fbpx

Peluang Sambung Perubatan dan Pergigian Meski Pointer Asasi 3.00

Pelajar lepasan matrik atau asasi yang bercita-cita untuk menjadi seorang DOKTOR PERUBATAN dan DOKTOR GIGI pasti akan cuba skor sebaik mungkin CGPA di peringkat matrik atau asasi. Antara syarat minima untuk sambung Ijazah Sarjana Muda Perubatan, pelajar mestilah mempunyai keputusan yang baik di peringkat SPM dan matrik/asasi serta pelajar mestilah mendapat sekurang kurangnya ‘Band 3’ untuk MUET. (more…)

Rahsia Belajar Medic Dengan Kos RM180 K

Ramai dalam kalangan ibu bapa ingin melihat anak mereka berjaya dalam menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian terutama jika anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagaimanapun, tahukah anda kuota pengambilan pelajar dalam bidang perubatan dan pergigian agak terhad. Lebih-lebih lagi ambilan dari Universiti Awam. (more…)

Peluang Sambung Program Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Veterinar Lepasan Matrik dan Asasi

Tahniah adik-adik pelajar yang telah berjaya menamatkan program Asasi dan Matrik. InsyaAllah selepas ini akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula. Asasi dan Matrik adalah ‘fast track’ untuk sambung Ijazah Sarjana Muda @ Degree. Maka masing-masing sudah pasti sedang ‘survey’ dan ‘aim’ program yang diminati di peringkat Degree nanti. (more…)

Sambung ‘Degree’ Tanpa Menggunakan PTPTN Atau Biasiswa ?

Bila sebut tentang PTPTN sudah tentu berkait rapat dengan pengajian di peringkat yang lebih tinggi tidak kira di IPTA atau IPTS. Bagi pelajar yang cemerlang sudah pasti biasiswa menjadi idaman untuk menyambung pengajian dalam bidang diminati bagi merealisasikan cita-cita selama ini. Tapi buat masa sekarang biasiswa bukan semudah yang disangka seperti dahulu. Jika dahulu dapat sahaja keputusan SPM yang cemerlang, maka bermacam biasiswa boleh dimohon dan peluang untuk memperolehi adalah sangat tinggi. Cuma kebelakangan ini, mendapat keputusan cemerlang bukanlah suatu jaminan untuk mendapat biasiswa lagi. (more…)