Terdapat banyak organisasi dan syarikat yang menawarkan pinjaman pelajaran untuk para pelajar yang layak.
Pendidikan merupakan salah satu pelaburan yang sangat penting untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.
Pada tahun lepas, indeks gred purata nasional meningkat daripada 3.86 kepada 3.74 daripada tahun sebelumnya. Ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
Golongan cerdik pandai meningkat di negara kita. Namun begitu, tidak semua berupaya untuk menanggung kos pelajaran semasa di institut pengajian tinggi.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan secara ringkas beberapa pinjaman pelajaran yang dapat membantu anda menampung kos ketika sambung belajar.
1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan salah satu pinjaman pelajaran yang paling popular dan penting di Malaysia. Ia ditubuhkan untuk membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi tetapi menghadapi kekangan kewangan.
Syarat Kelayakan PTPTN:
Untuk memohon pinjaman PTPTN, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
2. Pinjaman MARA
Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah salah satu sumber bantuan kewangan yang sangat penting bagi pelajar Bumiputera di Malaysia. MARA menawarkan pelbagai jenis pinjaman dan biasiswa untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian mereka di dalam dan luar negara
Syarat Kelayakan Pinjaman MARA:
3. JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)
Program biasiswa JPA adalah antara pinjam yang kompetitif di negara ini. Matlamatnya untuk melahirkan graduan berkualiti yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Syarat Kelayakan JPA:
4. Pinjaman Swasta
Selain daripada pinjaman pelajaran yang disediakan oleh kerajaan seperti PTPTN dan JPA, terdapat juga pilihan pinjaman pelajaran yang ditawarkan oleh institusi kewangan swasta di Malaysia. Antaranya seperti bank Maybank, Hong Leong Bank, RHB Bank dan CIMB Bank.
Syarat Kelayakan Pinjaman Swasta:
Setiap pinjaman pelajaran mempunyai kelebihannya tersendiri walaupun syarat kelayakan lebih kurang sama.
Anda perlu melayari laman web utama untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting terutamanya tarikh dan tempoh permohonan dibuka dan ditutup.
Mari Sambung Belajar Bersama Zara Zakiah Education
Jika anda dalam pencarian universiti yang sesuai dengan kelayakan anda, dapatkan konsultasi daripada kami.
Bagaimana Zara Zakiah Education dapat membantu memudahkan proses untuk melanjutkan pelajaran khususnya ke luar negara?
Hubungi kami untuk melanjutkan pelajaran anda di luar negara dengan mudah.
Add a comment