BLOG

SAMBUNG IJAZAH SARJANA MUDA PERGIGIAN MENGGUNAKAN KEPUTUSAN SPM

Sambung Ijazah Sarjana Muda Pergigian Menggunakan Keputusan SPM

Sambung Ijazah Sarjana Muda Pergigian Menggunakan Keputusan SPM

Peperiksaan SPM baru sahaja selesai pada awal Disember lalu. Maka sudah pastinya ramai pelajar lepasan SPM sudah mula mendapatkan info untuk menyambung pengajian selepas keputusan SPM keluar nanti. Mungkin ada yang bercadang untuk sambung STPM, Diploma, Matrikulasi dan juga Asasi. Tapi, tahukah anda, dengan menggunakan keputusan SPM juga pelajar layak untuk sambung Degree atau IJAZAH SARJANA MUDA PERGIGIAN.

Peluang ini hanya ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Mesir sahaja. Alexandria University antara universiti yang menjadi pilihan ramai pelajar Malaysia untuk sambung program pergigian. Saban tahun ramai pelajar MRSM dan SBP yang akan sambung Ijazah Sarjana Muda Pergigian di Alexandria University hanya menggunakan keputusan SPM sahaja. Kebanyakan mereka bukan tidak dapat tawaran untuk sambung di Matrikulasi atau Asasi di Malaysia bahkan mereka mendapat kedua tawaran tersebut kerana mereka mendapat keputusan yang cemerlang ketika SPM.

Berikut kami kongsikan maklumat ringkas berkenaan program Ijazah Sarjana Muda Pergigian untuk lepasan SPM yang berminat.

ALEXANDRIA UNIVERSITY

Alexandria University atau Universiti Iskandariah juga dulu dikenali sebagai Farouk University merupakan antara universiti awam yang terbaik di Mesir. Terdapat beberapa fakulti di Alexandria University seperti Fakulti Farmasi, Fakulti Kejururawatan, Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Pendidikan, Fakulti Pergigian dan lain-lain. Fakulti Pergigian di Alexandria University adalah pilihan pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pergigian sejak zaman 80an lagi.

TEMPOH PENGAJIAN

5 tahun termasuk teori dan klinikal.

YURAN PENGAJIAN

Hanya USD 4,000 setiap semester bersamaan ±RM 16,000 sahaja. Pembayaran yuran adalah melalui bank draft atas nama universiti.

KOS SARA HIDUP

Kos sara hidup di Alexandria University adalah sekitar RM500 hingga RM700 sebulan termasuk bayaran untuk rumah sewa. Nilai kos sara hidup ini adalah berdasarkan temu bual bersama pelajar Malaysia yang mengambil program pergigian di sana.

NEGARA ISLAM

Mesir merupakan negara Islam. Oleh itu amat memudahkan para pelajar yang beragama Islam untuk beribadah dan juga mencari makanan yang halal.

MEDIUM PEMBELAJARAN

Medium pengajaran adalah 100% dalam Bahasa Inggeris.

Buku-buku rujukan, nota dan medium peperiksaan adalah 100% dalam Bahasa Inggeris. Pelajar Malaysia akan ditempatkan dalam kelas international student.

PROGRAM DIIKTIRAF MQA DAN MDC

Perkara ini amat penting bagi pelajar yang berminat untuk sambung pengajian pergigian di mana-mana institusi sekalipun. Alexandria University diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)dan juga Malaysian Dental Council (MDC). Pengiktirafan MQA dan MDC sangat penting bagi memastikan pelajar pergigian di Mesir diterima untuk proses penempatan New Dental Officer Program (NDOP)  iaitu Doktor Pergigian Pelatih sekaligus memudahkan penempatan mereka sebagai Dental Officer  iaitu Pegawai Pergigian di Malaysia kelak.

CARA PERMOHONAN

Pelajar yang berminat untuk mendapatkan info pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan/ Pergigian/ Veterinar di luar negara, boleh terus menghubungi pegawai kami En Annawi di talian http://www.wasap.my/60148068027  atau En. Nazrin 0111-4799976  

Tahniah dan syabas kepada alumni dari SBP, MRSM, Asasi Sains UiTM Dengkil, Asasi Pintar UKM, PASUM, Asasi UNIMAS, dan matrik seluruh Malaysia yang merebut peluang ini. Adakalanya ada juga pelajar lepasan DIPLOMA dalam bidang Sains Kesihatan yang mengambil peluang ini. Peluang yang jarang diketahui, tapi telah berjaya di grab oleh mereka yang betul-betul mencari peluang keemasan ini. Ambil peluang ini sekarang sebelum anda terlepas lagi.

 

IG                     :https://www.instagram.com/medicdentistryluarnegara/

 

 


Posted 3 years ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES