Zakiah Education tidak menawarkan apa-apa biasiswa atau pinjaman kerana mereka hanya bertanggungjawab menguruskan pelajar ke luar negara.

Terdapat juga perkhidmatan lain yang mereka tawarkan seperti lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.

Bukan itu sahaja, mereka juga memastikan jalinan hubungan mereka dengan pelajar di luar negara erat bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Jadi anda tidak perlu risau kerana Zara Zakiah Education akan bantu anda menyambung pelajaran ke luar negara malah mereka akan menjaga kemaslahatan anda.

Hubungi Zara Zakiah Education sekarang!


Posted 2 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES