Sambung ‘Degree’ Tanpa Menggunakan PTPTN Atau Biasiswa ?

Bila sebut tentang PTPTN sudah tentu berkait rapat dengan pengajian di peringkat yang lebih tinggi tidak kira di IPTA atau IPTS. Bagi pelajar yang cemerlang sudah pasti biasiswa menjadi idaman untuk menyambung pengajian dalam bidang diminati bagi merealisasikan cita-cita selama ini. Tapi buat masa sekarang biasiswa bukan semudah yang disangka seperti dahulu. Jika dahulu dapat sahaja keputusan SPM yang cemerlang, maka bermacam biasiswa boleh dimohon dan peluang untuk memperolehi adalah sangat tinggi. Cuma kebelakangan ini, mendapat keputusan cemerlang bukanlah suatu jaminan untuk mendapat biasiswa lagi. Maka apakah sumber kewangan yang ada untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang diminati terutamanya dalam bidang PERUBATAN dan PERGIGIAN selain pinjaman dari PTPTN/ MARA mahupun JPA. Semestinya kedua bidang ini memerlukan kos kewangan yang tinggi.

Sebagai ibu bapa, pasti agak terkilan dan kecewa jika anak-anak kita memperolehi keputusan SPM dan matrik/asasi yang cemerlang dan bercita-cita untuk menjadi DOKTOR tetapi tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang PERUBATAN dan PERGIGIAN dek kerana faktor kewangan. Bukan semua pelajar akan mendapat pinjaman penuh dari PTPTN kerana pinjaman tersebut bergantung pula pada pendapatan ibu dan ayah.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak sambung sahaja perubatan dan pergigian di IPTA dengan yuran yang murah? Tetapi tahukah anda semua, bukan semua yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang dan ‘CGPA’ 4.00 mendapat tempat di IPTA dalam program tersebut. Ini kerana tempat yang terhad dan persaingan yang tinggi dalam kalangan pelajar itu sendiri, hanya yang terbaik dari kalangan yang terbaik sahaja yang terpilih. Oleh itu mereka terpaksa ke IPTS demi merealisasikan impian dan cita-cita mereka dan sekaligus faktor kewangan akan menjadi perkara utama yang harus difikirkan.

Tahukah tuan puan, sebenarnya kita mampu hantar anak untuk sambung PERUBATAN dan PERGIGIAN tanpa menggunakan PTPTN dan biasiswa tapi dengan cara membuat pengeluaran KWSP/EPF. Maka dengan ini masalah kewangan tadi dapat diselesaikan dan sekaligus impian untuk melihat anak menjadi DOKTOR bukan lagi mimpi di alam nyata, tapi realiti yang pasti. Ramai ibu bapa yang telah menggunakan KWSP/EPF mampu hantar anak mereka belajar PERUBATAN dan PERGIGIAN di luar negara dengan kualiti pendidikan yang terbaik bagi melahirkan bakal-bakal DOKTOR yang berkualiti.

Jika tuan puan berminat untuk tahu dengan lebih lanjut berkenaan pengajian di luar negara untuk program PERUBATAN dan PERGIGIAN dengan kualiti yang terbaik dan bagaimana cara pengeluaran KWSP untuk tujuan tersebut, boleh hubungi saya di talian 013-3098058 (Pn.Syuhada). Anda juga boleh lawati link di bawah ini untuk melihat sendiri bakal-bakal DOKTOR yang sedang belajar di Luar Negara yang kami pernah uruskan sebelum ini. Mereka adalah yang terdiri dari pelajar yang cemerlang SPM dari MRSM, SBP, Sekolah harian biasa dan Maahad Tahfiz Sains. IG : https://www.instagram.com/belajarluarnegara_0133098058/

FB : https://www.facebook.com/MesirBangladeshRusiaIndonesia/

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *