Bidang perubatan ni bukanlah bidang yang selorong saja tapi ada banyak cabang-cabangnya.
Tapi kalau anda berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang ni, mestilah anda dah tahu perkara ini, kan?
Apa? Tak berapa tahu sangat pasal cabang-cabang perubatan dan laluan nak masuk ke bidang perubatan?
Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda antara cabang perubatan yang utama dan macam mana anda nak masuk ke bidang tersebut.
Teruskan membaca sampai habis tau sebab ada perkongsian khas bagi mereka yang nak sambung belajar ke luar negara!
Secara dasarnya, bidang perubatan boleh dibahagikan kepada beberapa disiplin utama dan setiap satu ini mempunyai fokus kepada bahagian-bahagian tertentu dalam perubatan.
Perubatan ialah salah satu cabang sains hayat yang berkaitan dengan penjagaan dan pengekalan kesihatan.
Biasanya istilah perubatan banyak digunakan untuk perkara berkaitan dengan kedoktoran.
Dalam disiplin perubatan, antara cabangnya adalah general medicine, renal medicine, emergency medicine, respiratory medicine, rehab medicine, oncology dan banyak lagi.
Patologi adalah berkaitan dengan kajian penyakit yang melihat kepada perubahan struktur atau fungsi organ yang menyebabkan sesuatu penyakit.
Kajian ini melibatkan analisis sampel cecair badan atau tisu di makmal patologi berdasarkan jenis ujian yang diperlukan.
Ujian yang dijalankan adalah mengikut disiplin utama bidang patologi iaitu hematologi, patologi kimia, mikrobiologi dan patologi anatomik.
Bidang perubatan yang melibatkan wanita adalah seperti general OB/GYN, obstetric, gynae oncology, fetal maternal dan banyak lagi.
Bidang ini menumpukan kepada penyakit, rawatan dan kesihatan wanita memandangkan terdapat penyakit yang khusus kepada wanita seperti kanser payudara.
Dua bahagian yang sering diberikan tumpuan adalah kelahiran melalui pembedahan yang melibatkan obstetrik dan ketumbuhan ovari yang melibatkan ginekologi.
Ahli psikiatri berbeza tau dengan ahli psikologi, jangan tersilap.
Ahli psikiatri mempunyai ijazah perubatan manakala psikologi mempunyai ijazah peringkat doktor falsafah dalam bidang psikologi.
Jadi untuk artikel kali ini, kita membincangkan tentang psikiatri.
Psikiatri merupakan salah satu daripada beberapa profesional dalam bidang kesihatan mental.
Antara jenis psikiatri adalah ketagihan, dewasa, remaja dan kanak-kanak, forensik, geriatrik dan neuropsychiatrist.
Pembedahan merupakan satu bidang rawatan perubatan yang melibatkan pemotongan tubuh badan untuk tujuan khusus.
Pelbagai cabang kerjaya yang boleh diceburi melalui disiplin ini seperti podiatri, pergigian, ortodontik dan veterinar
Selain itu, pembedahan juga membawa kepada general surgery, ENT, ophthalmology, urology, neurosurgery, cardiothoracic surgery dan banyak lagi.
Bidang perubatan yang berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak dalam julat umur bermula dari baru dilahirkan sehinggalah dalam 18 tahun dinamakan pediatrik.
Bidang ini merangkumi pelbagai aspek perkembangan seperti psikologi, kecacatan dan penyakit yang melibatkan kanak-kanak.
Antara laluan kerjaya yang anda boleh ceburi adalah general paediatric, community paediatric dan paediatric cardiologist.
Dah tahu serba sedikit tentang bidang perubatan kan?
Mesti nak tahu macam mana nak masuk dalam bidang ni jadi jom kami kongsikan.
Untuk pengetahuan anda, bermula 2011, Majlis Perubatan Malaysia (MPM) menetapkan syarat untuk mendaftar sebagai status doktor pelatih (housemanship).
Syarat-syarat tersebut termasuklah:
Bila syarat dah dipenuhi, barulah boleh buat pilihan laluan untuk sambung belajar bidang perubatan.
Selain syarat-syarat di atas, MPM juga menetapkan keputusan SPM untuk memohon status HO adalah minima 5B dalam Biologi, Fizik, Matematik / Matematik Tambahan & subjek lain.
Biasanya, Kimia merupakan subjek penting dengan tambahan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran sains lain (biasanya Biologi atau Fizik).
Kebanyakan pemohon akan memilih tiga atau lebih mata pelajaran sains yang akan memberikan mereka kelebihan berbanding calon dengan hanya dua mata pelajaran sains.
Salah satu jalan adalah ke tingkatan 6 atau matrikulasi tetapi anda perlu mengambil aliran sains kerana aliran sains saja yang dibenarkan untuk ke peringkat ijazah dalam bidang perubatan.
Keperluan minima keputusan pula: CGPA perlu mencapai 3.0 bagi Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik dan band 3 bagi MUET.
Bagi pelajar tingkatan 6, syarat tambahan adalah anda perlu mendapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Pengajian Am.
Program asasi biasanya ditawarkan di IPTA di Malaysia dan ianya di bawah kuasa KPT.
Kelayakan ke asasi sama seperti ke matrikulasi: min. CGPA 3.0 bagi 3 mata pelajaran dan band 3 MUET.
Diploma IB merupakan program pra-universiti yang mendapat pengiktirafan antarabangsa yang ditadbir oleh Internatinal Baccalaureate Organisation (IBO) di Geneva, Switzerland.
Tempohnya adalah selama 2 tahun (4 semester) dan mata pelajaran utama yang perlu diambil adalah HL Kimia, HL Biologi dan SL Matematik.
Diploma Sains mempunyai 5 semester dengan 190 jam kredit yang tertumpu kepada subjek sains tulen (Biologi, Kimia dan Fizik).
Pada semester 4, pelajar perlu memilih sama ada mengambil aliran sains hayat atau sains fizikal – sains hayat adalah bagi doktor perubatan.
Syarat minima CGPA adalah 3.75 dan minimum gred B bagi Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan dalam SPM.
Selepas melalui salah satu laluan yang dikongsikan di atas, maka anda sudah selangkah untuk menyambung pengajian ke tahap ijazah sarjana muda perubatan.
Tetapi, akan ada sesi temuduga dulu oleh IPTA yang terpilih sebelum nak sambung degree tu.
Perjalanan ini bukanlah semudah yang disangka kerana banyak persaingan tau!
Jadi, bagi mereka yang tak berpeluang menyambung bidang perubatan di dalam negara, apa kata cuba nasib di luar negara?
Kalau anda berminat, cepat-cepat hubungi Zara Zakiah Education Sdn Bhd! Kenapa?
Sebab Zara Zakiah ialah agensi yang membantu menguruskan pelajar yang berminat untuk sambung pelajaran di luar negara.
Antara negara yang menawarkan program perubatan yang mempunyai Memorandum of Understanding Agreement (MOU) dengan Zara Zakiah adalah Mesir, Rusia, Indonesia dan Bangladesh.
Selain daripada bidang perubatan, Zara Zakiah turut membantu pelajar menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar.
Zara Zakiah akan membantu anda sepertimana mereka telah membantu lebih daripada 600 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 14 tahun.
Jadi, tunggu apa lagi?
Lanjut Pelajaran dalam Program Perubatan di Luar Negara dengan Bantuan Zara Zakiah!
Add a comment