Comments
Sekiranya ketika spm bukan aliran sains tapi aliran sains oertanian
Tapi ambik asasi sains
Kemudian ijazah sains veterinar?
Masih boleh kah jadi pegawai veterinar
Atau tidak boleh
Sejak akhir-akhir ini kerjaya doktor veterinar semakin mendapat permintaan dalam masyarakat.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Veterinar, Datuk Dr Kamarudin Md Isa, “Veterinar di negara juga dilihat mencukupi namun masih ada keperluan untuk menampung jumlah sedia ada,” .
Beliau menegaskan hanya dua universiti mengeluarkan 140 hingga 150 graduan doktor veterinar iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) setiap tahun.
Menjelaskan perkara itu, beliau berkata bilangan yang dikeluarkan oleh dua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu ditambah, namun bukan secara mendadak (berperingkat).
Doktor veterinar atau dikenali juga sebagai doktor haiwan ini tidak tertakluk bekerja di klinik atau hospital haiwan sahaja, bahkan juga membuat khidmat pengimejan dan diagnosis makmal, endoskopi, sonografi, pembedahan jantung dan rawatan kanser berdasarkan kepada kes yang dikendalikan tidak kiralah membabitkan haiwan kesayangan, haiwan besar, avian, eksotik dan hidupan liar.
Menurut Dr. Puteri Azaziah Megat Abdul Rani, Doktor Veterinar di Hospital Veterinar Universiti (UVH), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Bidang tugas golongan profesional ini semakin meluas seiring perkembangan masyarakat hari ini, antaranya termasuklah keselamatan makanan dan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit zoonotik atau penyakit bawaan haiwan.
Katanya juga, antara cabaran yang dihadapi oleh doktor veterinar ialah memberi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit bawaan haiwan seperti kencing tikus dan wabak rabies atau anjing gila supaya ia tidak menular sekaligus mendatangkan kemudaratan dalam masyarakat.
“Meski pun waktu kerja sebagai doktor veterinar mungkin tidak kelihatan sibuk sebagaimana doktor perubatan yang merawat manusia tetapi ia tetap mempunyai cabaran tersendiri apabila berdepan dengan pesakit yang tidak boleh bercakap (haiwan) sebaliknya keseluruhan maklumat perlu diperoleh daripada penjaga mereka seterusnya menuntut doktor untuk lebih peka semasa membuat pemeriksaan fizikal terhadap pesakit untuk mengenali punca penyakit” tambah beliau.
Lulusan bidang veterinar ini juga boleh mendapatkan pekerjaan di ladang dan industri ternakan serta pengeluaran makanan, klinik haiwan, agensi kerajaan, zoo, makmal haiwan, pensyarah di universiti dan membuka klinik haiwan sendiri.
Bagi pelajar yang berminat, universiti awam yang menawarkan kursus yang melayakkan mereka bergelar doktor perubatan veterinar adalah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Pengajian melibatkan lima tahun, yang terdiri dari pre-klinikal, para-klinikal dan klinikal.
Permulaan langkah bagi lepasan SPM adalah seperti berikut:
SPM |
Asasi Sains Pertanian, UMK atau |
Doktor Perubatan Veterinar |
Asasi Sains UMK-MARA atau | ||
Matrikulasi atau | ||
STPM atau | ||
Diploma |
Bagi memasuki Asasi Sains Pertanian di UPM, pelajar perlu mendapat sekurangnya (Syarat Minima) Gred B bagi matapelajaran Biologi, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik/Sains Pertanian dan mendapat Gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris.
Setelah memenuhi syarat kemasukan ijazah dan melepasi temuduga, baru pelajar akan ditawarkan program Doktor Perubatan Veterinar.
Begitu juga bagi memasuki Asasi Sains UMK-MARA iaitu mendapat sekurangnya 5 Kepujian (Gred C) dan satu (1) Lulus Bersyarat (Gred D) dari tiga mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta mana-mana 3 daripada mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Pertanian, Sains dan Geografi.
Setelah memenuhi syarat kemasukan ijazah dan melepasi temuduga, baru pelajar akan ditawarkan program Doktor Perubatan Veterinar.
Bagi mana-mana pelajar yang AMAT BERMINAT untuk mengambil jurusan Doktor Haiwan ini disarankan untuk skor yang terbaik sama ada keputusan SPM, Asasi/STPM/Matrikulasi/Diploma atau setaraf kerana kuota ambilan bagi kursus ini agak sedikit dan menyebabkan persaingan tinggi.
Tambahan pula tiada institusi swasta yang menawarkan jurusan ini sebagai alternatif pelajar sekiranya tidak mendapat tempat di IPTA (*berdasarkan carian sehingga tarikh penulisan artikel ini).
Oleh yang demikian, segelintir pelajar telah mengambil inisiatif untuk menyambung pengajian di luar negara seperti di Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia yang mana setaraf dengan UPM, di University of Sydney, Australia (Antara universiti terbaik dalam bidang perubatan veterinar), ada juga yang memilih untuk belajar di Bangladesh Agricultural University, Bangladesh.
Pertanyaan lanjut, berkenaan peluang pengajian di luar negara ini boleh sahaja hubungi 014-806 8027 atau 011-1479 9976.
Sekiranya pelajar berniat untuk sambung pengajian di luar negara, sebaiknya kursus yang ditawarkan tersebut mendapat pengiktirafan Malaysian Veterinary Council (MVC).
Untuk pengetahuan juga, pelajar perubatan veterinar UPM tahun akhir akan menduduki peperiksaan yang dinamakan ‘Comprehensive Examination’ yang dijalankan oleh pemeriksa luar yang dipilih daripada universiti, ini termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, EU, Australia dan New Zealand.
Rujukan:
Sekiranya ketika spm bukan aliran sains tapi aliran sains oertanian
Tapi ambik asasi sains
Kemudian ijazah sains veterinar?
Masih boleh kah jadi pegawai veterinar
Atau tidak boleh
Add a comment