BLOG

RAHSIA BELAJAR MEDIC DENGAN KOS RM180 K

Rahsia Belajar Medic Dengan Kos RM180 K

Rahsia Belajar Medic Dengan Kos RM180 K

Ramai dalam kalangan ibu bapa ingin melihat anak mereka berjaya dalam menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian terutama jika anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagaimanapun, tahukah anda kuota pengambilan pelajar dalam bidang perubatan dan pergigian agak terhad. Lebih-lebih lagi ambilan dari Universiti Awam. Sekiranya berminat untuk meneruskan pengajian di Universiti Swasta, ibubapa perlu bersedia dengan kos lebih RM 300,000, itu tidak termasuk kos sara hidup dan sebagainya. Jadinya, adakah ibu bapa mempunyai pilihan untuk menghantar anak meneruskan pengajian bidang perubatan atau pergigian dengan kos bawah RM 300,000?  Saya yakin sebagai ibubapa mereka pasti mengharapkan yang terbaik dan melakukan sesuatu yang dapat menjamin masa depan anak mereka. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau, kerana masih ada lagi peluang dan ruang untuk sambung pengajian dalam bidang perubatan iaitu di luar negara. Cuma menjadi kebimbangan ibu bapa dan pelajar adalah kos pengajian terutama kursus perubatan, tambahan lagi di luar negara. Tahukah anda? Belajar di luar negara dalam kursus perubatan, kos pengajiannya tidak sampai RM 200,000 untuk 5 tahun. Ibu bapa boleh berjimat dengan lebih banyak tetapi masih lagi dapat sambung pengajian dalam kursus perubatan. Namun demikian, ibu bapa dan pelajar juga perlu bijak memilih tempat pengajian di luar negara. Di sarankan untuk memilih negara yang tidak mempunyai kos yang tinggi. Kenapa harus memilih negara yang berkos tinggi sedangkan pada akhirnya pelajar akan bermula housemanship pada tangga gaji yang sama? Ayuh fikirkan dan buat tindakan yang bijak.

Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk belajar di luar negara.
  1. Pengiktirafan

Pastikan, universiti yang dipilih diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dan Malaysian Medical Council (MMC). Semakan universiti yang diiktiraf boleh disemak di laman web MQA http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan laman web MMC www.mmc.gov.my .

  1. Kos yuran dan sara hidup

Tidak dinafikan kos sara hidup juga menjadi titik penting pemilihan universiti luar negara. Antara negara yang mempunyai kos sara hidup yang rendah adalah seperti Mesir, India, Bangladesh dan sebagainya. Apabila kos sara hidup negara tersebut rendah (berbanding Malaysia), maka kos sara hidup untuk anak sepanjang belajar di sana juga agak rendah.

  1. Mudah mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Sekiranya anda seorang Muslim, sebaiknya negara yang dipilih adalah negara Islam. Ini bagi memudahkan pelajar mencari makanan halal dan melakukan ibadah yang lain.

  1. Pelajar Senior

Last but not least, pilih negara yang ada pelajar senior dari Malaysia di sana supaya apa-apa keadaan kita oleh rujuk pada yang lebih berpengalaman. Sebagai contoh, saya boleh cadangkan pada ibu bapa adalah sambung pengajian perubatan atau pergigian di Universiti Mansoura, atau Universiti Alexandria, Mesir. Kenapa pilih negara Mesir? Negara MESIR hanyalah SATU-SATUNYA negara yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk sambung kursus perubatan TANPA PERLU ADA ASASI ATAU MATRIK DAN SETARAF. Dengan syarat, minimum B untuk subjek aliran Sains. Dari SPM terus ke tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Perubatan. Jimat masa, bukan? Banyak lagi info yang berkaitan serta tips yang boleh dikongsi berkenaan pengajian di luar negara dari segi pengurusan, penempatan, yuran dan sebagainya. Untuk dapatkan banyak lagi info berkaitan study di luar negara dengan segera, boleh terus hubungi saya di talian 013-5969 582 untuk free counsultation. Oh ya, pastikan anda serius berminat untuk tahu, baru hubungi saya ya. Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk membuat keputusan yang bijak.

“But at the end, no matter where did you go study or which university you went, its all up to you to be the best and improve yourself. Its your effort that destined your future and not your background”.


Posted 4 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES