BLOG

7 TIPS PELAJAR WAJIB TAHU JIKA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA (BAHAGIAN 2)

7 Tips Pelajar Wajib Tahu Jika Nak Sambung Belajar Di Luar Negara (Bahagian 2)

7 Tips Pelajar Wajib Tahu Jika Nak Sambung Belajar Di Luar Negara (Bahagian 2)

Baiklah, ini adalah sambungan dari artikel sebelumnya. Jika anda terlepas, boleh dapatkan informasi di sini.

KEEMPAT : Kos Sara hidup yang diperlukan untuk pelajar yang belajar di luar negara

Para pelajar perlu tahu kos sara hidup yang diperlukan ketika belajar di luar negara. Bukannya apa, senang nak sediakan kewangan yang sepatutnya. Kos sara hidup belajar di luar negara bergantung kepada negara itu sendiri.

Sebagai contoh mudah, jika belajar di Mesir mungkin kos sara hidup yang diperlukan anggaran RM500-RM700 sebulan termasuk bayaran rumah sewa. Jika di Indonesia berbeza pula kos sara hidup, mungkin diperlukan anggaran RM700-RM800 termasuk penginapan. Kos sara hidup di Bangladesh mungkin lebih murah hanya RM300-RM500 sahaja sebulan termasuk rumah sewa. Jika belajar di luar negara di Rusia mungkin kos sara hidup agak tinggi anggaran RM1500-RM2000 sebulan termasuk rumah sewa.

Maka tepuk dada, tanya selera, dimana kemampuan kita. Kita akan belajar di luar negara bukan hanya untuk beberapa bulan tapi untuk beberapa tahun, maka perlu ukur baju di badan sendiri agar tidak tergendala proses pengajian nanti.

*Kos sara hidup yang dinyatakan adalah berdasarkan temu bual dengan para pelajar yang sedang belajar di luar negara seperti contoh di atas*

KELIMA : Budaya setempat dan amalan agama penduduk negara yang dipilih

Setiap negara berbeza budaya dan adat setempatnya. Penting untuk kita mempelajari dan mengetahui budaya tempat yang kita nak belajar di luar negara nanti. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Boleh buat carian di Google atau bertanya pada senior tentang budaya negara tersebut. Bila belajar di luar negara nanti tidaklah kekok sangat dengan budaya baru jika telah mengetahuinya lebih awal. Bila dah sampai negara tersebut cuba berkawan dan bergaul dengan pelajar tempatan supaya kita dapat memahami dan mendalami budaya mereka. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang belajar di luar negara disamping dapat belajar bahasa yang baru.

Amalan agama penduduk setempat juga perlu diambil kira terutamanya bagi pelajar Islam bertujuan untuk memudahkan urusan ibadat dan amalan agama kita di negara berkenaan. Bagi negara Islam mungkin tiada isu yang besar untuk pelajar Islam mengamalkan amalan agama Islam, tetapi di negara bukan Islam, mungkin ada sedikit cabaran seperti susah untuk mendapatkan tempat ibadat dan mencari makanan yang halal.

KEENAM : Pembiayaan kewangan semasa belajar di luar negara

Penting untuk pelajar tahu status kewangan sebelum momohon untuk belajar di luar negara. Boleh semak sama ada universiti berkenaan ada sediakan biasiswa atau tidak. Jika biasiswa tidak disediakan, apakah perancangan kewangan lain yang ada? Para pelajar perlu berbincang dengan ibu bapa tentang segala pembiayaan sepanjang belajar di luar negara. Jika ibu bapa anda menyokong anda dan membiayai segala perbelanjaan anda ketika belajar di luar negara, maka tidak perlu dirisaukan lagi tentang kewangan dan pembiayaan di sana. Maka menjadi fokus utama untuk belajar bersungguh-sungguh adalah cara terbaik untuk menghargai dan membalas segala pengorbanan terhadap ibu bapa anda.

Oh ya, mungkin ramai lagi yang belum tahu, untuk belajar di luar negara, ibu bapa juga boleh membuat pengeluaran KWSP akaun 1 untuk tujuan pembiayaan pengajian anda nanti.

KETUJUH : Pilihan agensi yang sesuai atau uruskan sendiri segala urusan yang berkaitan belajar di luar negara

Anda berhak untuk memilih sama ada menggunakan khidmat agensi yang menguruskan belajar di luar negara atau anda juga boleh uruskan sendiri. Jika anda menggunakan khidmat agensi, pastikan anda memilih agensi yang tepat dan dipercayai. Memilih untuk pergi dengan agensi bermakna anda meyerahkan segala urusan berkaitan seperti dokumentasi, penginapan dan pendaftaran pada agensi berkenaan dan ini lebih memudahkan anda kerana anda hanya perlu buat bayaran dan agensi akan uruskan semuanya. Berbeza pula jika anda memilih untuk uruskan sendiri, anda perlu ‘explore’ segala urusan yang berkaitan sendiri dan anda mungkin penat sedikit untuk uruskan semuanya kerana itu bukan kepakaran anda dan silap-silap haribulan kos yang terpaksa anda tanggung lebih mahal dari anda bayar pada agensi.

Jika ada yang nak dapatkan tips memilih agensi yang dipercayai untuk belajar di luar negara, saya kongsikan dalam artikel yang berikutnya.

Pelajar lepasan Matrikulasi/ Asasi Sains / A-Level / Diploma yang berkaitan yang berminat untuk belajar di luar negara untuk program perubatan, pergigian dan veterinar di Indonesia, Mesir, Bangladesh dan Rusia  boleh mengisi pra pendaftaran online di pautan berikut Daftar Sekarang atau boleh terus hubungi pegawai kami Puan Syuhada di talian 013-3098058 / WhatsApp  atau En. Khairul 013-3561182 / WhatsApp untuk info lanjut. 

Setiap tahun ramai pelajar dari SBP, MRSM, Asasi Sains UiTM Dengkil, Asasi Pintar UKM, PASUM, Asasi UNIMAS, dan matrik seluruh Malaysia yang merebut peluang ini untuk belajar di luar negara. Adakalanya ada juga pelajar lepasan DIPLOMA dalam bidang Sains Kesihatan yang mengambil peluang ini untuk belajar di luar negara. Peluang yang jarang diketahui, tapi telah berjaya di ambil oleh mereka yang betul-betul mencari peluang keemasan ini untuk belajar di luar negara. Ambil peluang ini sekarang sebelum anda terlepas lagi. Tahniah kepada bakal DOKTOR yang telah berjaya mengambil peluang belajar di luar negara. Lihat link di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Info lanjut       : https://selepasspm.com/

IG                     : https://www.instagram.com/belajarluarnegara_0133098058/

FB                    : http://bit.ly/BelajarLuarNegara


Posted 3 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES