BLOG

APA YANG BEST BELAJAR DI INDONESIA?

Apa yang Best Belajar di Indonesia?

Apa yang Best Belajar di Indonesia?

Indonesia merupakan destinasi yang paling kerap dituju oleh kebanyakan rakyat Malaysia diatas beberapa faktor. Tapi betul ke belajar di Indonesia ni best? Jom baca!

1. BAHASA YANG SAMA

Dari segi komunikasi, memang tiada masalah bagi orang Malaysia yang menetap di sana. Bahasa Malaysia dan Indonesia adalah lebih kurang sama sahaja. Walaupun Indonesia memiliki pelbagai dialek percakapan, namun bahasanya masih boleh difahami oleh kebanyakan orang Malaysia. Komunikasi ini adalah kunci utama bagi menghubungkan seseorang itu di sesuatu kawasan. Tanpa masalah komunikasi ini, rakyat Malaysia yang berada di Indonesia umpama berada di rumah sendiri walaupun berada di negara orang lain!

2. MATA WANG YANG RENDAH

Ini menjadi salah satu faktor mengapa orang Malaysia gemar menyambung pengajian di Indonesia. Faktor pertukaran mata wang ini sangat memainkan peranan penting dalam menjimatkan kos sara hidup rakyat Malaysia di sana. Kos pengajian pun menjadi murah jika ditukar dengan mata wang ringgit. Atas faktor mata wang ini juga, ramai rakyat Malaysia gemar berbelanja dan membeli-belah di Indonesia, terutamanya di Bandung. Ada yang membeli untuk digunakan, ada juga membeli untuk dijual semula!

Wang tunai Indonesia Rupiah. Gambar oleh Laksono Aji dari pexels.com

3. BANYAK TEMPAT MENARIK

Indonesia sememangnya negara tumpuan untuk pelancongan. Sudah alang-alang belajar di Indonesia, eloknya menjelajah ke setiap pelusuk Indonesia untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan seni binaan sejarah. Antara contoh tempat bersejarah yang paling popular di Indonesia adalah Candi Borobudur yang terletak di Yogjakarta. Kuil ini dikatakan ditemui pada tahun 1815 disebalik debu letusan gunung berapi. Pada tahun 1970, segala kerja pembaikan telah dilakukan sehingga memancarkan strukturnya yang dikatakan sebagai tempat suci untuk agama Buddha yang paling lengkap di dunia.

Candi Borobudur di Yogjakarta. Gambar oleh Snowscat dari Unsplash.

Selain tempat bersejarah, Indonesia juga kaya dengan alam semulajadi. Antaranya ialah Kawah Putih yang terletak di Bandung, Tangkuban Perahu, Bukit Kapur Sekapur dan banyak lagi! Seronok kalau berpeluang belajar di Indonesia ni!

4. MAKANAN YANG SEDAP- SEDAP!

Di Malaysia sahaja, sudah banyak lambakan makanan Indonesia. Bakso, Nasi Padang, Martabak Manis dan macam-macam lagi! Kecur air liur admin membayangkan makanan-makanan tu. Apatah lagi kalau dapat merasa. Sedapnya!

Soto ayam. Gambar oleh Twenty20Photos

Kebanyakan makanan Indonesia di Malaysia telah diolah sedikit mengikut cita rasa tempatan dan kekurangan bahan turut menyumbang kepada ketidakaslian rasa. Tetapi di Indonesia, segala masakannya adalah asli dan buatan orang Indonesia. Sudah pastinya anda akan dapat merasai perbezaan keaslian masakan Indonesia yang berada di Malaysia dengan yang tempatan dari Indonesia.

5. KOS PEMBELAJARAN DI INDONESIA MURAH

Tahukah anda dengan nilai serendah RM1,600 sahaja anda mampu melanjutkan pelajaran ke Indonesia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam? Ya, semurah itu! Sementara itu, dalam bidang Perubatan dan Pergigian, yuran pengajiannya bermula serendah RM12,000 sahaja bagi satu semester! Sangat berbaloi jika hendak dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Jika hendak dibandingkan dengan IPTS di Malaysia, harga yang ditawarkan di sana adalah jauh lebih murah! Sudahlah belajar murah, tempat pula menarik, ditambah dengan kos sara hidup yang rendah. Nikmat mana lagi yang anda mahu dustakan?

Buat masa ini, Zara Zakiah Education menawarkan lima bidang pengajian sahaja seperti Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Ijazah Sarjana Muda Pergigian, Ijazah Sarjana Muda Veterinar (Doktor Haiwan) dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di IPTA terkemuka yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia MQA, MMC, MDC, dan MVC di Indonesia.

Jadi apa lagi, jom belajar di Indonesia! Hubungi Zara Zakiah dengan segera untuk sebarang pertanyaan!

Website: https://zarazakiah.com.my/pra-pendaftaran/

Call: 03-8920 8119

WhatsApp: 011-1479 9976 / 014-806 8027

Atau anda boleh membuat appointment bersama kami untuk perbincangan lebih lanjut!


Posted 3 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES