Rusia Sebagai Paru-Paru Eropah

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Nama Rusia telah meniti di bibir masyarakat dek kerana kemajuannya di bidang teknologi dan perubatan. Rusia merupakan negara terbesar di dunia, ia dikenali sebagai “paru-paru Eropah” kerana hutannya adalah antara yang terbesar di dunia selepas hutan Amazon. Ramai yang belum tahu akan keindahan di bumi Rusia ini. Negara yang besar dan menyimpan 1001 rahsia.

Lena’s Stone Forest

Berikut adalah ‘funfacts’ tentang Rusia sebagai paru-paru Eropah:

  • Rusia mempunyai banyak sempadan antaranya di 15 negara, seperti Azerbaijan, Belarus, China, Estonia, Finland, Georgia, Kazakhstan, Korea Utara, Poland dan Ukraine. Penduduk Rusia terdiri dari pelbagai etnik dan bangsa. Ia memberikan para pelancongnya pengalaman unik untuk merasai pelbagai makanan dari pelbagai bangsa dan budaya.
  • Di sini, lahirnya Yuri Gagarin, angkasawan terkenal yang berasal dari Rusia malahan ramai saintis dan penulis yang termasyhur lahir di sini seperti Dostoevsky, Chekhov dan Tolstoy. Rusia telah melahirkan ramai cerdik pandai dari pelbagai bidang dan membolehkan mereka menjadi buah mulut pelbagai negara.
  • Moscow adalah kota terbesar di Eropah. Populasinya telah mencecah hampir 10.5 million dan akan bertambah sehingga 16 million pada tahun 2020.
  • Pengangkutan Metro di Rusia adalah antara pengangkutan yang terlaju seperti di Jepun. Pelancong tidak perlu risau kerana kelajuannya ini telah memudahkan perhubungan antara bandar ke bandar yang lain. Secara tidak langsung, aktiviti penerokaan negara Rusia bertambah mudah!
Salah satu Stesen Metro di Rusia
  • Dari segi karakter dan sifat, Rusia terkenal dengan keramahannya. Ia adalah aspek yang utama dalam karakter mereka. Terkenal dengan “jiwa Rusia yang luas”. “Nature” mereka, setiap tetamu yang hadir wajib diberikan kopi, ataupun kek sebagai tanda penghargaan. Rakyat Rusia sangat peramah dan bersikap terbuka, malah, di setiap majlis keraian, ianya menjadi kebiasaan jika kawan dan saudara mara hadir tanpa diundang. Pelancong yang hadir tidak perlu risau kerana rakyat Rusia sangat ramah dan terbuka. Seterusnya, membolehkan kita membina persahabatan dan ‘network’ dengan mereka.
  • Dari segi arkeologi, Gunung Ural menyimpan pelbagai batu dan mineral yang berharga. Lebih dari 200 jenis batu dan mineral yang tersimpan di pedalaman gunung ini, antaranya termasuklah asbestos, kristal batu, zircon dan emas. Rusia juga kaya dengan perhiasan seperti emas, gelang dan cincin yang dibentuk menggunakan pelbagai mineral yang ada di negara mereka.
  • Pada akhir bulan Jun, terdapat satu fenomena yang dinamakan “White Nights”, di Saint Petersburg iaitu waktu malam mereka seakan senja disebabkan matahari yang tidak terbenam sepenuhnya di ufuk. Pelancong yang hadir dapat menikmati dan melihat fenomena ini, yang tak dapat kita rasai di negara kita.
White Nights Festival di St. Petersburg, Rusia
  • Rusia terkenal dalam ilmu kedoktoran dan ramai doktor yang lahir di sini. Teknologi mereka yang sentiasa berkembang pesat mendorong kepada sebuah kemajuan. Rusia menjadi pusat bagi pelajar untuk mendapatkan ijazah MD. Tambahan pula, alatan dan keperluan mereka sentiasa ‘up to date’ dan canggih. Pelajar tidak perlu risau akan kemunduran peralatan. Sehubungan itu, ramai bakal-bakal doktor yang dilahirkan di sini.
  • Sekiranya berminat untuk sambung pengajian di Rusia, boleh sahaja hubungi 011-3506 2197 (Aqila) atau layari http://bit.ly/peluangbelajarluarnegara

Berikut telah dinyatakan fakta ringkas tentang Rusia. Mesti ada yang tidak sabar mahu ke sana, kan? Apa pendapat pembaca pula? Boleh tinggalkan di ruangan komen.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

Admin

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags