Pirogov Russian National Research Medical University

Pirogov Russian National Research Medical University

Pirogov Russian National Research Medical University (dulu dikenali sebagai RSMU) atau dikenali juga sebagai Pirogov Medical University adalah pusat penyelidikan dan inovasi perubatan dan bioperubatan terkemuka Rusia. Antara fokus aktiviti saintifik universiti adalah pada penjagaan kesihatan secara praktikal dan pada masa yang sama menerokai ilmu baru mekanisme penyakit manusia.

Pihak universiti secara aktif bekerjasama dengan institut saintifik seperti Akademi Sains Rusia, serta pusat penyelidikan dan klinikal, syarikat bioteknologi dan farmaseutikal di seluruh dunia. Bidang utama penyelidikan antaranya termasuklah onkologi, neurobiologi, alergi dan imunologi, genetik perubatan, ubat regeneratif, mikrobiologi perubatan dan penyakit berjangkit.

Universiti ini mempunyai 4 institut penyelidikan saintifik, antaranya Institut Gerontologi; 6 jabatan saintifik; 8 fakulti pendidikan (Perubatan, Pediatrik, Bioperubatan, Fakulti Psikologi-Sosial, Farmaseutikal dan Pergigian) dan Fakulti Latihan Lanjutan Perubatan dengan jumlah 140 jabatan. 50 jabatan ini terlibat secara langsung dalam latihan pelajar asing berbahasa Inggeris. Terdapat juga beberapa jabatan universiti yang besar yang menyediakan aktiviti pengajaran dan saintifik seperti Jabatan Pengajian Pasca Siswazah dan Kedoktoran, Jabatan Sistem Maklumat dan Pendidikan, Jabatan Pengajaran, Jabatan Amalan Perubatan dan Latihan, Jabatan Pengajian Pelajar Luar Negara dan lain-lain. Disamping itu, perpustakaan universiti yang mengandungi lebih daripada 700,000 buku dan rujukan amat membantu para pelajar bagi menjalankan sesi pembelajaran, kajian mahupun kerja saintifik.

Berikut merupakan tanda aras capaian silibus bagi pelajar perubatan:

• Selepas kursus pertama – Pembantu jururawat.

• Selepas kursus ke-2 – Pembantu jururawat wad.

• Selepas kursus ke 3 – Pembantu jururawat prosedur.

• Selepas kursus ke-4 – Pembantu doktor.

• Selepas kursus ke-5 – Kemahiran profesional sebagai pegawai perubatan, termasuk kemahiran menyelidik.

Universiti ini juga mempunyai kemudahan asrama untuk pelajar bukan warganegara. Pelajar akan tinggal di dua blok asrama.Kebiasaannya sebilik untuk 2 atau 3 orang dengan bilik mandi berkongsi. Setiap aras pula mempunyai ruang dapur sendiri. Universiti juga mempunyai kemudahan sukan di Kompleks Sukan “Konakovo”.

Dengan kedudukan Kompleks Pengajaran dan Makmal, bangunan utama universiti dan asrama yang terletak berdekatan antara satu sama lain, ia amat memudahkan pelajar siswazah mahupun pasca siswazah, dan pelatih yang belajar di PRNRMU dan tinggal di asrama.

Universiti ini mempunyai rangkaiannya di 38 hospital bandar besar, beberapa rumah bersalin, di antaranya ialah Hospital Kanak-kanak Republikan yang dilengkapi dengan kemudahan perubatan moden. Di hospital-hospital ini bakal doktor akan membuat latihan klinikal di bawah pengawasan pensyarah yang berpengalaman. Pengajar PRNRMU terdiri daripada 1500 profesor dan pensyarah termasuk ahli akademik Akademi Sains Rusia, ahli gabungan dari Akademi Sains Rusia, ahli akademi Akademi Sains Perubatan Rusia, ahli gabungan Akademi Sains Perubatan Rusia, 334 profesor dan 575 profesor bersekutu. Sekarang terdapat kira-kira 10 000 pelajar siswazah, termasuk 1000 orang pelajar dari luar negara.

Universiti ini mengekalkan hubungan rapat dengan banyak organisasi asing seperti Universiti Poincare, Pusat Voutren di Nancy, Perancis, Institut Fizik Biologi di Leipzig, Klinik Rhein-Westfalen Sekolah Perubatan Tinggi di Aachen (dari segi aktiviti Institut Penyelidikan Pembedahan Rusia-Jerman), Universiti Berlin (Jerman), Universiti Basel (Switzerland), Pusat Onkologi Fox-Chase di Philadelphia (dengan penyertaan dari pelajar), Universiti Iowa (Amerika Syarikat), Oxford dan London Universities (Great Britain) dan lain-lain. Tidak dinafikan, PRNRMU mempunyai kedudukan dalam bidang perubatan dengan mendapat kedudukan ke-451 dalam QS World Ranking University (Medicine Subject) dan juga turut tersenarai di Times Higher Education.

Diiktiraf Oleh:

Program yang ditawarkan
IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN
6 Tahun

Ambil Peluang Ini Untuk Melanjutkan Pelajaran Anda

Sebarang persoalan kami sedia membantu

No. 6-2, Jalan Puteri 2A/1,
Bandar Puteri Bangi

Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 5.30 ptg
Sabtu : Temujanji sahaja
Ahad : Cuti

No. 6-2, Jalan Puteri 2A/1,
Bandar Puteri Bangi

Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 5.30 ptg
Sabtu : Temujanji sahaja
Ahad : Cuti