BLOG

PARA LEPASAN SPM HARUS AMBIL TAHU SYARAT KELAYAKAN UNTUK BIDANG FARMASI

Para Lepasan SPM Harus Ambil Tahu Syarat Kelayakan Untuk Bidang Farmasi

Para Lepasan SPM Harus Ambil Tahu Syarat Kelayakan Untuk Bidang Farmasi

Farmasi ialah salah satu kos yang ditawarkan di majoriti institusi pendidikan di Malaysia. Jika anda berminat dan merupakan lepasan SPM, anda dinasihatkan untuk mengambil tahu tentang syarat kelayakan bagi bidang farmasi.

Ini kerana bidang ini mempunyai potensi yang sangat luas dan boleh memberikan anda kerjaya yang sangat berpatutan.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang bidang farmasi dan syarat kelayakan bidang farmasi lepasan SPM.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang sangat menarik!

Maklumat Asas Mengenai Bidang Farmasi

Syarat Kelayakan Untuk Bidang Farmasi

Sebelum kami memberitahu anda syarat kelayakan bidang farmasi bagi lepasan SPM, kami akan menerangkan serba sedikit mengenai bidang ini.

Ia adalah satu bidang di mana banyak kos dan subjek disatukan seperti sains perubatan dan kesihatan, kimia ubat-ubatan, dan juga pengurusan penyakit.

Anda akan belajar tentang proses penghasilan ubat-ubat dan fungsi bagi setiap perkara ke atas badan manusia.

Bidang ini juga akan mengajar pelajar untuk tahu tentang cara menentukan kualiti ubat dan cara ia boleh diguna untuk mencegah penyakit.

Syarat Kelayakan Pengambilan Kursus Farmasi

Syarat Kelayakan Untuk Bidang Farmasi

Bagi mereka yang berminat untuk mengambil kursus ini, berikut adalah syarat kelayakan bidang farmasi lepasan SPM serta syarat kelayakan bagi tahap belajar lain berdasarkan sistem UPU.

        A.     STPM

  1. Syarat A

Mendapat CGPA 3.00 dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam tiga (3) subjek iaitu:

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik atau Matematik

dengan minimum gred B dalam mata pelajaran Kimia.

  1. Syarat B

Syarat subjek Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Untuk diserap masuk sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

        B.     A-Level

  1. Syarat A

Mendapat 3B atau 2A1C atau 1A1B1C dalam :

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik atau Matematik

dengan minimum gred B dalam mata pelajaran Kimia.

(Dengan berpandukan kepada sistem skor Universities dan Colleges Admission Service (UCAS) yang dilaksanakan di United Kingdom bagi keputusan A-Level iaitu dengan ketetapan skor)

A+ = 140, A = 120, B = 100 dan C = 80)

Keperluan gred 3B yang dicadangkan oleh LFM adalah menyamai jumlah skor 300 dengan B untuk subjek Kimia.

  1. Syarat B

Syarat subjek Bahasa Melayu BM & Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Untuk diserap masuk sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

        C.     Matrikulasi atau Pra-Pengajian Perubatan Dan Farmasi atau Asasi Sains

  1. Syarat A

Bagi Matrikulasi atau Pra-Pengajian Farmasi/Perubatan dengan CGPA 3.00 ke atas dengan minimum gred B untuk subjek Kimia.

ATAU

Bagi Asasi Sains dengan CGPA 3.00 ke atas dengan sekurangnya-kurangnya gred B dalam subjek Kimia

DAN

Program perlu dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun.

  1. Syarat B

a) Lulus SPM dengan minima 5B dalam subjek:

  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik atau Matematik Tambahan
  • 1 Mata Pelajaran Lain

di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara.

b) Syarat subjek Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Untuk diserap masuk sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

        D.     Diploma

  1. Syarat A

Bagi Diploma Sains (Kimia atau Biologi atau Fizik) mesti memperoleh CGPA 3.75 dan ke atas termasuk B dalam subjek Kimia.

ATAU

Bagi Diploma Farmasi mesti memperoleh CGPA 3.5 dan ke atas.

  1. Syarat B

a) Lulus SPM dengan minima 5B dalam subjek:

  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik atau Matematik Tambahan
  • 1 Mata Pelajaran Lain

di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara.

b) Syarat subjek Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Untuk diserap masuk sebagai penjawat awam, syarat Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

        E. Ijazah Pertama Dalam Sains

  1. Syarat A

Ijazah Pertama dalam Sains CGPA 2.75 dan ke atas.

(CGPA 2.75 = Gred C+)

  1. Syarat B

Setiap pelajar dikehendaki memenuhi Syarat A dan Syarat B (jika ada) seperti di atas sebelum meneruskan pelajaran di peringkat ijazah farmasi.

Kerjaya Untuk Bidang Farmasi

Syarat Kelayakan Untuk Bidang Farmasi

Untuk pengetahuan anda, kerjaya farmasi membolehkan anda untuk bekerja di banyak tempat dan mempunyai tahap-tahap berbeza.

Kami akan berkongsi dengan anda beberapa kerjaya yang bersesuaian sebagai ahli farmasi. Berikut merupakan contoh kerjaya:

  1. Ahli Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia, atau lebih dikenali sebagai KKM ialah sebuah organisasi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga sistem kesihatan di Malaysia.

Salah satu piawaian yang penting untuk bekerja sebagai ahli farmasi di KKM adalah anda memerlukan kepakaran yang tinggi dan berpengalaman.

Hal ini disebabkan ahli farmasi di KKM mempunyai tugasan tertentu. Sebagai contoh pendaftaran ahli farmasi, bekerjasama dengan ahli akademik dalam bidang farmasi, dan juga penyelidikan (research).

  1. Ahli Farmasi di Hospital

Hospital-hospital juga memerlukan ahli farmasi untuk operasi harian. Ahli farmasi di universiti akan bertanggungjawab untuk membekalkan dan menguruskan hal berkaitan pengurusan ubat.

Pengurusan ubat ini termasuklah untuk pesakit-pesakit di dalam hospital dan juga pesakit luar.

Selain itu, ahli farmasi juga bertanggungjawab untuk memastikan dos ubat-ubatan yang sewajarnya. Langkah ini perlu dilakukan secara berhati-hati agar kesihatan pesakit tidak terganggu. 

  1. Ahli Farmasi di Universiti

Ahli farmasi di universiti berbeza dari tempat lain kerana anda akan bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan tentang ubat-ubatan.

  1. Ahli Farmasi di Bahagian Regulatori Farmasi Negara

Ini juga merupakan institusi yang sangat penting di Malaysia. Jabatan ini akan mengawal ubat-ubatan yang didaftarkan supaya ia selamat dijual kepada masyarakat.

Anda dikehendaki untuk menjalankan ujian terhadap ubat-ubatan untuk menguji kualiti mereka.

Kesimpulannya, buat anda yang tertarik dengan bidang farmasi, anda perlu ketahui info-info penting seperti syarat kelayakan dan juga pekerjaan yang ditawarkan.

Langkah ini amat penting supaya anda dapat pencerahan yang lebih mendalam mengenai bidang farmasi.

Jika anda berminat untuk meneruskan minat terhadap bidang farmasi ke luar negara, anda boleh menghubungi agensi Zara Zakiah Education Sdn. Bhd.

zara zakiah

Zara Zakiah ialah sebuah agensi yang berpengalaman dalam menguruskan lebih daripada 600 pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Universiti luar negara seperti di Indonesia, Rusia, Mesir, dan Bangladesh menandatangani Memorandum of Understanding Agreement (MOU) bersama Zara Zakiah.

Yang lebih menariknya adalah para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara akan menerima bimbingan yang amat komprehensif.

Selain itu, Zara Zakiah juga akan memastikan agar hubungan antara pelajar lokal dan pelajar antarabangsa sentias terjaga.

Ini dapat membantu pelajar lokal menyesuaikan diri mereka di negara asing.

Namun begitu, Zara Zakiah tidak menawarkan biasiswa kerana agensi hanya bertanggungjawab untuk menguruskan pelajar sambung belajar di luar negara.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk menyambung belajar ke luar negara?

Jika ya, klik link yang diberikan di bawah untuk hubungi agensi Zara Zakiah. Dengan ini, anda akan menerima maklumat secara jelas dan boleh mengelakkan sebarang kekeliruan.

 

Hubungi Zara Zakiah Sekarang Juga!

 


Posted 2 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES