Belajar perubatan di luar negara menjadi impian ramai pelajar Malaysia yang ingin mendapatkanpengalaman pendidikan global, peluang kerjaya lebih luas dan pendedahan teknologi perubatanterkini. Bidang seperti perubatan, pergigian dan veterinar antara yang mendapat permintaantinggi di peringkat antarabangsa. Malaysia sendiri menjalin kerjasama strategik dengan pelbagaiuniversiti luar negara bagi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar kita.
Untuk memastikan proses permohonan berjalan lancar, selamat dan efisien, ramai ibu bapa danpelajar memilih untuk mendapatkan bantuan daripada agensi profesional seperti Zara ZakiahEducation Sdn Bhd iaitu konsultan pendidikan yang diiktiraf dan berpengalaman dalammenguruskan permohonan belajar perubatan di luar negara
1. Indonesia
Universitas Gadjah Mada
Universitas Gadjah Mada merupakan universiti no 2 terbaik di Indonesia berdasarkan Qs World University Ranking 2025. UGM juga berada di kedudukan 126 terbaik Asia. Universitas GadjahMada mempunyai program perubatan yang memfokuskan kepada penekanan pendidikan doktorprofesional , praktikal dan berwawasan.
Universitas Airlangga,Surabaya
Universitas Airlangga, Surabaya berada di kedudukan 3 universiti terbaik Indonesia berdasarkanQs World University Ranking 2025 dan berada di kedudukan 136 Asia. UNAIR menawarkanprogram perubatan antarabangsa .Fakulti Perubatan UNAIR juga menawarkan pengajian pakardalam pelbagai bidang perubatan. Selain itu, Universitas Airlangga, Surabaya juga adamenawarkan pengajian dalam bidang pergigian, farmasi dan juga veterinar.
Universitas Brawijaya,Malang
Universitas Brawijaya, Malang berada di kedudukan 6 universiti terbaik Indonesia berdasarkanQs World University Ranking 2025 dan berada di kedudukan 287 terbaik Asia. UB menawarkanprogram perubatan yang efisien dan berkebolehan pasaran yang terbaik.
Universitas Andalas, Padang
Universitas Andalas, Padang berada di kedudukan 8 universiti terbaik Indonesia dan berada di kedudukan 611 Asia. UNAND menawarkan pelbagai program pengajian dan khususnya terdapatjuga program pengajian perubatan.
Universitas Sumatera Utara, Medan
Universitas Sumatera Utara, Medan berada di kedudukan 19 universiti terbaik Indonesia. USU menawarkan program pengajian perubatan dalam bidang Farmasi, Doktor dan juga Pergigian. Terdapat lebih 100 program pengajian yang ditawarkan melalui 10 fakulti dan sekolah siswaza. Program perubatan di USU merupakan program perubatan tertua di universiti itu.
2. Bangladesh
Mymensingh Medical College
Mymensingh Medical College menawarkan pengajian dalam bidang perubatan kedoktoran. Hospital MMC merupakan pusat rujukan perubatan dan menyediakan pelbagai perkhidmatanpakar yang terbaik di Bangladesh. MMC juga merupakan kolej perubatan awam dan merupakanhospital pengajar terbesar di Bangladesh.
Dhaka Dental College
Dhaka Dental College menawarkan pengajian dalam bidang pergigian. DDC diiktiraf olehBangladesh Medical dan Dental Council. Dhaka Dental College merupakan kolej pergigianawam pertama di Bangladesh dan kini merupakan kolej pergigian terbesar dalam negara.
Bangladesh Agricultural University
Bangladesh Agricultural University menawarkan pengajian dalam bidang veterinar. BAU merupakan universiti pertanian awam di Bangladesh. Fakulti Sains Veterinar menjadi fakultiutama bagi program veterinar di Bangladesh.
3. Mesir
Universiti Mansoura
Universiti Mansoura yang terletak di bandar Mansoura, Mesir dan berada di tengah-tengah Delta Nil.Universiti Mansoura mempunyai pelbagai program pengajian dan di universiti ini juga mempunyai program perubatan yang terbaik dalam bidang kedoktoran. Program perubatan di Mansoura diiktiraf oleh WHO’s World Directory of Medical Schools. University Mansoura berada di kedudukan ke-3 tertinggi di Mesir dan berada dalam kumpulan terbaik dunia dalambidang perubatan.
Universiti Alexandria
Universiti Alexandria merupakan antara universiti terbesar di Mesir dan mempunyai banyakhubungan dengan pelbagai universiti di dunia. Universiti Alexandria menawarkan pelbagaiprogram pengajian antaranya dalam bidang perubatan iaitu pergigian. Universiti Alexandria mempunyai hospital pengajaran yang terbesar di Mesir. Fakulti Perubatan di UniversitiAlexandria juga merupakan fakulti tertua di universiti tersebut.
4. Russia
Russian State Medical University
Russian State Medical University merupakan universiti perubatan yang terletak di Moscow. RSMU menawarkan pelbagai bidang pengajian yang berasaskan perubatan. RSMU diiktiraf olehKementerian Pendidikan dan Kesihatan Rusia. RSMU berada di kedudukan ke-4 di Rusia dalambidang Perubatan
Kursk State Medical University
Kursk State Medical University merupakan universiti perubatan tertua yang mengajar program perubatan, pergigian dan farmasi. Medium pengajar di KSMU menggunakan medium bahasaInggeris. University ini juga pernah dianugerahkan Order of the Red Banner of Labour ataspenyelidikan dan sumbangan dalam bidang perubatan. KSMU juga diiktiraf oleh badanperubatan seperti di India, UK dan AS.
Cabaran Ketika Ingin Sambung Belajar Ke Luar Negara
Ramai pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam pelbagai bidang. Terdapatpelbagai cabaran yang mereka terpaksa harungi dan hadapi untuk mencapai cita-cita dan hajatmereka demi masa depan yang cerah dan terunggul.
Antara cabarannya ialah :
1. Tidak faham proses untuk memohon
2. Sukar membuat pilihan atau kurus yang terbaik
3. Tidak cukup masa untuk membuat proses permohonan
4. Mencari konsultant pendidikan yang lebih dipercayai
Dengan semua masalah ini, anda boleh mendapatkan saranan dan juga boleh berunding dengankonsultan pendidikan yang ada menawarkan khidmat ini. Jangan biarkan kekeliruan menghalanganda. Zara Zakiah Education Sdn Bhd akan membantu anda dari A-Z iaitu proses pendaftaran, penempatan, urusan visa dan pemudahcara kepada ibu bapa.
Siapa Konsultan Pendidikan dan Apa Peranan Mereka?
Konsultan Pendidikan merupakan individu yang bertauliah yang memberikan penerangan danmembantu anda daripada A-Z terhadap sebarang persoalan dan kekeliruan anda untukmenyambung pelajar ke luar negara.
Selain itu, Konsultan Pendidikan juga membantu :
1. Memberi nasihat kursus & universiti luar negara
2. Menyediakan dokumen lengkap & kemas kini
3. Menguruskan permohonan visa pelajar
4. Menjadi penghubung antara pelajar & universiti
5. Membantu hingga pelajar selamat tiba dan mendaftar
Kelebihan Menggunakan Konsultan Pendidikan
Menggunakan Zara Zakiah Education untuk belajar perubatan di luar negara memberi pelbagaikelebihan:
1. Bayaran percuma atas konsultasi
2. Proses lebih cepat dan pantas
3. Akses yang lebih banyak kepada pilihan universiti di luar negara
4. Pengurusan lebih profesional
5. Bimbingan penuh bermula permohonan hingga daftar masuk di Universiti
Langkah-langkah Untuk Menyambung Pelajaran ke Luar Negara melalui KonsultanPendidikan
Untuk pelajar yang ingin belajar perubatan di luar negara, berikut ialah langkah yang disarankanoleh Zara Zakiah Education:
1. Mencari Syarikat Konsultan pendidikan seperti Zara Zakiah Education Sdn Bhd
2. Membuat temu janji dan bertemu secara bersemuka
3. Terima Khidmat Kaunseling Percuma
4. Pilih Universiti dan Kursus
5. Sediakan dan Serahkan Dokumen
6. Hantar Permohonan melalui Konsultan
7. Terima Surat Tawaran (Offer Letter)
8. Mohon Visa Pelajar (dibantu konsultan)
9. Sertai sesi taklimat pra-keberangkatan
10. Berlepas ke negara pilihan
11. Program Persediaan Pelajar
Kesimpulan
Menyambung pelajaran ke luar negara bukanlah satu perkara yang sukar tetapi akan menjadimudah apabila anda di bantu oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu konsultant pendidikan. Dengan bantuan konsultan pendidikan anda akan dapat menjimatkan masa dan proses untukmelanjutkan pelajar lebih mudah dan terurus.
Hubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd hari ini untuk sesi kaunseling PERCUMA dan bantukami realisasikan impian anda untuk belajar perubatan di luar negara. Anda boleh melayarizarazakiah.com.my dan di semua platform media sosial Zara Zakiah Education Sdn Bhd.
Peluang belajar di luar negara sedang menanti anda! Hubungi sekarang di WhatsApp En.Annawi 014-8068027) untuk maklumat penuh
Add a comment