fbpx

Persediaan Terakhir

Kem persediaan ke Bangladesh bagi sesi 2019 atau Wonder Camp telah diadakan pada 26 hingga 29 Disember 2018 selama 4 hari. Kem yang memberi penekanan pada persediaan Bahasa Bengali dan kelas pra medik ini telah dihadiri hampir 20 orang peserta dari pelbagai jurusan yang bakal diambil. Antaranya termasuklah perubatan, pergigian, dan veterinar. Para peserta juga berkesempatan mendengar perkongsian tip dan trik dari para senior yang hadir semasa kem berlangsung, juga membuat live video dengan pelajar senior di sana yang tidak pulang ke Malaysia. Semoga dengan pendedahan pengalaman ini sedikit sebanyak membantu fizikal dan mental pelajar sebelum berlepas ke Bangladesh.

Sejurus setelah kem selesai, pelajar dan ibu bapa telah menghadiri Sesi Taklimat Pra Pelepasan yang diadakan di Hotel Puri Pujangga, UKM. Pertemuan seterusnya adalah pada hari pelepasan pelajar di Lapangan Terbang KLIA. Semoga para pelajar ini dapat membawa pulang kejayaan dalam memenuhi harapan agama, ibubapa, bangsa dan negara.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *