BLOG

BIDANG FARMASI YANG DITAWARKAN DI LUAR NEGARA

Bidang Farmasi Yang Ditawarkan Di Luar Negara

Bidang Farmasi Yang Ditawarkan Di Luar Negara

Adakah anda berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai ahli farmasi tetapi tidak pasti sama ada ia sesuai untuk anda?

Kami akan membantu meyakinkan anda untuk menceburi bidang ini dan mencapai kejayaan kerjaya pada masa hadapan.

Lebih menarik lagi, anda boleh menyambung pelajaran dalam bidang ini di luar negara.

Ingin belajar farmasi di luar negara? Teruskan membaca!

Apa Itu Bidang Farmasi?

bidang farmasi

Bidang farmasi merupakan salah satu cabang pengajian perubatan yang boleh diambil oleh pelajar yang ingin menyambung pengajian mereka.

Program ini membuka banyak peluang bagi pelajar menceburi pelbagai kerjaya profesional dalam bidang ilmu farmasi.

Ahli farmasi bertanggungjawab untuk mengedarkan ubat kepada pesakit serta mendidik orang awam tentang penjagaan kesihatan pesakit serta cara penggunaan ubat-ubatan tersebut.

Secara kesimpulannya, ahli farmasi boleh dianggap sebagai pakar ubat.

Tambahan pula, mereka berperanan penting dalam membantu pesakit mendapat hasil yang terbaik daripada ubat-ubatan yang diberikan.

Mereka perlu memastikan ubat-ubatan diberikan berpandukan dos yang betul di samping memastikan tiada tindak balas ubat yang berbahaya.

Selain itu, bidang farmasi memerlukan pelajar mempunyai daya hafalan yang kuat.

Ini kerana, mereka perlu mengenal dan menghafal pelbagai jenis nama dan jenis ubat-ubatan.

Terdapat juga sedikit pengiraan namun ia tidak terlalu banyak.

Sebagai contoh, mereka perlu mengambil tahu tentang kepekatan ubat dalam darah untuk membolehkan mereka sama ada dos yang diberikan itu adalah sesuai.

Apa yang membuatkan bidang ini menarik untuk diceburi?

Sudah tentulah anda dapat peluang pembelajaran yang berterusan.

Ini kerana, ilmu berkaitan bidang farmasi akan sentiasa berubah mengikut penemuan-penemuan kajian baru.

Anda akan sentiasa didedahkan dengan informasi terkini berkaitan ubat-ubatan terbaharu dalam pasaran.

Mengapa Anda Perlu Menceburi Bidang Farmasi?

bidang farmasi

  1. Peluang Kerjaya yang Cerah

Dengan menceburi bidang farmasi, anda akan dapat peluang kerjaya yang cerah.

Ini kerana, farmasi merupakan profession dinamik yang sangat “high demand”.

Anda akan dapat peluang kerjaya yang banyak terutamanya dalam penjagaan pesakit, kajian klinikal dan inovasi.

Selain itu, kebanyakan ahli farmasi akan berada di sama ada secara sendiri atau runcit.

Kepakaran anda akan memudahkan untuk anda memberikan kaunseling kepada pesakit tentang penggunaan ubat.

Bidang ini juga menawarkan peluang pekerjaan di mana-mana sahaja tempat yang anda inginkan.

Anda dapat peluang untuk pilih sama ada bekerja di hospital, klinik, rumah jagaan, syarikat agensi farmasi, sekolah serta pusat kerajaan.

  1. Menjadi Sebahagian Daripada Ahli Kesihatan

Ahli farmasi sentiasa bekerja bersama badan penjagaan kesihatan demi menjamin kesihatan dan kesejahteraan orang awam terjaga.

Dengan kehadiran ahli farmasi, isu salah beri ubat dapat dielakkan dan ini akan mengurangkan pengeluaran kos sesebuah organisasi.

Ahli farmasi juga memainkan peranan dalam mengurangkan kadar kemasukan semula pesakit ke hospital.

Mereka juga membantu dalam pengurusan penyakit kronik, dan pengurusan rapi ubat selain memperkenalkan organisasi penjagaan yang bertanggungjawab.

Tambahan pula, ahli farmasi merupakan sebahagian daripada pasukan penjagaan perubatan yang sentiasa berjumpa dan membantu pesakit serta menasihati mereka.

  1.  Menjadi Sebahagian daripada Inovasi Utama dalam Terapi Ubat

Antara kelebihan dalam melibatkan diri dalam jurusan farmasi adalah farmakogenomik.

Tahukah anda bahawa variasi genetik dalam gen boleh menjejaskan tindak balas badan terhadap ubat.

Ahli farmasi dapat menggunakan maklumat yang diperolehi hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan untuk proses pemilihan ubat dan merawat penyakit dengan lebih awal.

Bukan itu sahaja, penyakit akan datang yang berbahaya juga mungkin dapat dicegah secara sepenuhnya dengan terapi ubat.

  1. Membantu Pesakit yang Memerlukan Rawatan

Salah satu kelebihan menjadi farmasi adalah anda dapat bekerja secara langsung dengan pesakit dan membantu mereka secara terus.

Dengan berkomunikasi secara terus, ahli farmasi dapat  mengenali tanda dan gejala yang pesakit tersebut hidapi.

Mereka juga menyumbang kepada program imunisasi besar-besaran bagi sesebuah komuniti.

Ini kerana, ahli farmasi telah dilatih untuk mencegah penyebaran penyakit dengan menyelia penghantaran ubat yang berkesan dan terlindung terutama sekali ketika wabak atau bioteror.

Universiti Terkenal di Indonesia yang Menawarkan Bidang Farmasi

Ingin menyambung pelajaran dalam bidang farmasi di luar negara tapi tidak tahu universiti mana yang patut dipilih?

Usah bimbang!

Berikut merupakan dua universiti terbaik di Indonesia yang sudah pasti akan menawarkan peluang pembelajaran yang berkualiti bagi bidang tersebut:

  1.  Institut Teknologi Bandung

Institut Teknologi Bandung atau Bandung Institute of Technology (ITB) merupakan salah satu univerisiti terbaik di Indonesia yang menawarkan jurusan farmasi.

Ia ditubuhkan pada tahun 1920 dan terletak di Bandung. ITB juga merupakan universiti berorientasikan teknologi tertua dan pertama di Indonesia.

Untuk menyambung pelajaran dalam bidang farmasi di ITB, pelajar perlu mempunyai minimum PNGK 3.00 daripada Asasi Sains / Matrikulasi / STPM / A-Level dan yang setaraf dengannya.

Bidang ini menawarkan pengajian selama 4 tahun dan menggunakan Bahasa Inggeris dan Indonesia sebagai medium pembelajaran.

Tambahan pula, kos sara hidup di Indonesia juga adalah rendah dengan anggaran sebanyak RM500-RM700 sebulan.

Yuran yang dikenakan pula hanyalah sebanyak RM24,000 setahun.

Antara kelebihan lain belajar di sini adalah persamaan dari segi budaya dan bahasa. Dengan ini, adalah mudah bagi anda untuk menyesuaikan diri.

  1. Universiti Sumatera Utara

Universiti Sumatera Utara juga ialah salah satu universiti di Indonesia yang menawarkan program pengajian farmasi.

Universiti Sumatera Utara merupakan universiti awam yang terletak di kota Medan di Sumatera Utara, Indonesia.

Pusat pengajian ini ditubuhkan pada 4 Jun 1952.

Sekiranya anda ingin untuk belajar farmasi di Universiti Sumatera Utara, anda perlu mempunyai minimum PNGK 3.00 daripada Asasi Sains / Matrikulasi / STPM / A-Level dan yang setaraf dengannya.

Sama seperti Institut Teknologi Bandung, kawasan ini juga mempunyai kos sara hidup yang rendah dengan anggaran hanya RM500-RM700 sebulan.

Yuran bagi jurusan farmasi di institusi ini pula adalah lebih rendah iaitu sekurang-kurangnya RM11,000 setahun.

Tempoh pengajian farmasi di Universiti Sumatera Utara juga adalah selama 4 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Indonesia sebagai medium pembelajaran.

Jadi bagaimana? Berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang farmasi di Indonesia?

Hubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd sekarang!

Mengapa Zara Zakiah Education?

Sudah tentulah kerana kami berpengalaman dalam menguruskan lebih daripada 600 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 14 tahun.

Banyak universiti luar negara seperti di Rusia, Mesir, Indonesia dan Bangladesh yang telah mengadakan Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan Zara Zakiah Education.

Anda akan diberikan bimbingan sepenuhnya untuk menjalankan program persediaan untuk pelajar.

Antara bantuan yang ditawarkan adalah penyediaan sokongan untuk memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa.

Dokumen sokongan untuk permohonan pengeluaran KWSP juga akan dibantu oleh Zara Zakiah Education.

Walaupun kami tidak menawarkan biasiswa atau pinjaman, terdapat banyak perkhidmatan lain yang ditawarkan seperti lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.

Bagi memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, Zara Zakiah Education akan memastikan jalinan hubungan mereka dengan pelajar di luar negara erat.

Oleh itu, jangan risau untuk menyambung pelajaran ke luar negara kerana Zara Zakiah Education akan membantu anda dengan semua urusan yang berkaitan.

Tunggu apa lagi?

Hubungi Zara Zakiah Education sekarang!

 

 


Posted 1 year ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES