Moscow Aviation Institute
Moscow Aviation Institute
Moscow Aviation Institute (Institut Penerbangan Moscow) yang ditubuhkan pada tahun 1930 adalah salah satu daripada institut utama pendidikan tinggi kejuruteraan di Moscow. Sejak penubuhannya, MAI telah menempa kemajuan dalam teknologi aeroangkasa di Rusia bahkan di seluruh dunia. Semasa Perang Dunia Kedua sebahagian institut ini dipindahkan ke Almaty Kazakhstan. Universiti, kakitangan dan pelajar konsisten terlibat dalam bidang penyelidikan dan pengeluaran peralatan perang sepanjang tempoh perang tersebut. Penyelidikan yang dijalankan di institut ini memberikan sumbangan yang besar dalam penerokaan usia angkasa lepas.
Universiti ini mempunyai lebih daripada 160 000 pakar, 250 pereka utama dalam Industri Aeroangkasa. 50 ahli Akademi Sains Rusia, 22 angkasawan, 100 juruterbang ujian dan 60 juara Olimpik dalam sukan yang berbeza.
Alumni institut ini ramai menjadi tulang belakang syarikat besar seperti Sukhoi, MIG, Ilyushin, Tupolev, Yakovlev, Beriev, Myasishchev, Helikopter Mil Moscow Helicopter, OAO SP Korolev Rocket and Space Corporation Energia, Lavochkin, Makeyev Rocket Design Bureau, Khrunichev State Research and Production Space Center, NPO Energomash, Almaz-Antey dan lain-lain.
MAI sentiasa menjadi impian para pelajar kerana pengalamannya yang terbukti berjaya mengeluarkan alumni yang cemerlang dan mampu berkhidmat di serata dunia.
Program yang ditawarkan | |
---|---|
Deg. of Aircraft Engineering | 4 Tahun |
Deg. of Spacecraft Engineering | 4 Tahun |
Deg. of Control Systems and Computer Science in Engineering | 4 Tahun |
Deg. of Propulsion Engineering | 4 Tahun |
-
Syarat Kelayakan :
SPM* / Min PNGK 3.00
Asasi Sains / Matrikulasi / STPM / A-Level / Setaraf -
Yuran
USD 7,000/ tahun -
Tempoh Pengajian :
4 Tahun + 1 Tahun Asasi*
* bagi Lepasan SPM/O-Level -
Medium Pembelajaran :
Bahasa Inggeris + Rusia -
Kewangan :
Pengeluaran KWSP - Pelajari Budaya dan Bahasa Asing


No. 6-2, Jalan Puteri 2A/1,
Bandar Puteri Bangi
Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 5.30 ptg
Sabtu : Temujanji sahaja
Ahad : Cuti
No. 6-2, Jalan Puteri 2A/1,
Bandar Puteri Bangi
Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 5.30 ptg
Sabtu : Temujanji sahaja
Ahad : Cuti