BIASISWA BESTARI PENDIDIKAN ZARA ZAKIAH EDUCATION SDN. BHD. TAHUN 2021

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Tawaran Biasiswa Bestari Pendidikan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kassim, Riau, Pekan Baru, Indonesia. Tawaran ini dibuka untuk semua pelajar lepasan SPM, Asasi, Diploma dan setaraf.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan bit.ly/BiasiswaZaraZakiah2021

Apakah Biasiswa Bestari Pendidikan Zara Zakiah Education?

Biasiswa Bestari adalah bagi membantu pelajar  yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Program Pengajian Islam di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kassim (UIN SUSKA, Riau).

Makluman Biasiswa Bestari adalah seperti berikut:
  1. Biasiswa ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM/STAM/STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma atau setaraf yang memenuhi syarat kelayakan ke UIN SUSKA, Riau.
  2. Biasiswa ini merangkumi yuran agensi pelajar iaitu pendaftaran, pengurusan, tiket penerbangan dan visa sementara SAHAJA. Kos yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh pemohon.
  3. Biasiswa ini diberikan oleh Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. dan tidak melibatkan universiti atau mana-mana pihak yang lain.

Pemilihan adalah berdasarkan KELAYAKAN dan KUOTA yang telah ditetapkan. Keputusan adalah berdasarkan keputusan senat dan adalah muktamad. Anda akan dihubungi dalam tempoh 3 hari waktu bekerja  selepas selesai proses pendaftaran dan penilaian dilakukan.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 Jun 2021, jam 11 pagi dan tarikh tutup permohonan adalah 13 Jun 2021, jam 11:59 malam.

Syarat Kelayakan :
  1. Pelajar lepasan SPM/STAM/STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma atau setaraf.
  2. Keputusan cemerlang dalam SPM minimum Gred B dalam semua mata pelajaran.
  3. Mencapai sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dalam STAM/STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma dan setaraf.

Tawaran Biasiswa adalah tertakhluk kepada terma dan syarat. Selamat Maju Jaya.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

Admin

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags