Rusia merupakan sebuah negara Eropah yang selalunya dijadikan sebagai pusat pendidikan perubatan dan dikenali sebagai pusat pendidikan perubatan dengan kos terendah di benua Eropah. Rusia atau dikenali sebagai Uni Soviet, negara yang semakin membangun, juga merupakan sebuah negara yang berdaulat di Eurasia Utara. Kini, Rusia dijadikan sebagai hot spot bagi pelajar luar negara untuk melanjutkan pengajian tinggi, dalam bidang perubatan, sains perubatan juga kejuruteraan pesawat. Universiti-universiti perubatan di Rusia juga sangat dikenali di serata dunia.
Antara faktor utama pemilihan pengajian perubatan di Rusia adalah:
Pelajar Perubatan dengan variasi pelajar dari seluruh pelusuk dunia.
1.Standard pendidikan perubatan di Rusia adalah antara yang tertinggi dengan banyaknya kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh institusi pengajian tinggi di sini. Kerajaan Rusia telah banyak berusaha membangunkan universiti dan mengekalkan standard sistem pendidikan perubatannya yang lebih canggih. Tidak hairanlah, Rusia telah tercalon dalam ‘Top 100 Medical Universities’ oleh WHO. Secara tidak langsung, perkara ini memberi suatu nilai tambah buat para penuntut pengajian perubatan di Rusia dari sudut pengetahuan, kajian dan penggunaan teknologi terkini.
2. Bahasa Inggeris merupakan medium yang digunapakai semasa kelas dan pembelajaran. Selain itu,tidak terhad hanya di kelas, banyak latihan amali yang dilakukan. Pelajar juga akan senang untuk belajar tanpa perlu khuatir akan batasan bahasa. Walau bagaimanapun, bahasa Rusia diperlukan sebagai komunikasi dengan pesakit ketika pelajar menjalani Latihan Klinikal. Jangan risau kerana kebiasaannya setelah setahun dua belajar di Rusia, pelajar sudah boleh menguasai bahasa Rusia yang asas.
Sebagai tambahan informasi, terdapat Peperiksaan Kemasukkan bagi para pelajar yang berminat untuk mengambil pengajian perubatan atau MD di Rusia ini. Maka, para pelajar perlu bersiap-sedia untuk menghadapi peperiksaan ini.
3. Fasiliti di Rusia dijaga dengan baik dan keselamatan juga terjamin. Para pelajar boleh menikmati kesemua fasiliti yang disediakan pihak universiti seperti asrama, perpustakaan, pusat sukan dan lain-lain. Pelajar tidak perlu risau akan keselamatan di sana namun langkah berhati-hati masih perlu diambil.
4. Rusia mempunyai 4 musim di mana pelajar-pelajar boleh menikmati musim salji, musim luruh, musim panas dan musim bunga, sebuah pengalaman yang tidak dapat dirasai di Malaysia. Bergambar pada musim-musim sebegini pasti menjadi keinginan setiap individu. Pastinya, tawaran yang sangat menarik bagi pelajar yang akan melanjutkan pengajian perubatan ke Rusia, selain seni binanya yang pelbagai dan persekitaran yang menarik. Rusia juga adalah cadangan tempat pengajian perubatan yang terbaik untuk mendapatkan MD di Eropah.
Perayaaan Maslenitsa untuk menyambut Musim Bunga setelah Musim Sejuk.
Pengajian Perubatan di Rusia menerima pelajar lepasan Asasi, Diploma, A-level atau setaraf dengan PNGK minima 3.00. Kami, Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. menawarkan servis penghantaran pelajar bermula dari pengurusan dokumen pendaftaran sehingga pelajar selamat sampai di penempatan pelajar dalam negara yang berkenaan. Selain Rusia, Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. juga menawarkan peluang untuk belajar ke Bangladesh, Indonesia dan Mesir. Kebanyakan pelajar berminat untuk sambung pengajian di bidang perubatan, pergigian juga veterinar atau doktor haiwan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh WhatsApp atau hubungi terus 011-3506 2197 atau layari laman web ini http://bit.ly/peluangbelajarluarnegara
Add a comment