BLOG

PENGALAMAN URUSAN PELAJAR VETERINAR KE IPB 2024

PENGALAMAN URUSAN PELAJAR VETERINAR KE IPB 2024

PENGALAMAN URUSAN PELAJAR VETERINAR KE IPB 2024

SELASA (6 Ogos 2024) – Hari pertama bermula seawal jam 4.30 pagi. Penerbangan kami dijadualkan berlepas jam 10.30 pagi. Kebiasaannya bagi penerbangan antarabangsa penumpang dinasihatkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) empat jam awal dari jam penerbangan. Bersiap dan terus bergerak ke KLIA jam 5.30 pagi. Kami berkumpul di KLIA jam 6 pagi menunggu pelajar dan ibu bapa sampai di tempat yang telah dijanjikan. Selesai penyerahan dokumen dan timbang beg, kami semua segera check-indi kaunter yang telah dibuka. Pada tahun ini kami menaiki Pesawat Penerbangan Air Asia. Seramai tiga orang pelajar bagi kemasukan Program Veterinar / Doktor Haiwan, bersama duaorang pegawai pengiring iaitu Encik Annawi dan Encik Nazrin mengiringi pelajar selama 5 hari 4 malam di Institut Pertanian Bogor Universiti (IPB) nanti.

Kami berlepas tepat jam 10.30 pagi dan tiba pada jam 12.30 tengahari. Penerbangan inihanya mengambil masa 2 jam sahaja dari KLIA. Dekat kan?? Kami mendarat di LapanganTerbang Antarabangsa Soekarno Hatta di Jakarta. Jakarta ini terletak di Pulau Java. Selepasselesai urusan imigresen yang dibantu oleh Encik Nazrin, pelajar dibawa ke kedai telcoberhampiran bagi urusan penukaran sim kad Indonesia yang diuruskan oleh Encik Annawi.

Van yang kami akan naiki ke Bandar Bogor dari Jakarta sudah sedia menunggu. Selesaisahaja pelajar menukar sim kad masing-masing, para pekerja van sudah bersedia menyambutkami di pintu ketibaan dengan senyuman. Pelajar akan terus menaiki van yang telahmenunggu sambil menjamu makanan ringan roti dan air mineral yang pihak kami sediakan. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di Jakarta ke Bandar Bogor memakan masa dalam 2 jam perjalanan.

Kami tiba di Bandar Bogor sekitar jam 6.00 petang setelah berhenti sebentar di hentian rehatbagi menunaikan solat dan makan tengahari. Bandar Bogor boleh diibaratkan seperti Kajang, tapi dengan suasana yang sangat padat dan sentiasa jammed. Kami terus ke penginapan yang tidak jauh dari Bandar Bogor sekitar 30 minit oleh kerana terlalu macet bak kata orang tempatan. Setibanya kami di penginapan sekitar jam 6.30 petang, kami disambut oleh pegawai penginapan yang setia menunggu. Pekerja-pekerja di penginapan akan membawabeg pelajar terus ke bilik masing-masing. Makan malam juga telah disediakan oleh pihakpenginapan. Seterusnya apa lagi?? Rehat la duluu =)

RABU (7 Ogos 2024) – Aktiviti hari kedua bermula dengan tour sekitar universiti bersamaEncik Annawi dan Encik Nazrin. Pelajar Program Veterinar / Doktor Haiwan di InstitutPertanian Bogor Universiti (IPB) ini dibawa berjumpa dengan wakil pengurusan universitibagi menerangkan proses-proses dokumentasi pelajar seperti VISA / KITAS. Selain itu, pelajar dan ibu bapa juga mengambil kesempatan bergambar bersama di Bangunan ArkibUniversiti sebagai tanda kenangan pertama mendafatar sebagai pelajar Program Veterinar / Doktor Haiwan di Institut Pertanian Bogor Universiti (IPB). Seterusnya kami membawapelajar untuk daftar akaun Bank Indonesia bagi memudahkan keperluan pelajar di sanaseperti membuat transaksi jual beli harian. Kira-kira jam 1 petang kami meneruskan aktivitihari kedua dengan membawa pelajar membeli keperluan harian di pasaraya berhampiranseperti di TransMart. Segala keperluan harian yang tidak dibawa dari Malaysia sepertihanger, mug cawan pinggan, penyapu sampah dan lain-lain boleh dibeli di sini sahaja. Pegawai pengiring kami akan memberi nasihat dan cadangan keperluan yang penting untuktinggal selesa di penginapan. Setelah selesai urusan membeli barang keperluan, pelajarpulang awal ke penginapan bagi menyiapkan mental dan fizikal Program Orientasi PelajarBaru Program Veterinar / Doktor Haiwan di Institut Pertanian Bogor Universiti (IPB).

KHAMIS (8 Ogos 2024) – Hari bermulanya bagi pelajar Program Veterinar / Doktor Haiwandi Institut Pertanian Bogor Universiti (IPB). Pelajar harus ke Fakulti seawal jam 4 pagisehingga jam 4 petang bagi mengikuti Program Orientasi Pelajar Baru Program Veterinar / Doktor Haiwan. Pelajar baru harus bersedia dengan kemeja putih, seluar / skirt hitam dan berkasut hitam memenuhi keperluan SOP Program Orientasi ini. Di sebelah malam pula, aktiviti diteruskan dengan gathering pelajar baru dengan senior Program Veterinar / DoktorHaiwan di Institut Pertanian Bogor Universiti (IPB). Program gathering ini bertujuan untuksesi suai kenal antara pelajar baru dan senior dalam kalangan pelajar di bawah Zara ZakiahEducation Snd Bhd. Selain itu, ibu bapa pelajar baru juga boleh mengenali pelajar senioryang lebih berpengalaman di sana serta dapat memberi nasihat berguna kepada pelajar baruProgram Veterinar / Doktor Haiwan ini. Diharapkan juga ikatan silaturahim ini dapatdikekalkan sehingga mereka tamat pengajian di Institut Pertanian Bogor Universiti (IPB).

JUMAAT (9 Ogos 2024) – Pelajar baru Program Veterinar / Doktor Haiwan memulakan sesikelas pertama mereka. Tahun pertama sehingga tahun kedua pelajar di Institut PertanianBogor Universiti (IPB) ini akan belajar lebih kepada teori pembelajaran. Tahun ketiga dan keempat lebih kepada praktikal pembelajaran. Seterusnya tahun kelima dan keenam harusmelengkapkan latihan industri di klinik-klinik sekitar Bandar Bogor, Bandar Bandung dan Jakarta. Mari kita berdoa supaya semua pelajar Malaysia yang mengikuti Program Veterinar / Doktor Haiwan di Institut Pertanian Bogor Universiti (IPB) ini diberikan kekuaatanmenamatkan perjuangan menjadi seorang Veterinar / Doktor Haiwan yang berjaya di Malaysia kelak. Pada hari keempat ini juga pegawai pengiring kami iaitu Encik Annawi dan Encik Nazrin serta ibu bapa yang mengikuti rombangan ini akan bergerak pulang ke Jakarta. Segala amanat terakhir telah disampaikan kepada pelajar baru Program Veterinar / DoktorHaiwan ini. Diharapkan segala pengorbanan dan air mata ibu bapa yang bersusah payahmenjadikan pelajar-pelajar ini menjadi insan yang hebat dapat pada masa akan datang dapatdi balas dengan segulung Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar. Amin.

Tamat sudah vlog ringkas perjalanan kami menguruskan pelajar Program Veterinar / DoktorHaiwan di Institut Pertanian Bogor Universiti (IPB) ini. Bagi adik-adik pelajar yang berminatatau bercita-cita ingin menjadi seorang Veterinar / Doktor Haiwan boleh la hubungi Encik Nazrin di talian 011-14799976 bagi mendapatkan konsultasi secara percuma! Mana tahu andaadalah pelajar baru Program Veterinar / Doktor Haiwan di Institut Pertanian Bogor Universiti(IPB) untuk sesi seterusnya, kita doakan! Permisi yaa.. Byeee….

Jangan lupa follow kami yaa ~~

Website : https://zarazakiah.com.my/

Instagram : https://www.instagram.com/zarazakiaheducation/

Facebook : https://www.facebook.com/zarazakiahofficialhq

Tiktok : https://www.tiktok.com/@zarazakiaheducation


Posted 1 week ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES