Tips Belajar Luar Negara Ketika Pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Pandemik Covid-19 memberi impak besar kepada pelbagai sektor termasuk bidang Pendidikan sama ada pelajar Malaysia di dalam atau di luar negara. Di Malaysia, sejak Mac 2020 lalu semua sektor Pendidikan termasuk sekolah rendah, sekolah menangah dan institut pengajian tinggi telah ditutup untuk membendung penularan virus Covid 19 di kalangan pelajar.

Bagaimana pula dengan pelajar – pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara? Adakah mereka terpaksa menangguhkan pengajian mereka atau bagaimana? Jika kita lihat sepanjang tempoh PKP di Malaysia bermula Mac yang lalu, ramai pelajar Malaysia di luar negara telah pulang ke Malaysia dari pelbagai negara kerana universiti mereka di luar negara telah ditutup dan pembelajaran dilakukan secara atas talian.

https://www.astroawani.com/video-malaysia/138-pelajar-malaysia-di-rusia-selamat-tiba-di-tanah-air-1859507

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/675735/covid-19-285-pelajar-malaysia-di-mesir-tiba-di-tanah-air

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/681335/bhplus

Namun, setelah tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, pelajar Malaysia yang belajar di luar negara telah pulang semula ke negara masing-masing untuk sambung pengajian mereka. Menjadi kerisauan ibu bapa dan juga pelajar, kerana jumlah kes di kebanyakan negara luar yang meningkat dari hari ke hari, kes kematian yang lebih tinggi dan SOP pencegahan yang tidak ketat. Adakah pelajar Malaysia dibenarkan untuk belajar di luar negara di musim Covid 19?

Pelajar yang perlu ke luar negara bagi menyambung pengajian termasuk mendaftar sebagai pelajar baharu dibenarkan berbuat demikian tanpa perlu memohon kelulusan Jabatan Imigresen, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 September 2020.

Tiada masalah bagi pelajar-pelajar Malaysia yang ingin ke luar negara untuk sambung pengajian atau pendaftaran pelajar baru. Namun di sini disediakan sedikit tips untuk belajar di luar negara ketika Pandemik Covid 19 :

1. Semak status penerbangan anda

Kes Covid 19 yang semakin meningkat dari semasa ke semasa  telah menyebabkan banyak pembatalan dan penangguhan waktu penerbangan. Sekiranya anda perlu melakukan perjalanan semasa pandemik, anda dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan anda sebelum pergi ke lapangan terbang.

2. Tiba awal di lapangan terbang

Disebabkan pandemik ini, mungkin terdapat banyak langkah tambahan untuk berjaga-jaga demi mengurangkan risiko jangkitan di lapangan terbang dan penerbangan anda. Oleh itu, proses berlepas mungkin mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk melalui prosedur pemeriksaan kesihatan dan keselamatan yang lebih teliti. Anda disyorkan untuk tiba ke lapangan terbang lebih awal supaya mempunyai cukup masa untuk menjalani semua prosedur yang diperlukan untuk keselamatan anda.

3. Sediakan dokumen perjalanan dan pengajian yang lengkap :

 Antara contoh dokumen perjalanan dan pengajian yang diperlukan:

  • Passport
  • Visa
  • Ujian PCR (Syarat berbeza mengikut jenis penerbangan dan negara)
  • Surat Tawaran Belajar (Untuk Pelajar Baru)
  • Surat Pengesahan Pelajar / Jadual Peperiksaan (Untuk Pelajar Senior)
  • Insurans Kesihatan
  • Kad Pelajar

4. Sentiasa memakai topeng muka.

Anda dinasihatkan untuk membawa topeng muka tambahan semasa anda dalam penerbangan jarak jauh untuk keselesaan dan kebersihan diri serta memakai topeng muka di semua peringkat perjalanan  sebelum memasuki lapangan terbang sehingga anda sampai ke destinasi anda (daftar masuk, pintu masuk, di kabin pesawat, turun dari kapal terbang dan pengambilan bagasi semasa ketibaan).    

5. Kerap membasuh tangan dengan sabun atau sanitizer.

Pertahanan terbaik anda terhadap jangkitan COVID-19 adalah dengan menjaga tahap kebersihan anda. Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO) mencadangkan supaya kerap membasuh tangan dengan sabun dan air atau menggunakan hand sanitiser. Elakkan juga menyentuh mata, hidung dan mulut anda selepas bersentuhan dengan sebarang permukaan, dan tutup mulut anda apabila batuk dan bersin (dan kemudian basuh tangan anda).

6. Jaga Jarak Sosial.

Semakin ramai orang yang anda berjumpa dan bersentuhan, lebih banyak kemungkinan anda untuk terdedah kepada jangkitan. Untuk mengurangkan risiko, pastikan anda berada dijarak sekurang-kurangnya 1-meter dari mana-mana individu yang batuk, bersin atau yang bergejala.

            Oleh itu ibubapa dan pelajar tidak perlu risau atau takut untuk belajar ke luar negara. Kita sendiri tidak dapat menjangka bila pandemik ini akan berakhir. Virus Covid 19 ini akan sentiasa ada dalam kehidupan kita, jadi adakah tindakan kita sekadar hanya menunggu sahaja tanpa mengambil keputusan yang segera untuk menyambung pengajian di luar negara? Di negara-negara luar seperti Australia, Jepun, Mesir dan Russia telah membuka sekolah dan insititut pengajian tinggi secara berperingkat dan telah membenarkan pelajar asing untuk kembali belajar di sana.

https://abcnews.go.com/International/schools-world-reopening-coronavirus-pandemic/story?id=70641371

            Semoga pandemik ini segera berakhir dan kita boleh melalui kehidupan normal seperti biasa. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan belajar luar negara dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Veterinar di Indonesia, Russia, Mesir dan Bangladesh, boleh layari web www.zarazakiah.com.my

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Dapatkan Info Terbaru Kami

Jom !

Admin

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Terbaru

Ikuti Kami

Tags