Dhaka Dental College

Dhaka Dental College

Walaupun kolej ini tidak mempunyai bangunan sendiri pada mulanya, Kolej Pergigian Dhaka kini merupakan institusi pergigian terbesar di Bangladesh. Ia adalah institut pengajian tinggi khusus dalam bidang pergigian yang pertama di Pakistan Timur, yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1961 dan merupakan satu-satunya kolej pergigian kerajaan di Bangladesh.

Bangunan baru kolej ini telah dirasmikan pada 6 April 1998 oleh Perdana Menteri Bangladesh ketika itu, YAB Sheikh Hasina yang terletak di Mirpur, Dhaka. Pada bulan Mac 2000 secara rasminya semua aktiviti institusi bermula di kampus baru tersebut. Setiap tahun, lepasan Sijil Tinggi Sekolah Menengah (HSC) Bangladesh akan menduduki peperiksaan kemasukan bagi Program Pergigian ini. Hanya seramai 100 orang pelajar tempatan sahaja akan berpeluang melanjutkan pelajaran di sini.

Kawasan hospital seluas 8 hektar ini merangkumi bangunan pentadbiran, bangunan akademik, auditorium, dewan kuliah, bangunan hospital, asrama pelajar perempuan, asrama pelajar lelaki, kuarters kakitangan dan pensyarah, masjid dan menara Shaheed. Asrama lelaki yang lain juga terdapat di Sobhanbag, Dhaka.

Diiktiraf Oleh:

Program yang ditawarkan
IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN PERGIGIAN
5 Tahun

Ambil Peluang Ini Untuk Melanjutkan Pelajaran Anda

Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut

No. 6-2, Jalan Puteri 2A/1,
Bandar Puteri Bangi

Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 5.30 ptg
Sabtu : Temujanji sahaja
Ahad : Cuti

No. 6-2, Jalan Puteri 2A/1,
Bandar Puteri Bangi

Isnin - Jumaat : 9.00 pg - 5.30 ptg
Sabtu : Temujanji sahaja
Ahad : Cuti